14 : accident

1.5K 137 3
                                    

Hyera pov

Barang sekolahku kemas masuk dalam beg. Aku meminta diri pada hoseok lalu menuruni anak tangga.

Aku pergi ke arah tempat parking basikal lalu mengambil basikal ku.

Aku mengatur langkah keluar dari neraka... erh... sekolah. Sekolah ku syurga ku.

Haktuihhh!

Aku mengikut short cut dengan melalui lorong. Sunyi.

Sedangku menolak basikal sebuah kereta berhenti di sebelah ku.

Aku melihat gerangan orang tersebut.

Wait...

Ni

Kereta

Suga.

Oyemji... yatohan apakah aku perlu buat. Lari? Pancitkan tayar kereta dia?

"Rara? Seorang je? Mana hoseok?"

Soalnya dengan ramah. Asal dia nampak handsome sangat ni dengan mata sepet dia tu.

Nampakkan lagi kemayatan hidupnya tu... ai tak kuat.

Aish apa aku mengarut ni!

"Rara kena balik cepat.. nanti kena pilih wedding dress.." balas ku. Sejujurnya aku mahu pergi terjun ke sungai berbanding ikut si taempe tu.

Bila aku sebut nama dia aku teringat apa yang hoseok cakap tadi.. aira.

"O"

Balasnya. Cemburu ke bro?? Sakat jap Hoho!

"Cemburu ke bang....??"

Soalku. Saje nak kenakan dia.

"A-aniyo.."

"Yelah tu..."

Aku menyepetkan mata merenung dalam anak matanya. Memang pun dia cemburu.

"Aish... dah jom oppa hantar..."

Kalau aku ikut dia macam mana dengan basikal aku? Nanti kot2 ada orang curi kena beli baru..

"Nae... tapi basikal ni macam mana?"

"Takpe.. oppa simpan kat bonet kereta.. pi sana masuk kereta"

"Nae..."

Aku masuk ke dalam kereta suga.. lalu memakai tali pinggang keselamatan.

Aku nampak telefon suga di sebelah aku. Aku ambil.

Aku meng on kan telefonnya. Terpampar wallpaper telefonnya. Wait.. gambar aku lah! Hahahahahahahah bangga jap!

Password... apa erk? Cer try... suga

Tak boleh... yoongi?

Tak boleh... mayat hidup?

Lagilah tak boleh.. cer try nama aku.. erm hyera

Tak boleh... rara?

Tak boleh juga! Aish! Last eh last! My lovely rara..

Boleh! Siot ah password kau.. minta kaki berbulu aku ni.

"Hah! Buat pe tu!"

"Omakkau suga mati masuk gaung!"

Latahku. Lanat kau suga. Nasib sayang kau.

"Yah apa ni!"

"HAHAHAHA tu lah skodeng lagi phone orang kan dah kena..."

Aku mencebik. Alo tak boleh ke? Bukan ada undang-undang pun...

"Eleh kalau main phone oppa pun apa salahnya?"

Soalku. Yelah takkanlah aku yang comel bak hang macam kera ini tak boleh main phone dia.

"Boleh~~ rara bukan tahu pun pasa-"

"My lovely rara~"

Aku potong ayat dia. Hoho diam terus kau. Malu ke bang? Sebab kantoi?

"Err... yelah pi sana main..."

"Gomawo~"

"Nae.."

Aku lantas membuka galeri. Gambar family suga. Ada... 5 orang. Selama ni suga tak pernah pula cerita pasal family dia..

"Oppa... ni family oppa ke?"

"Aah... wae?"

"Oppa tak pernah pun cerita pasal family oppa? Cer cerita sikit"

"Oppakan tengah-tengah daripada 2 orang budak tukan..? Yang sebelah kiri tu hyung oppa.. nama dia Min Seok Li. Yang belah kanan pula adik oppa. Min Yoonji."

Jelasnya. Ooo tapi aku tak pernah pula nampak mereka berdua?

"Yoonji ni masih sekolah lagi.. dia sebaya dengan rara"

Tapi kenapa aku tak pernah nampak? Maybe aku tak pernah jumpa lagi kot?

Kan..?

"Dia kelas apa oppa? Boleh berkenalan dengan dia!"

Oppa tersenyum. Tapi senyuman dia tak nampak bahagia. Nampak kesedihan?

"Rara... yoonji dia mati. Dia dulu kemalangan jalan raya.. kalau tak disebabkan oppa... mungkin yoonji selamat sekrang"

Air matanya mengalir. First time wei aku nampak dia menangis. Keceriaan dia pun ada kesedihan yang teramat perit di sebalik keceriaan.

Dia memberhentikan kereta di tepi jalan. Mungkin matanya kabur akibat menangis.

Aku menyeka air matanya yang semakin deras. Rasa sebak di dada apabila nampak dia menangis.

"Shh oppa jangan menangis lagi... cuba cerita"

Dia menyedut hingusnya yang kini hampir mahu memasuki ke dalam mulutnya. Euw.

"Dulu masa yoonji umur 3 tahun dan oppa 5 tahun.. yoonji nak seberang jalan untuk kejar oppa... seban kami main lari-lari.. sekali yoonji terus kena langgar dengan kereta..."

"Dan.. time tu yoonji nazak. Oppa nampak keadaan dia teruk sangat time tu. Oppa takut. Yoonji akhirnya mati ketika pembedahan berlaku"

Dia menangis lagi. Aish sebak pula rasa. Aku peluk dia. Aku usap belakang badannya.

"Oppa... oppa tak boleh salahkan diri oppa.. mungkin itu memang takdir dia untuk meninggal time tu.. jangan salahkan diri oppa nae?"

Dia mengangguk lalu membalas pelukku. Habis baju aku kena virus mukus dia.

Tak pelah balik nanti aku basuh. Bau minyak wangi dia menusuk masuk rongga hidungku.

Wangi sangat... aku suka bau minyak wangi dia. Manly

Skip

Setelah suga hantar aku balik, aku terus masuk bilik untuk bersiap pergi ke butik.

Bedak baby anak john dan pelembap bibir ku pakai supaya tak nampak mukaku pucat.

Aku turun kebawah lalu pergi ke dapur.  Aku kerling jam di dinding. Pukul 3...

Aku menceduk mee lalu duduk di sebelah oppa. Baru sahaja aku nak menyuapkan mee eomma bersuara.

"Nanti pilih baju ikut tema laut.." kata eomma sambil memandangku.

Aku hanya mengangguk lalu meneruskan aktiviti makanku yang tergendala tadi.

"Lambat pula taehyung tu..."

Kataku. Ingatkan taempe tu datang awal..

"Nanti dia sampailah tu..."

Pin pin!

"Hah! Tu dah sampai... dah pergi sana.."

"Nae... annyeong"

"Annyeong.."

Tbc...

Pleaseuu votee😢😢 kenapa votenya menurun... adakah anda tidak ikhlas?? Huwarghh😭😭😭

Mr. Cold : TaehyungWhere stories live. Discover now