"Nah. Puas la dia tadi", bebel abah menghulurkan baju Irsyad. Izah didukungnya.
"Puas apa?"
"Tengok Emilia la. Cepat pergi tukar baju tu. Nanti yang lain balik pula".
Aku mengetap bibir. Aku tau la bra hitam aku nampak jelas disebalik tshirt yang aku pakai. Dah la bra ni kain nipis je, takde span.

"Kau tengok tu, menyampah tau". Aku pandang ke arah yang Suhaila nyatakan. Kami sedang mengelap dulang dulang yang sudah dibasuh untuk digunakan malam ni di bawah anjung.

"Siapa tu?"
"Yang baju merah tu tunang Hasri. Yang baju ungu, kakak dia ex awek along masa kat Uni".
"Lawa".
"Sebab lawa tu la dia curang. Kena cekup dengan suami orang. Dia kata along takde masa untuk dia. Along sibuk belajar dan kerja untuk sara kami adik beradik. Dia sunyi".
Aku dan Suhaila masih pandang pada mereka bertiga. Abah kebetulan ada di halaman ketika itu, perempuan berbaju ungu terus memaut tangan abah.

"Amboih... pegang pegang pula. Perempuan gatal ni nak kena. Kau habiskan lap dulang ni".
Suhaila mencampakkan tuala kecil yang digunakan untuk mengelap dulang, lalu bangun dan berjalan ke arah mereka.

Bahuku dicuit orang, "tengok apa?".
Urmm... Hasri. Main cuit pula mamat hensem berbaju melayu merah ni, melabuhkan punggungnya di belakang aku. Eh.. janji pakai baju warna sama dengan cik tunang. Aku menudingkan jari.

"La.. kenapa dia bawa Ayu pula. Kacau betul". Hasri meninggalkan aku.

"Geram betul aku la..", rungut Suhaila sambil membungkus nasi ambeng untuk tetamu bawa pulang. Aku turut membantu.

"Kau tengok tu, saja nak jadi tukang pass dulang ke depan sebab along tukang sambut. Gatal betul. Tak habis habis nak menggoda along. Nak jual body pakai ketat ketat cam tu". Aku pelik dengan apa yang dirungutkan, aku perhati sekeliling.

"La... akak jual kuih tu kan? Dia nak goda along ke?", tanyaku naif.
"Tengok la tu... menyampah tau".

"Kenapa ni? Menyampah kat sapa?", tanya kakngah yang tiba tiba muncul diantara kami.

Suhaila memuncungkan bibirnya ke arah yang dimaksudkan.

"La.. biarlah. Along single kan. Mana tau kot rezeki jodoh along dengan dia", nasihat kakngah. Suhaila mempamerkan muka masam. Aku lagi la, bila nampak adegan bertepuk tampar satu hero dengan dua heroin. Sabar je la.

"Ashu tak suka. Along baik, kena dapat perempuan baik baik. Bukan perempuan macam diorang", gumam Suhaila.

"Baik la diorang tu. Kita kenal keluarga dan latar belakang kan, asal orang baik baik", sampuk kaklang.

"Kalau baik, tak menggatal macam tu. Tak curang dengan along. Tak kecewakan along", balas Suhaila bangun meninggalkan kami. Aku terasa dengan ayat kaklang- aku bukan dari keluarga yang baik. Aku anak yang tak diingini.

"Kenapa tak tidur lagi? Tak cukup memenatkan ke kenduri tadi?", terkejut aku bila abah menegur ketika aku memanjat mata tangga ke atas sementara abah nak turun.

"Dahaga. Nak air?", tanyaku dan menghulurkan botol yang kuisi air tadi. Aku dan abah duduk ditangga. Abah menghulurkan botol selepas meneguk separuh isipadunya kemudian menggenggam tanganku sebelum dikucup lama. Tak pernah begini.

"Jom tidur". Abah bangun nak menarik tanganku bersama. Aku masuk ke bilik Suhaila dan abah ke biliknya.

*********

Hilmi

Sejak tiba di rumah mak, Emilia sering berdua dengan Suhaila, aku nak berdua dengan dia payah. Ngam sangat, yelah sama umur. Yang aku ni pun, kat kampung baru terasa nak berduaan dengan dia. Selama duduk serumah takde pula nak bermesra. Lain pula rasanya di kampung.

Mujur mak tak banyak soal  aku bawa Emilia balik kali ni. Suhaila lagi la, suka sangat. Buat pertama kali, aku nampak Emilia ada kawan. Dan dia boleh menyesuaikan diri dengan Suhaila yang manja, Hakimi yang pendiam dan mak yang sporting.
Bilik kami bersebelahan.

Aku nak Emilia balik nanti, itu kata nafsuku bila Ila, makwe zaman sekolah kutemui sewaktu membeli kuih di kedai untuk sarapan. Ila sekarang sangat wow, memang aku tergoda. Aku lelaki, normalkan aku terangsang bila dilayan dan disentuh Ila, ada masa terasa dadanya terkena lenganku.  Sesekali aku menjeling pada Emilia yang bersembang dengan Suhaila. Aku tak pasti, dia ada perasaan ke tak sebab tiada riak cemburu langsung.

Come on Hilmi, ingat yang pernikahan ni untuk tolong jaga Emilia bukan memiliki dia. Kau janji nak jaga dia macam kau jaga adik adik kau. Sebab tu kau bawa dia balik, nak perkenalkan dan membawa masuk dia dalam keluarga besar kau, bukan sebagai isteri tapi adik dan agar dia dapat merasai nikmat berkeluarga. Ingat janji kau pada dia yang kau akan lepaskan dia jika dia bertemu lelaki yang lebih sesuai.

Ketika kakngah tiba, aku naik ke atas, yang lain berkumpul bercerita di bawah. Emilia sedang melipat telekung, aku nampak dari bayang disebalik langsir pintu bilik ketika menaiki tangga. Aku selak langsir, dia sedang membetulkan tali bra di bahu.

"Ada panadol? Dia mengangguk.
"Bawa ke bilik".
Aku menelan perlahan, botol air kuhulur padanya selepas kuteguk isinya.
"Boleh tolong picit kepala tak? Pening", pintaku.
Emilia tersenyum, aku rebahkan badanku dan kepala diribanya. Dituangkan sedikit minyak angin di tapak tangan dan diurut kepalaku perlahan. Sesekali hidungku tersentuh payudaranya, saat itu pergerakannya terhenti. Kemudian disambung kembali.
"Pergilah turun. Nanti Suhaila cari pula", kataku setelah adik aku semakin galak menongkat langit bila Emilia mengurut tengkukku dengan cara mengalihkan kepala aku ke dadanya. Nak aje aku gigit apa yang ada didepanku namun aku kawal, tak mahu jadi perkara lain. Dia akur dengan perintahku.

Mula mula Ila, ni Ayu pula. Aku nampak Emilia memandang padaku bila Ayu bersalam denganku dan terus memaut tanganku mesra. Saat Suhaila datang menegur perbuatan Ayu yang padanya melampau, aku nampak Hasri merapati Emilia. Hasri memang kacak, dia muda 10 tahun dariku. Lagi putih, lebih tinggi, berambut lurus paras atas bahu dan berjawatan bagus dari aku.

Malam itu usai kenduri, Ila dan Ayu bertengkar bawah khemah. Aku turut ada sama. Emilia tah dimana. Hasri dan Lisa, tunangnya duduk ditangga rumah melihat kami. Anak anak buah, aku halau masuk rumah, ini perbincangan orang tua. 2 orang janda bercakaran demi nak dapatkan aku -bujang terlajak. Sebenarnya dah berstatus suami.

Ila, buah hati masa sekolah. Anak tokey kedai makan tempat aku hantar kuih sebelum ke sekolah. Hubungan kami terhalang sebab maknya takut aku mengikut perangai ayah. Dia dijodohkan dengan saudara jauh bekerja di Pahang. Langsung kami terputus hubungan. Tubuh Ila sangat curvy dan solid kata omputih.

Ayu, junior masa di universiti. Asal satu negeri tapi daerah berbeza. Dia ni montok dan gebu. Ramai yang cemburu bila aku bercouple dengan dia. Tapi putus separuh jalan sebab aku terlalu sibuk dengan belajar dan kerja part time. Bila dia ajak dating, aku tolak. Aku lebih rela kerja dan simpan duit untuk dihantar pada mak dan adik adik di kampung. Tambahan pula kakngah di Amerika Syarikat ketika itu. Memang dapat biasiswa tapi aku tau tak cukup.

Malas aku nak dengar cerita lama, aku suruh Ila dan Ayu balik. Aku nak cari bini aku yang sah. Sewaktu aku menuruni tangga, kami bertembung. Aku berdebar saat dia menghulur botol air dan duduk disebelahku atas tangga dapur. Aku genggam tangannya dan kucium lama. Dia tak sama dengan Ila dan Ayu.

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now