Chapter 23: Berpisah Buat Sementara Waktu

Start from the beginning
                                    

"Amboi, bukan main mesra korang berdua ye.." Tegur seseorang.

"Yo! Cath, Edwin.." Balas Hazen membalas teguran Cathrine. Edwin pula hanya tersengih.

"So, kamu berdua dah ada rancangan apa nak dibuat sempena cuti dua bulan ni?" Soal Cathrine.

"Aveline kata dia balik ke kampung halamannya. Aku pula keluar mengembara. Cari kontrak memburu." Balas Hazen selamba.

"Memburu?" Soal Edwin.

"Yup. Memburu. Kenapa?" Soal Hazen.

"Aku tak pernah tahu pula yang kau ni pemburu. Aku ingat lanun.."

BAAKK!

"Aduh!" Edwin mengusap kepalanya bagi mengurangkan kesakitan akibat ketukan Hazen.

"Kan dah kena..Lain kali jangan panggil dia lanun." Kata Cathrine sinis.

"Manalah aku tahu.." Balas Edwin dengan muka berkerut.

"Jadi, kau Cath, apa perancangan kau sempena cuti ni?" Soal Hazen sambil mengusap buku limanya.

"Well, sama macam Aveline. Balik ke kampung halaman." Balas Cathrine.

"Apa nama kampung kau?"

"Elph Village. Lima hari perjalanan jika menunggang kuda dari pekan ni."

"Kau pula si mata empat? Apa perancangan kau?" Soal Hazen.

"Who? Me?" Soal Edwin menunjuk dirinya.

"Yelah. Siapa lagi yang pakai kaca mata selain kau di akademi ni?" Soal Hazen sinis.

"Hahaha...Aku stay sini. Pekan Auntumn adalah tempat kelahiran aku. Dan aku takkan pergi mana-mana selama dua bulan ni. Dan kau lanun, mesti kau nak merompak kapal pedagang, kan?" Edwin sempat menyindir Hazen. Dahi Hazen timbul urat.

"Kau ni memang nak kena.." Hazen menggulung lengan kotnya.

"What?! Nak gaduh ke?!" Begitu juga dengan Edwin yang menggulung lengan jubah birunya.

"Haih..Macam budak-budak korang berdua ni. Tak malu ke murid lain nampak?" Soal Cathrine menggeleng kepala.

"Sekali lagi kau panggil aku lanun, aku tumbuk kau. Try me.." Hazen memberi amaran.

"Fikir aku takut sangat dengan penumbuk kau tu, lanun?"

"Thats it! You're finish!"

Maka bermula pergaduhan di antara Hazen dan Edwin. Cathrine menggeleng kepala sekali lagi.

"Jom, Aveline. Kita kemas barang. Abaikan dua orang budak tu." Kata Cathrine sambil menolak tubuh Aveline.

"Tapi, Cath. Hazen.."

"Just ignore your lover, Aveline. They will be fine." Kata Cathrine pantas memotong percakapan Aveline.

"Hmmm...Okay." Balas Aveline. Lalu mereka berdua pergi meninggalkan Hazen dan Edwin yang masih bergaduh.

************************

Matahari mula memancarkan cahaya di muka bumi. Suasana Pekan Auntumn masih lagi lenggang. Hanya ada beberapa peniaga yang baru membuka kedai.

Hazen berdiri di bahagian pintu gerbang Pekan Auntumn sambil ditemani oleh Aveline dan Cathrine. Pedang besar milik Hazen tersisip kemas dibelakang.

"Awal betul awak pergi." Kata Aveline perlahan. Hazen tersenyum lalu mengusap kepala gadis kesayangannya itu.

"Hey, janganlah sedih. Kan saya dah cakap yang saya akan pergi ke kampung awak." Pujuk Hazen.

"But, still.."

"Here, take this.." Hazen menyerahkan Gunblade miliknya kepada Aveline. Gadis itu terkejut.

"Kenapa awak bagi kat saya?"

"Well, hadiah daripada saya. Dan juga alatan untuk pertahankan diri awak."

"Tapi.."

"No but. Take this. If you want to use, just say what element you want and pull the trigger."

"Hmm..Okay."

"So, Cath. Kau pula kenapa awal pagi ni temankan Aveline?" Soal Hazen.

"What? Aku juga nak gerak awal. Awal aku gerak, awal aku sampai." Balas Cathrine.

"Oh." Hazen mengangguk.

"So, mana destinasi kau selepas ni?" Soal Cathrine.

"Frozen Mount. Aku dengar ada Yeti yang mengamuk." Balas Hazen. Cathrine mengangguk.

"So, nampaknya saya nak jalan sudah ni." Kata Hazen kepada Aveline.

"Jangan risau. Kita akan berpisah buat sementara waktu je." Pujuk Hazen.

"Hurmm.." Aveline masih juga murung.

Tetiba Hazen mengucup pipi gadis itu. Terkejut Aveline akibat perbuatan Hazen. Cathrine pula tersengih.

"Sekali lagi saya nampak awak buat muka begitu, saya cium awak di bibir." Kata Hazen tersengih.

Tak lama kemudian dia memunculkan sebuah portal.

"Well, hati-hati dalam perjalanan awak pulang ke kampung. Kalau awak dalam bahaya, pegang rantai di leher awak dan sebut nama saya. Ingat, kalau awak dalam keadaan yang bahaya ye." Kata Hazen. Aveline mengangguk.

"So, aku nak gerak dah ni. Sayonara, Aveline, Cath." Ucap Hazen sebelum masuk ke dalam portal ciptaannya. Tak lama kemudian portal itu hilang.

"Sayo..Nara? Apa benda tu?" Soal Cathrine pelik.

"Its mean 'Goodbye'." Balas Aveline tersenyum.

"I hope you will be fine, Hazen." Kata Aveline tersenyum.

**************************

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now