Berdasarkan Fahaman

3.1K 105 5
                                    

Menurut Ibnu Yaacob,

Nabi Khidir sememangnya berumur panjang dan masih hidup sehingga sekarang. Walaupun ada sebahagian ulama masih mempertikaikannya, tetapi majoriti ulama muktabar bersepakat bahawa Nabi Khidir masih hidup.

Kesepakatan ini berdasarkan berita dari ulama-ulama tasawuf sendiri. Imam Nawawi dalam kitabnya menyebut,

"Sesungguhnya telah berlaku perselisihan di kalangan ulama mengenai hidupnya Khidir. Kebanyakan ulama berpendapat bahawa Nabi Khidir masih hidup lagi."

Tambah Imam Nawawi,

"Pendapat ini telah disepakati dikalangan ulama tasawuf, para soleh & ahli makrifat. Cerita bahawa mereka pernah bertemu dengan Khidir, mengambil ilmu darinya, bersoal jawab dengannya terlalu banyak untuk dihitung..."

[Rujuk kitab Tahzib Asma Wa Al-Lughaat, jilid 1/176, Syarah Sahih Muslim jilid 10/135-136]

Seorang ulama tafsir, Abu Ishak Al-Tha'labi berkata,

"Ada sesetengah ulama berpendapat sesungguhnya Khidir tidak akan mati melainkan hanya pada akhir zaman iaitu ketika diangkat al-Quran."

[Rujuk kitab Fathul al-Baari, jilid 6, ms 310]

Imam Al-Yafie dalam kitabnya,

"Apa yang aku telah sebut bahawa Khidir masih hidup merupakan pendapat yang juga telah diputuskan kebenarannya oleh para wali Allah dan telah dikuatkan kesahihannya oleh ulama feqah, usuluddin dan kebanyakan ulama hadis dan pendapat ini juga tersebar dikalangan orang ramai."

[Rujuk kitab Nasryu al-Mahasin al-Ghaaliah, ms 395-396]

Bagaimana Khidir berumur panjang?

Dalam kitab Arab terdapat pelbagai versi.

Pendapat 1 :

Sebahagian ulama berpandangan umur Khidir panjang kerana kesan dari doa Nabi Adam yang mana sebelum baginda mangkat, baginda berdoa kepada Allah agar memanjangkan umur orang yang mengambil tugas mengebumikan jenazahnya, dalam hal ini Nabi Khidir dikatakan orang yang bertanggungjawab mengebumikan jasad Adam.

Walau bagaimanapun, terdapat hujah lain yang menyangkal pendapat ini, terutamanya berkenaan masa antara zaman Adam & zaman Khidir.

Pendapat kedua :

Ada sebahagian ulama lain mengatakan Khidir berumur panjang kerana meminum air dari ainul hayat iaitu mata air kehidupan.

Pendapat ini sebenarnya dipengaruhi oleh cerita israeliyat.

Bolehkah kita ambil sumber dari Israeliyat?
Jawapannya boleh selagi selari dengan ajaran Islam. Contohnya macam saya sebut berkenaan nama malaikat maut di mana kita ambil dari pendeta Yahudi, kerana dalam Al-Quran tidak disebut pun nama malaikat maut.

Dalam riwayat Ibnu Ishak disebut,

Apabila saat kewafatan Nabi Adam, baginda mengkhabarkan kepada semua anak-anaknya bahawa taufan akan melanda.

Nabi Adam berpesan, sekiranya taufan berlaku, hendaklah dibawa jasadnya itu menaiki kapal Nabi Nuh kemudian dikebumikan ditempat lain.

Tidak berapa lama kemudian taufan melanda maka Nabi Nuh memerintahkan anak-anak Adam membawa jasad bapa mereka naik ke atas kapal untuk dikebumikan di tempat yang telah diwasiatkan.

Namun mereka takut kerana tiada tempat yang selamat untuk dikebumikan, sehinggalah muncul Nabi Khidir maka barulah jasad itu selamat dikebumikan.

Namun begitu, riwayat ini agak musykil kerana terdapat khilaf umur antara Adam, Nuh, Khidir dan anak-anak Adam.

Kisah Nabi Khidir a.sWhere stories live. Discover now