Chapter 25: A Night In The Forest

Start from the beginning
                                    

"Heh.."

"Mentanglah rambut kau putih bolehlah kau pikat perempuan dengan senang. Petik jari je..Berbaris perempuan datang kat kau."

"Perasan pun. Rambut putih ni yang menjadi tanda keunikkan pada diri aku." Balas Alter bangga.

"Pfft! Macam rambut orang tua aku nampak! Hahahaha!" Ejek Hazen lalu ketawa terbahak-bahak.

"Lahanat punya abang! Baru tadi kau puji rambut aku sekarang kau hina rambut aku? Wow! Just wow!" Kata Alter kegeraman.

"What? Its true, dude. Your white hair like the old man!" Kata Hazen masih juga ketawa.

"Dah lah! Layan kau buat aku tinggi darah je! Baik aku layan ikan ni!"

Hazen perlahan-lahan menghentikan ketawanya. Dia tersengih melihat Alter.

"Janganlah nak marah. Hati tisu betul kau ni! Baru ejek sikit dah nak merajuk."

"Kau yang kata rambut aku macam orang tua."

"Habis? Kau kata mata aku pelik, tak juga aku marah?"

Mereka berdua berdiam diri seketika. Bunyi air sungai kedengaran.

"Kalau kita gerak awal besok, petang kita dah sampai kat Kerajaan Elkia, kan?" Soal Hazen memecahkan kesunyian.

"Yeap. Kenapa?" Soal Alter.

"Aku rasa, kita kena stay untuk beberapa bulan, Alter. Gold kita tak mencukupi. Kita kena cari pekerjaan di sana." Balas Hazen.

"Aku rasa kau betul. Kita dah kekurangan gold. Kita kena cari kerja kalau nak sambung pengembaraan kita." Kata Alter.

"Tapikan, aku tiada mood nak mengembara. Kita tinggal kat sana untuk setahun dua, nak?" Soal Hazen.

"Buat apa kau nak tinggal sana?" Soal Alter pelik.

"Yelah. Cuba kau fikir secara mendalam. Kerajaan Elkia sebuah kerajaan yang besar. Dengan kemahiran kita begini, mungkin kita akan diserap masuk menjadi tentera di sana."

"Yelah tu. Sekali tengok kita jadi tukang masak restoran je."

"Mulut tu jangan celupar boleh tak? Kalau betul-betul kita hanya jadi tukang masak restoran, aku salahkan kau selama-lamanya!"

**********

"Mengenangkan kisah lalu buatkan aku rindukan si rambut putih tu pula." Kata Hazen sendirian.

Ikan yang sudah masak diambil lalu ditiup bagi mengurangkan kepanasan. Seketika kemudian ikan itu dimakan.

Hanya Hazen bertemankan pedang besar miliknya sahaja yang berada berdekatan dengan sungai itu.

"Ah...Kenyang pun.." Kata Hazen sambil mengusap perutnya.

Dia menunggu dalam beberapa minit untuk perutnya menghadam makanan baru dia boleh baring.

Dia memunculkan sebuah kain tebal lalu digulungkan dan dijadikan sebuah bantal.

Dia mula merebah badannya. Bintang di atas langit dipandang.

"Twinkle twinkle little star.." Kata Hazen sendirian.

Kelip-kelip bertebangan bagi menerangkan hutan yang gelap. Unggun api dibiarkan marak.

"Its been 630 years. I live in this world. Many thing I've seen. This world...Has keep many secrets. The sweet lies and the bitter truth."

"Goodnight." Kata Hazen lalu tidur.

*************************

Hazen bangun apabila sinaran pagi mengena muka. Dia menguap lalu menggosok mata.

Tak lama kemudian dia bangkit lalu terjun ke sungai itu.

"Pergh. Sejuk gila!" Kata Hazen sendirian. Setelah beberapa minit, dia menuju ke daratan. Pakaiannya yang basah, mengering dengan kadar segera apabila Hazen mengucapkan satu mantera.

Dia menyisipkan pedang besar lalu memasuki semula ke hutan.

"Baik aku cari apa-apa yang boleh dijadikan sarapan." Mata Hazen meliar ke arah sekeliling.

Setengah jam mencari, akhirnya dia menjumpai seekor seekor.

"Look what I have today." Katanya. Pedang besar diambil dari belakang.

"Hiyargh!" Pedang besar dilempar ke arah rusa itu dan mengena perut binatang itu!

"Gotcha!" Hazen segera menuju ke arah rusa yang sudah mati itu.

Pedang besar ditarik dari perut lalu dilibas beberapa kali sebelum disisip ke belakang.

"Hahaha! Rezeki aku." Kata Hazen sendirian lalu mengangkat pelanduk itu.

Dum! Dum!

GRRRRRR!!

Hazen memusingkan badan apabila mendengar satu eraman. Dia membulatkan mata melihat makhluk itu.

"Dragon?" Soal Hazen. Ya makhluk itu adalah seekor naga yang memandang tajam ke arahnya.

GRROOAAAHH!!

"Shit!"

*************************

Yo! Hahaha...Kali ni aku tak nak kata apa. Cuma hazen yang berseorangan di dalam hutan bertemankan pedangnya.
⤵Jangan lupa Vote okay? Hehe..Chow!

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now