"Dia tolong Emi tadi", tergagap Emilia menjawab.

"Tolong apa? Kau tolong lepaskan nafsu dia", pekik ibu Emilia berserta pakej melibas kayu beluti sepanjang depa orang dewasa ke belakang Emilia. Emilia jatuh tergolek.

Aku menerpa menolong. Tak kira rumah siapa, Emilia perlukan pertolongan. "Kau siapa?", sekali lagi kayu dihayunkan, aku melindungi Emilia dengan tubuhku. Arghhh... bagai nak gugur organ dalaman.

"Saya langgar dia. Saya bawa dia ke klinik".

"Penipu. Berapa kali kau dah tidur dengan anak aku? Dia ni kalau tak menyusahkan aku memang tak sah", jeritan ibu Emilia menyebabkan kedua dua pintu bilik terbuka. Satu bilik ada seorang budak lelaki dalam lingkungan 4 tahun berdiri di pintu, seorang lelaki sedang tidur di atas tilam bersama seorang bayi. Manakala bilik hadapan yang berdekatan pintu masuk, ada 2 orang lelaki berkain pelikat dan berseluar paras lutut terpisat pisat di depan pintu.

"Apa yang dia susahkan puan?", tanyaku setelah keadaan reda sedikit.

"Macam macam. Dari dalam perut dah menyusahkan aku. Dah besar ni, minta tolong pun tak boleh. Patut aku bunuh kau masa dalam perut dulu. Bapak kau pun tak nak kau bila tau aku buntingkan kau. Anak sial la kau ni". Disepak sepaknya tubuh anak dara itu. Aduhhh, sakit telinga aku. Emilia menangis teresak esak.

"Tak baik puan cakap anak macam tu", aku cuba menasihatkan.

"Kau tak faham bahasa kan? Aku kata dia menyusahkan aku. Nak sekolah lah, kelas tambahan lah. Alasan berjela bila aku suruh jaga adik. Hei Emi.. berambuslah kau. Siang malam tak boleh tolong aku. Sakit mata aku pandang muka kau".

Segala pakaian, beg dan buku dicampak ke tengah rumah. "Kau dah pandai bawak balik jantan kan. Kau ikut la dia". Pintu bilik ditutup rapat.

Serius, aku terkedu. Tak pasal aku terbabit. Senangnya dia bagi anak dara dia kat aku. Ye... anak dara. Aku dah berpeluh dingin.

******
Emilia

Aku malu. Aku tak kenal lelaki ni tapi ibu suruh aku ikut dia. Aku masukkan buku buku yang tak seberapa ke dalam beg sekolah. Aku ambil beg plastik dan masukkan baju yang bertaburan.
'Malunya encik ni tengok bra buruk aku dan seluar kecil yang berlubang lubang ni'. Pantas tanganku menyumbatnya diantara baju tadi. Baju sekolah aku lipat dan masukkan ke dalam beg sekolah. Aku duduk terselepot. Abang abang laknat yang menyewa bilik depan dah menutup pintu. Hanya ada encik tadi, memandang aku.

"Macam mana ni?", soalnya. Aku mengangkat bahu, tak tau. Deraian air mataku dah kering.

"Ikut saya", katanya. Aku mengelengkan kepala.

"Ni rumah ibu saya".
"Tapi ibu kamu dah halau kan?"
Aku menangis lagi.

Ibu tiba tiba membuka pintu dan membentak, "Tak pergi lagi? Berambus lah". Pintu bilik dihempas lagi.

"Meh, ikut saya", beg sekolah dan beg plastik dijinjingnya. Aku mengikutnya perlahan dari belakang. Dia memandu entah kemana aku tak perasan kerana terlena, sedap sungguh tidur dalam sejuk pendingin hawa. Dia mengejutkan aku, kemudian kami masuk ke dalam rumah bersama.

"Awak duduk sini dulu. Makanan saya dah beli kat kedai mamak tadi, ada kat dapur. Awak rehat dulu. Saya nak pergi kerja". Aku mengangguk. Aku penat, letih. Setelah makan, aku hilang ke alam lain.

*****

Hilmi

"Good morning. Kenapa ada dark circle ni?", tanya Cikgu Sal tiba tiba gaya menggoda pula pagi ni. Dah la pakai kebaya sutera. Aku hanya tersenyum sambil membetulkan tali leher sebelum bertugas di perhimpunan.

"Cikgu... bangun. Takde kelas ke pagi ni?". Cikgu Adnan mengejutku. Aku mengelengkan kepala, "lepas rehat". Aku tertidur selepas perhimpunan tadi.

"Teruk sangat rupa Cikgu hari ni", sapa Cikgu Adnan sebaik aku masuk ke bilik kaunseling selepas loceng terakhir waktu persekolahan berbunyi. Baru selesai mengajar Prinsip Akaun.

"Saya tak tidur semalaman Cikgu".

"Teruk ke mengemas rumah baru?"

"Boleh la. Dah saya ni sorang sorang. Takde isteri nak tolong".

"Dah tak kawin, mana nak ada isteri".

Kami gelak besar, terhenti bila Cikgu Sal masuk.

"Seronoknya ketawa. Cerita apa?", tanyanya duduk di sofa berhadapan meja kami berdua. Kakinya disilangkan.

"Cikgu Hilmi ni sibuk kemas rumah baru sampai tak tidur", kata Cikgu Adnan.

"Besar rumah baru Cikgu?", tanya Cikgu Sal padaku.

"Bolehlah untuk saya seorang. Kalau ada rezki, jadi berdua". Berubah muka Cikgu Sal.

"Dah ada calon ke?", usik Cikgu Adnan. Aku tergelak besar. Melihatkan tak mendapat sambutan dari Cikgu Sal, aku mengubah topik perbualan.

"Ada apa Cikgu Sal datang bilik kaunseling?"

"Ni... Emilia ni buat hal lagi. I dah bagi warning letter minggu lepas, dia tak datang lagi hari ni. Cikgu kaunseling tak boleh tolong ke?"

Aku mengetap bibir, "nak tolong apa?" Saja tanya soalan bodoh.

"Saya tak nak la gantungkan persekolahan dia. Nak SPM dah ni. Kalau ikut rekod, malas nak cakap. Saya tak nak dia ni jadi penambah rekod tak cemerlang sekolah kita".

Love?? Hakthuiii ✔Where stories live. Discover now