Dato Ahmad Danial bangun dan berlalu naik ke ruang atas . Mak tom hanya memandang Danial sampai hilang kelibatnya . Dia pelik dengan Danial . Sakit kepala dia cuba proses kan apa yang berlalu .

Mak tom mengangkat bahunya . Dari aku sakitkan kepala, baik aku buat kerja dekat dapur .

***

Sudah seminggu peristiwa itu berlaku dan sejak peristiwa itu, Dato Ahmad Danial serik duduk termenung . Dan ke mana saja dia pergi, dia akan selalu baju Danny . Baju Danny di cium dan peluk seolah olah dia cium Danny. Rindu? Memang tak boleh di ungkap dengan kata kata.

Dato Ahmad Danial duduk di tepi kolam . Kakinya di biarkan berendam . Air jernih itu di pandang dan Dato Ahmad Danial ternampak wajah Danny yang gelak ketawa menampakkan gusinya yang belum di tumbuhi gigi.

"Danial kenapa duduk berendam dekat kolam tu tengah tengah malam? Nanti demam" panggil Puan Sri Aida .

Ya, sejak peristiwa itu . Dato Ahmad Danial pulang ke rumah mamanya dan Mak tok pun dah kembali bekerja dengan Mama . Dato Ahmad Danial pun sudah tahu cerita yang diceritakan oleh Merissa memang benar . Semuanya pun dia mengetahui dari mamanya .

Dato Ahmad Danial menyesal dengan perkara yang pernah dilakukan. Sepatutnya dia bertanggungjawab masa Merissa memberitahu tentang kandungannya . Dan sekarang dia dah tak boleh nak putarkan semula masa .

Puas Puan Sri Aida memujuk Dato Ahmad Danial supaya jumpa Merissa dan Danny. Tapi Dato Ahmad Danial masih tidak mahu berjumpa sekarang. Sebab apa? Sebab dia malu dengan dirinya . Dia malu untuk mengadap dengan keluarga Merissa . Dan dia takut , dia akan di belasah atau di benci .

Tipu lah kalau dia cakap dia tak rindukan Danny . Sungguh nya dia rindu pada budak tembam tu . Dan tipu lah kalau dia tak tertarik dengan Merissa masa dia terlanggar gadis itu di Airport . Sesungguhnya Merissa sangat cantik .

"Danial, kenapa ni?" Puan Sri Aida memegang bahu sasa anaknya .

Dato Ahmad Danial tersedar dari lamunannya . Dia cuba mengukirkan senyuman.

"Tak ada apa ma" Dato Ahmad Danial menggelengkan perlahan kepalanya. Air yang jernih itu masih di tenung .

Puan Sri Aida melepaskan keluhan. Bukan di tak kesian kan anaknya tapi apa yang dia boleh buat? Nak cari Merissa pun, dia tak kenal dengan gadis itu . Berjumpa pun tak pernah . Dan pasal Danial mempunyai anak itu pun dia terkejut masa Danial menceritakan semuanya .

"Sampai bila Danial nak macam ni? Danial pergi lah jumpa mereka . Kita bincang elok elok"

"Tapi ma, Danial takut . Danial takut nak berjumpa dengan keluarga Merissa . Boleh ke mereka terima Danial? Sebab Danial lah, yang hancurkan masa depan Merissa" balas Dato Ahmad Danial dengan suara yang serak basah .

Puan Sri Aida nampak anak lelakinya yang sedang mengalirkan air mata itu . Hati ibunya tersentuh melihat keadaan anaknya . Puan Sri Aida duduk bersebelahan Dato Ahmad Danial. Bahu anaknya di peluk dan di gosok lembut .

"Danial kan anak lelaki mama yang kuat dan berani? Kalau Danial asyik cakap yang Danial takut, sampai bila pun tak selesai masalahnya . Danial tak cuba lagi kan? Jadi sekarang Danial cuba untuk hadapi semuanya ni. Danial cakap dengan mama Danial nak bertanggungjawab kan? So kipidap. Mama tahu anak lelaki mama ni boleh" Puan Sri Aida menepuk menepuk bahu Dato Ahmad Danial.

"Dah jangan menangis lagi . Nampak noh dah tak hensem anak lelaki mama ni" usik Puan Sri Aida . Tangannya sibuk mengesatkan airmata Dato Ahmad Danial.

Dato Ahmad Danial tersengih.

"Danial akan cuba ma"

"Tak boleh cuba cuba . Danial mesti lakukan"

"Yes, i will"

Dato Ahmad Danial kata dengan semangat . Puan Sri Aida tersenyum senang. Perangai dan muka Danial saling tak tumpah seperti suaminya . Sebiji perangai dengan suaminya . Teringat pasal suaminya, Puan Sri Aida menghadiahkan Al fatihah untuk suaminya yang sudah di jemput Ilahi . Rindu akan suaminya tak pernah habis dan tak akan pernah hilang . Nama suaminya tetap terpahat di hati .


Aira nak belanja gambar Danny si bambam kita

Aira nak belanja gambar Danny si bambam kita

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

korang boleh nampak kan dia punya tangan yang macam ulas durian tu ?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

korang boleh nampak kan dia punya tangan yang macam ulas durian tu ?

korang boleh nampak kan dia punya tangan yang macam ulas durian tu ?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Her rolls my fav 😂❤

***
Vote and comment. Thanks!

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now