N - 22

3.3K 465 67
                                    


Akhirnya mereka berdua tiba di hotel sebelah Aeon yang dikatakan Jungkook.

"Awak duduklah dulu.. saya ambil air" Haejung terus pergi apabila Jungkook sudahpun duduk. Ipong dari poketnya seluarnya dia ambil. Sempat dia main mobile legend sementara tunggu Haejung.

"Encik sorang ke? Mana Haejung unnie?" tegur Jiminna yang baru saja datang dan melabuhkan punggung di hadapannya.

"Tak lah! Haejung ambil air. Kamu pula sorang ke?" soal Jungkook pula.

"Ha'ah. Saya memang dari dulu lagi forever alone.. HAHA!" Jiminna tergelak walaupun dalam hatinya dia sangat sedih. Sedih sebab sampai hari ini dia tak pernah ada calon.

Hidupnya sama saja dengan abangnya, Jimin. Sentiasa forever alone dan hanya tahu menyibuk tepi kain orang.

***

Haejung's POV

Aku membawa dua gelas yang berisi air oren. Belum sempat aku tiba di meja dimana Jungkook berada, aku ternampak Jungkook sedang berbual mesra dengan Jiminna.

Langkah aku diberhentikan.

Kelihatan mereka berdua sangat rapat. Aish Haejung! Mestilah diaorang rapat! Jiminna tu kan PA Jungkook!

Tapi perlu ke mereka rapat sampai macam tu sekali walaupun sekarang dah waktu habis kerja?

Atau.. mereka berdua memang ada hubungan?

Kelihatan Jungkook beredar dari situ. Entah kemana dia pergi. Aku mendekati Jiminna yang masih setia di situ.

"Hey Jiminna!" tegur aku.

"Haejung unnie!" dia tersenyum memandang aku.

Okay.. Ini masanya! Kalau mereka betul betul ada hubungan. Aku tahu Jungkook tak pernah bahagia hidup dengan aku.

Ye lah, kami tak pernah mencintai satu sama lain dan perkahwinan ini hanyalah untuk menjalankan rancangan aku semata-mata.

Sekurang-kurangnya, Jungkook dah ada pengganti lain setelah kami bercerai nanti.

"Kenapa nampak murung saja ni unnie?" soal Jiminna sambil menggenggam tangan aku. Aku tersenyum kelat.

"Kalau diberi peluang, Jiminna nak tak kahwin dengan Jungkook?"

"WHAT?"


End of Haejung's POV




***


"Apa kau buat ni hah? Halahai!" Jungkook menyerabutkan rambutnya sehingga serabai setelah mereka berdua tiba di rumah.

Haejung menunduk.

"Saya nak awak bahagia. Saya cuma tak nak awak dapat nasib sama macam saya. Lagipun bila Taehyung dengan Yeonha bercerai nanti, mesti kita kena cerai juga. Kita pernah janji kan?"

Jungkook mengeluh.

"Kau saja yang kata macam tu. Ada ke aku janji dengan kau? Tak ada kan?"

"Tapi—"

Kedua-dua belah bahunya dipegang Jungkook.

"Tolonglah jangan buat kerja gila! Walaupun kau berdendam dengan Taehyung sekalipun, aku tetap bahagia dengan Haejung hati batu yang aku kenal"

Matanya ditatap dalam.

"Aku nak tanya. Kenapa kau masih berdendam dengan Taehyung sedangkan kau dah ada aku? Apa kurangnya aku, Haejung?" kata Jungkook lagi.

Mahu sahaja Haejung menangis di sini.

Sejak perkahwinannya dilangsungkan bersama Jungkook, dia tak pernah mencintai lelaki itu. Apa yang dia tahu, dendam dendam dan dendam.

Dia bencikan Taehyung. Dan juga Yeonha.

Cukuplah Taehyung saja yang menjadi cinta terakhirnya kerana hatinya dah betul betul tertutup untuk mana-mana lelaki walaupun dia dah ada seorang suami yang cukup baik. Dia betul betul sudah perit.

Kemudian tangan Jungkook ditepis perlahan dan dipegangnya.

"Jungkook– mian.. Saya tak nak bagi awak apa apa harapan macam mana Taehyung buat pada saya dulu. Ceraikan saya dan kahwin dengan Jiminna ye? Sebab saya tak pernah cintakan awak. Jadi lebih baik saya biarkan awak bahagia tanpa saya"

"Haej—"

Haejung terus pergi masuk ke biliknya.

Nak saja dia selam muka Haejung dalam loji.

Dia tak pernah kesiankah pada Yeonha?

Bagaimana jika mereka berdua betul betul bercerai. Yeonha tu sudahlah mengandung. Bagaimana dia nak hidup dengan anaknya jika tanpa Taehyung?

***


"Halahai bangang nya kau ni Haejung oii!!" kini Jimin pula yang menyerabutkan rambutnya.

"Aku cuma tak nak bagi apa-apa harapan pada dia. Aku tak nak dia kecewa. Kau pujuklah Jiminna tu biar kahwin dengan Jungkook" kata Haejung.

"Kau ni kalau bodoh tu janganlah tunjuk sangat boleh tak? Kau tu dari awal lagi dah pergunakan dia lepas tu bila sekarang kau nak lepaskan dia macam tu saja?"

"Ani— aku nampak dia mesra je dengan Jiminna. Aku syak dia sukakan Jiminna. Please Jimin.. Pujuk adik kau" kata Haejung.

"Tapi masalahnya sekarang adalah Jungkook tu dah cintakan kau" kata Jimin pula.

"Mana kau tahu hah?"

"Mana kau tahu mana kau tahu.. Dia yang berpakat dengan Jiminna masa nak bagi kau hadiah cincin pandora dan tiket honeymoon dulu. Kau ingat lagi tak?" kata-kata Jimin kali ni membuatkan dia tergamam.

"Jungkook yang bagi? Macam mana kau tahu pasal ni?"

"Jiminna dah bagitahu aku semuanya semalam. Jungkook yang bagi semua tu dan palsukan nama penghantar" jelas Jimin.

Haejung terdiam seketika.

Nampaknya Jungkook dah betul betul jatuh cinta dengan dirinya.

Apa perlu dia buat?

Tinggalkan Jungkook macam mana Taehyung tinggalkan dia dulu?

Atau..

Buat Jungkook bencikan dia?








++++

Aku yang author ni pun menyumpah seranah bila type part haejung yang cam hanat HAHAHAHA!

Btw, apsal chapt lepas comment sikit sangat? 😭
Buat aku nak on wattpad pun tak ada semangat.

Ekceli aku sukakan comment korang dalam cerita ini sebab tak ku sangka akhirnya ada juga yang nak baca cerita hanat ini yang pada mulanya aku main main publish saja.

Okay gais, dont forget to vomment :) okay batak jap!



Salam sayang,
hana is kiot @ kokocrush-

[DIBUKUKAN] Attention From Mr. Jeon JungkookWhere stories live. Discover now