+2+ Mana Omma

1.9K 271 129
                                    

Malam

Yoongi sedang ralit bermain bongkah kayunya di ruang tamu,  bibiknya pula sibuk mengemas meja makan walaupun Yoongi sudah makan dua pinggan dia masih terasa lapar.

Yoongi menarik kain bibik Lisa aipp nasib baik tak londeh.

"Yoongi nak apa?" bibik Lisa mencangkung untuk sama tinggi dengan Yoongi.

Yoongi tabah dia pendek.

"Nak matan! Itew apar!!" jawab Yoongi ni takde pelat 's' ye.

"Aik? Bukan Yoongi dah makan ke? Siap tambah takkan lapar lagi" berkerut dahi bibik Lisa boleh tahan kuat makan juga budak ni patutlah chubby.

"Nakkk matan agi!!" Yoongi mengangguk bibik Lisa pun hanya ok dia masuk ke dapur untuk memanaskan makanan.

Yoongi berlari terkedek-kedek ke ruang tamu untuk sambung bermain tetapi lariannya terhenti dia rasa ada yang kurang dengan permainannya.

Yoongi mula sedar yang patung lovely doveynya iaitu patung kumamon tertinggal kat bilik. Dengan tenaga yang ada Yoongi naik ke atas dengan tangga itupun takut-takut.

Sampai sahaja di atas dengan bantuan bibik Lisa Yoongi tersenyum gembira segera dia masuk ke bilik untuk mengambil patung kumamonnya.

"Ba chak!! Hah tumpa pun awokk!!" Yoongi memeluk patung kumamonnya dan bawa keluar.

Sedang elok dia berjalan di depan bilik omma dan appanya langkah dia terhenti dia curi-curi dengar perbualan Tn.Min dalam telifon.

"Macam mana dengan dia? Boleh ke dia mengandung lagi?"

"Doktor please kalau ambil masa yang lama pun tak apa janji dia boleh mengandung"

"Hah baik-baik terima kasih doktor"

Yoongi menggaru kepalanya dia memandang patung kumamon meminta jawapan biasa la imaginasi budak-budak mesti dia ingat patung tak bernyawa tu akan jawab.

"Mamon-ah appa takap menantung? Apa tuw?"

"Entah la nak~~ maksudnya mati kot"

Yoongi mengangguk kepalanya faham apa yang dikatakan patung kumamon tu. Semoga bila dia dah besar kita cerita benda ni kat dia.

"Yoongi!! Makanan dah siap!!" jerit bibik Lisa di bawah dengar sahaja 'makanan' Yoongi terus turun ke bawah.

"Yeah-yeah! Matan!!" jerit Yoongi gembira berusaha untuk naik atas kerusi tapi tak dapat-dapat akhirnya bibik Lisa juga yang kena tolong.

Yoongi memegang dadanya azam baru Yoongi nanti untuk naik atas kerusi tanpa pertolongan bibik Lisa!! Yeah man!!

"Bibik litha! Ane omma?" tanya Yoongi dari petang tadi lepas dia dan omma appanya minum petang terus dia tak nampak kelibat ommanya makan malam tadi pun dia seorang je yang makan ditemani bibik Lisa appanya tak turun makan sibuk katanya.

"Omma Yoongi ermm dia dah tidur kot" jawab bibik lisa acuh tak acuh kalau jujur takut budak ni tanya banyak-banyak pula.

Yoongi mengangguk tak kisah dia sambung makan ditemani bibik Lisa nasib baik bibik Lisa belum kahwin tapi ada pakwe la Bambam namanya (─‿─)

Tiba-tiba Tn.Min turun kebawah dengan tergesa-gesa Yoongi pelik dengan kelakuan appanya.

"Lisa tolong jaga Yoongi saya balik lambat tau!!" Tn.Min segera mengambil kasutnya di rak kasut. Bibik Lisa hanya mengangguk Yoongi turun dari kerusi untuk pergi ke arah Tn.Min

"Appa ane omma?" tanya Yoongi polos.

Tn.Min hanya tersenyum dan mengusap kepala Yoongi sebelum keluar dari rumah banglo itu. Bunyi enjin kereta didengari sehingga la bunyinya makin menghilang.

Yoongi berdiri di depan pintu sambil menggaru perutnya terserlah kebuncitannya (─‿─) tetapi tak lama selepas bibik Lisa panggil dia Yoongi pun pergi tanpa mengetahui dimana ommanya berada.

Brothers ||Suga × Woozi|| [ C ]Where stories live. Discover now