Merissa mengambil beg rodanya yang berada di tangan Tengku Abdullah. Kesian pulak nak suruh papa angkat . Ialah papanya bukan larat sangat .

"Biar lah papa angkat . Bukan berat pun"

"No no no . Biar Rissa yang angkat"

Tengku Abdullah hanya pasrah membiarkan puterinya saja yang angkat . Tengku Abdullah tersenyum melihat puterinya itu .

***

"Cucu mama, kamu letak dekat mana? Kenapa tak tinggalkan cucu mama tu dekat mama je ? Mama boleh jaga dia, masa kamu pergi pemulihan akhlak dekat Mekkah tu" tanya Engku Marina bila mereka sedang santai duduk di ruang tamu sambil menonton televisyen.

Merissa berpaling melihat mamanya . Kemudian dia menundukkan kepalanya . Kedua tangannya di ramas sesama sendiri .

"Kamu tak payah risau, mama tetap akan terima cucu mama tu . Walaupun dia bukan sah tarafnya"

Kata kata mama itu membuatkan air mata Merissa mengalir . Iya masa mula mula dia mengatakan kepada mama dan papanya yang dia mengandung, mama dengan papa marah sangat kepadanya . Sampai mama terlepas cakap yang dia tidak mahu menganggap Merissa sebagai anaknya lagi.

Engku Marina yang nampak air mata anaknya mengalir itu, terus dia bangun dan duduk di sebelah Merissa . Bahu anaknya itu di peluk . Kepala anaknya di bawa ke bahu .

"Mama mintak maaf . Mama tahu mama salah . Masa tu emosi mama tak stabil" Engku Marina mengosok perlahan bahu anaknya . Air mata Merissa dia kesat perlahan.

"Bukan salah .. mama pun . Rissa yang salah, ialah ibu mana je yang nak mengaku anak dia yang dah calarkan maruah keluarga kan?" Tersedu sedu Merissa . Tangisannya makin lebat .

"Dah jangan menangis sayang . Mama dah elok sekarang . Jadi jangan ungkit kan perkara yang lepas . Mama tahu princess mama kuat. Dah jangan menangis, nanti dah tak cantik dah" Engku Marina mengukir senyuman dan tangannya naik mengesat air mata anaknya .

Merissa mengangguk perlahan. Tubuh mamanya di peluk kuat . Hati Merissa mula rasa tenang bila mamanya sudah mula terima anaknya .

"Kamu tak jawab lagi soalan mama . Cucu mama kamu letak dekat mana ? Kamu bagi dekat siapa tolong jagakan?"

Merissa mengemam bibir . Nak bagi tahu ke tidak ? Kalau aku bagi tahu mama marah tak ?

"Anak Rissa , Rissa bagi dekat daddy Danny . Rissa mintak tolong dia jagakan . Tapi Rissa risau , kalau kalau dia buat perkara yang tak elok dekat Danny"

"Kenapa kamu nak risau pulak kalau cucu mama tu ada dekat daddy dia? Tak akan lah dia nak apa apakan anak dia sendiri"

"Entah lah mama, nanti Rissa nak ambik Danny balik"

"Suka hati kamu lah . Kamu dah jumpa dia tu , kamu bincang lah elok elok . Bincang dan fikir tentang masa depan anak kamu tu . Kesian dia nanti "

Merissa hanya mengangguk perlahan. Perkara yang itu yang di fikirkan sekarang . Dia kesian dengan nasib anaknya nanti yang akan di pandang serong oleh masyarakat. Mesti anaknya akan di ejek dan di hina . Apa yang perlu aku buat sekarang? Tak akan aku nak ajak Danial kahwin? Nanti di katakan aku yang sengaja terhegeh hegeh? Ya Allah, kau permudahkan lah semua urusan ku .

My Super Daddy ✔Where stories live. Discover now