Siapa Lebih Berilmu?

3.3K 33 1
                                    

Ilmu Laduni

"Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami." (Al-Kahfi 18:65)

Ilmu yang dimaksudkan dalam surah Al-Kahfi ialah ilmu laduni.
Apa itu ilmu laduni?

Ilmu laduni juga dipanggil dengan nama;

" ilmu hakikat, ilmu pembuka yang terselindung, ilmu segala rahsia, ilmu terpendam dan ilmu warisan"

Ilmu laduni membuka rahsia-rahsia yang terdapat di dalam hati iaitu batin.

Apa yang penting, ilmu yang dimiliki Khidir itu adalah ilmu dari sisi Allah yang dikhususkan kepadanya, tidak diberikan kepada Nabi Musa walaupun Musa ketika itu merupakan orang yang paling berilmu.

Apa moralnya?

Moralnya, setinggi mana pun ilmu seseorang, dia tidak boleh berbangga dengan apa yang diketahuinya. Di atasnya ada Tuhan Yang Maha Mengetahui

Berdasarkan kisah Musa & Khidir, kita tahu yang Khidir dianugerahkan ilmu yang tidak dimiliki Musa. Tetapi harus diingat, bahawa Musa juga adalah manusia paling berilmu pada zaman itu.

Maka, siapakah yang paling berilmu antara Musa & Khidir?

Kita tidak boleh membandingkan ilmu kedua-duanya.
Nabi Musa memiliki ilmu yang tidak dimiliki Nabi Khidir.
Nabi Khidir memiliki ilmu yang tidak dimiliki Nabi Musa.

Nabi Khidir dikhususkan hukum hakikat melalui kejadian batin.
Nabi Musa dikhususkan hukum hakamnya di atas perkara zahir.

Pengajaran Dari Kisah Nabi Musa & Nabi Khidir Berdasarkan Surah Al-Kahfi

Kisah Musa & Khidir sarat dengan pengajaran bagi mereka yang berfikir.
Kadang-kadang kita baca sesuatu kisah itu, tanpa memahami makna tersirat.

Kisahnya berlaku dalam ruang lingkup keilmuan yang amat tinggi.
Disebalik kisah itu terdapat rahsia kehidupan tentang perkara yang tidak diketahui manusia.

Hakikatnya, apa yang tidak diketahui manusia walaupun dia seorang yang paling hebat pada zamannya lebih banyak dari apa yang diketahuinya

Manusia selalu menghukum mengikut apa yang dilihat, apa yang terzahir.
Penilaian manusia berdasarkan zahir semata-mata selalunya salah.

Sekiranya dibongkarkan kepada manusia hakikat kehidupan yang sebenar, rahsia kejadian serta akibatnya, banyak penilaian manusia akan berubah.

Kehidupan ini adalah sesuatu yang kabur dan keliru.
Dalam kehidupan ini banyak masalah yang tidak boleh dirungkai berdasarkan kecerdikan akal kemanusiaan semata-mata.

Kisah Nabi Khidir a.sWhere stories live. Discover now