33: Resah

223 25 1
                                    

Keresahan menghambat
memeluk mindanya erat.
Mahu mencari jalan keluar,
tiap sisinya dijaga 'ular'.

Bilang mereka,
dia mahu lari dari masalah.
Sedangkan mereka tidak tahu,
rasa galau yang memenjaranya.

Bukan tidak pernah dicuba,
dibengkokkan jeriji penjara
agar dirinya bebas dari
terus dipeluk oleh gelisah.

Tapi kudratnya terbatas.
Tubuhnya tidak mampu lepas.
Jari-jarinya mula menggelupas.
Tusukan ujian semakin panas.
Batinnya semakin lemas.

Dan manusia yang lainnya?
masih tetap mahu bersifat Tuhan;
menilai, menghukum sewenangnya .
Lupa pada sifat kehambaan;
lupa amanah untuk disampaikan.

Sabarlah wahai dikau
yang semakin tenggelam
didesak kata-kata yang sia-sia.

Ingatlah,
Tuhanmu bukan mereka,
juga bukan dirimu,
tapi Tuhanmu yang Maha Esa.

18 Disember 2017 ;
11:56 PM

Puisi: PilihWhere stories live. Discover now