Chapter 22: A Dance On The Sky

Start from the beginning
                                    

Hahaha! Siapa suruh..Dia yang mulakan dulu.

"Awak? Kita nak ke mana ni?" Soal Aveline.

Hmm..

Nak ke mana eh? Haih..Aku masih tak berapa ingat selok belok pekan ni lagi. Tak apalah..

"Hmm..Adalah. Jom!" Aku berjalan ke kawasan pasar Pekan Auntumn. Bunyi peniaga menjual barangan mereka jelas di telinga.

Hmmm..

Tetiba pandangan aku tertacap pada satu kedai menjual rantai. Heh! Aku tahu apa yang nak dibuat.

"Kita nak pergi mana ni?" Soal Aveline sekali lagi apabila aku menarik tangannya.

"Ikut je. Nanti awak tahulah." Balasku tersenyum.

Aku memasuki ke dalam kedai menjual rantai.

"Selamat datang." Tegur seorang gadis bertelinga arnab. Aku hanya tersenyum membalas teguran. Aveline kelihatan terkejut apabila aku membawa dia ke kedai ni.

"Kita nak beli rantai untuk siapa?" Soal Aveline.

"Untuk seseorang yang istimewa." Balasku. Aveline kelihatan terkedu. Aku tersenyum. Just wait my sugar.

Aku memerhati sekeliling. Tak lama kemudian pandangan aku tertacap pada seutas rantai bertatahkan permata berwarna biru. Aku segera mengambil rantai itu lalu membawanya ke kaunter.

"Berapa harga rantai ni?" Soalku.

"250 gold, encik. Ini merupakan rekaan terbaik dalam kedai ni." Balas si gadis bertelinga arnab sambil tersenyum.

Rekaan terbaik? Murahnya..Tapi aku mengaku, rantai ni adalah rantai paling cantik aku pernah jumpa.

"Nah, 250 gold. Saya beli rantai ni." Aku menyerah sebunjut beg kecil berisi 250 gold. Gadis bertelinga arnab tersenyum.

"Terima kasih kerana memilih kedai ni." Ucap si gadis bertelinga arnab apabila kami berdua keluar dari kedai itu.

"Awak putar ke belakang dulu. Lepas itu tutup mata awak." Arahku. Aveline kelihatan ragu-ragu dengan arahan aku tadi.

"A-awak nak buat apa?" Soalnya gugup.

Hahaha! Takutlah tu. Aku cuma nak pakaikan rantai ni je kot. Bukan nak buat apa pun. Haih..Aveline..

"Just do my order. You'll know soon." Balasku. Aveline hanya menurut. Dia memutarkan badannya ke belakang sambil menutup matanya.

Alright, Hazen...Kali ini aku yakin. Aveline ialah pilihan yang tepat. Dia akan menjadi pengganti Celestia.

Rantai yang aku beli tadi, aku pakaikan kat lehernya. Dia kelihatan tersentak. Aku hanya tersenyum.

"A-awak belikan rantai ni untuk saya?" Soalnya tidak percaya. Rantai itu dipandang seketika.

"Yeah. Untuk siapa lagi?" Balasku tersenyum.

"Tapi, 250 tu mahal! Awak bazirkan gold awak semata-mata nak belikan rantai ni?!"

"Memang 250 tu dikira mahal. Tapi untuk awak, Aveline. Saya tak kisah. Kerana awak ialah orang yang istimewa buat saya.." Balasku dengan nada separuh berbisik.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now