Permulaan Hidup Khidir

4.5K 47 4
                                    

Ada yang mengatakan Khidir hidup pada permulaan zaman Zulqarnain, iaitu sezaman dengan Nabi Ibrahim.

Pendapat lain pula mendakwa, Khidir adalah salah seorang anak Nabi Ibrahim.

Selain itu, ada yang mengatakan, Khidir berketurunan Bani Israel yang hidup pada zaman Firaun. Ahli tafsir menegaskan, bahawa Khidir adalah sepupu Alexander of Macedonia. Pendapat ini sangat jahil. Ini kerana Alexander of Macedonia hidup pada zaman selepas zaman Nabi Musa, iaitu beribu tahun selepas itu.

Sebenarnya, siapa Iskandar Zulqarnain juga masih menjadi perdebatan. Sebab bila kita rujuk sumber-sumber sejarah, terlalh ramai tokoh yang bernama Iskandar Zulqarnain. Sehinggakan ada yang turut mengheret teori siapa Zulqarnain hingga ke Zaman Shih Huang Ti di China.

Di dalam kitab Ruhul Ma'ani, menurut Ibnu Asakir,

Khidir adalah anak kepada seorang raja dan dia memencilkan diri untuk beribadah kepada Allah.

Pada suatu hari, ayahnya mahu menjodohkannya dengan seorang gadis, pada mulanya Khidir menolak. Tetapi akhirnya dia akur. Namun sepanjang setahun perkahwinan mereka, Khidir tidak pernah meniduri isterinya.

Selepas itu ayah Khidir mengahwinkannya dengan seorang janda pula. Perkara sama yang berlaku, Khidir tidak meniduri isterinya. Ayah Khidir memanggilnya untuk berjumpa, tetapi Khidir melarikan diri.

Status Khidir Sebagai Seorang Nabi

Ada Tiga pendapat :

" Khidir seorang wali, Khidir seorang nabi atau Khidir seorang malaikat. "

Pendapat ketiga yang paling lemah & pelik.
Imam Nawawi berkata,

"Pendapat yang mengatakan bahawa Khidir seorang malaikat adalah salah."

Dalam satu riwayat, oleh Bukhari & Muslim,

(Pada suatu hari) Nabi Musa bangun berdiri untuk memberi khutbah kepada kaum Bani Israel. Kemudian baginda ditanya,

"Siapakah manusia paling tinggi ilmu pengetahuannya?"

Nabi Musa menjawab,

"Akulah yang paling mengetahui."

Setelah itu Allah menegurnya bahawa baginda bukan manusia yang paling berilmu. Lalu Allah mengarahkannya bertemu dengan salah seorang daripada hambaNya yang berada di pertemuan dua lautan. HambaNya itu lebih tinggi ilmunya daripada Nabi Musa.

HambaNya itu tidak lain & tidak bukan adalah Khidir.

Oleh sebab itu, tidak munasabah bila Nabi Musa mengatakan dia lah manusia yang paling tinggi ilmu dari semua manusia dan secara tiba-tiba Allah menghantar menemui "malaikat" yang lebih tinggi ilmunya dari Nabi Musa.

Sudah tentu hambaNya (Khidir) yang dimaksudkan adalah manusia juga seperti mana Nabi Musa.

Ulama yang mendakwa bahawa Khidir ialah seorang nabi berpegang pada pendapat bahawa tidak wajar jika seorang wali (jika Khidir ialah wali) lebih mengetahui daripada seorang nabi (Musa).

Dalam surah Al-Kahfi, menunjukkan Khidir lebih mengetahui berbanding Nabi Musa. Ini juga membuktikan dia seorang Nabi yang turut menerima wahyu.

Kisah Nabi Khidir a.sWhere stories live. Discover now