FAHMI

6.3K 253 64
                                    

Aku tak tahan. Aku geram. Aku nak mintak penjelasan Fahmi!! Apsal dowh dia nak fitnah aku? Aku tak pernah cari pasal dengan dia! Dia yang kacau aku ada la!

Waktu prep malam,aku beranikan diri datang kelas dia kat aras tingkatan 4. Aku mintak dia keluar untuk jumpa aku kat koridor luar kelas dia.

Dia ajak Affuan teman dia. Ceh,pengecut. "Kau bagi gambar ni kat Kak Mila kan?" aku tala gambar tu depan muka dia. Muka dia jadi cuak,dia jeling Affuan kat sebelah. Affuan jenguk,tengok gambar tu jugak. Muka Affuan berubah jadi terkejut.

Fahmi berdehem,letak tangan dalam poket. Buat muka selamba. "Ya,aku bagi." Jawab Fahmi,buat muka seposen. Aku genggam penumbuk. Eeii kalau tak mengenangkan aku pakai tudung labuh,dah lama dah melayang penumbuk aku ke muka dia. "Kenapa?!" aku tengking dia. Entah kenapa,muka Fahmi berubah. Nak kata muka takut,tak. Nak kata bajet,tak. Entah la.

"Aku ada sebab aku...." Fahmi menunduk,dia menjeling Affuan sedikit. Affuan hanya berdiri di sisi Fahmi, tak faham situasi. "Jom,masuk kelas." Fahmi drag tangan Affuan,lalu Affuan terdorong untuk mengikuti langkah Fahmi masuk ke dalam kelas. "Kenapa! Jawab la kenapa! Kau fitnah akuu!!" aku jerit macam orang gila.

Fahmi buat tak endah dan menonong masuk je dalam kelas. Aku meneriak. Biar la orang nak pandang aku macam mana pon.

---

Okayh,part ni dah fast forward dah. Aku skip part aku study bagai nak rak untuk hadap PMR.

So,sekarang ni,aku dah lepas PMR dah. Harini hari Jumaat. Aku lepak kat asrama. Tiba-tiba aku termenung pasal Affuan. Kalau korang la..korang suka tak lelaki macam Affuan tu? Dia boleh dikatakan hensem,pandai,baik dan tak kacau pompuan. Okey tak kriteria tu? Aku....sebenarnya dah jatuh hati kat dia. Ya ya ya ya aku tau ni perasaan cinta monyet. Tapi aku akan anggap this thing a serious matter for this time being.

Aku rasa terpikat dengan sifat gentleman dia. Terutama sekali waktu dia sudi bagi sweater dia untuk aku cover belakang aku. Ingat,kan?

So,aku ni jenis yang terburu-buru dan tak fikir panjang...aku dah tulis sekeping surat cinta khas untuk Affuan! Malah,aku serahkan surat tu pada Affuan,face to face! Sumpah,aku bagi. Baru tadi! Lepas aku serahkan surat tu,aku terus cau. Dalam otak,aku susun strategi supaya aku kena elak tembung dengan Affuan.

PERHATIAN KEPADA HANI,FORM 3,ADA ORANG INGIN BERJUMPA ANDA DI DEPAN DEWAN MAKAN.

Aku tersentak dengar announcement tu. Sape pulak nak jumpa aku ni? Aku tak ambik masa lama,aku terus sarung tudung dengan stoking,dan melangkah ke dewan.

Bila sampai kat depan dewan makan,dari jauh lagi aku dah nampak Fahmi. What? Fahmi ke yang nak jumpa aku? Aku melangkah menghampirinya. "Kau ke yang nak jumpa aku?" soalku. Fahmi yang sedang bersandar ke tiang,tangan dalam poket,baru menyedari kehadiran aku. Dia melangkah ke arah aku.

"Haah." Jawabnya pendek,dia berhenti melangkah 0.5 meter dari aku. Eh dia ni,nak dekat-dekat apahal? Aku mengundur sikit sebab nak jauhkan sikit diri daripada dia. Aku tak selesa la berdiri dekat dengan lelaki. Rasa tak safe,insecure.

"Kenapa nak jumpa aku?" soalku. Fahmi tersengih jahat. Aku tau tu sengih apa,tu la sengih yang sama dia akan ukir tiap kali nak kutuk aku bila aku kayuh basikal melewati rumah dia. "Ada dua sebab. Satu,sebab.." dia seluk poket dia, "...ni." Dia keluarkan surat cinta yang aku bagi pada Affuan semalam. Aku terkedu,cuak,malu,blur,semua perasaan yang wujud kat planet Marikh muncul dalam hati aku.

"Mana kau dapat?!" aku cuba rampas surat tu. Aku melompat untuk capai surat cinta yang Fahmi sengaja awang-awangkan ke udara. Masalahnya,dia tinggi. Aku ni,dah la pendek,berat pulak tu. Nak lompat,memang tak tinggi la.

Last-last,aku fed-up,aku merengus,tenung mata dia,menunjukkan aku tak suka. "Kau fikir,bila sorang laki dapat surat cinta,dia takkan bagitau kawan baik dia ke?" soal Fahmi,nada dia sangat sangat sangat menjengkelkan gegendang telinga aku."Nah,aku tolong BALAS surat cinta kau ni..." dia tuju surat cinta tu betul-betul depan muka aku. Then.. ZRAPPPPP!

Dia koyak surat aku jadi serpihan. Kalau kau kat tempat aku waktu tu,kau akan rasa surat tu hati kau. Sumpah,rasa sakit gila! Aku tahan tangis,mereng la aku kalau nangis depan Fahmi tu! Aku mula beredar. "Aku benci kau!! Aku benci kau!!" suara aku makin tenggelam di pendengaran Fahmi, aku makin menjauh.

"Woi,kau taknak tau ke sebab kedua aku nak jumpa kau?" soalnya. "Apa dia?" soalku,dari jauh. "Aku nak bagitau sebab aku bagi gambar tu pada Mila." Ujar Fahmi,memancing perhatian aku. Aku datang menghampiri dia semula. "Sebab apa?" aku soal,muka kasi masam sikit,nak tunjuk aku masih marah. Fahmi tertelan air liur. Eh dia ni,jadi pemalu pulak tiba-tiba.

"Aku sebenarnya tak tau kau jatuh pokok. Bila aku tengok-tengok,kau memang dah ada atas riba Affuan. Jadi,aku tangkap gambar cepat-cepat."jawab Fahmi. "Tu je?" dalam hati aku terdetik,macam tergantung je ayat si Fahmi ni. "Emm..tak. Ada lagi." Fahmi tarik nafas,macam susah sangat nak kata apa yang telah elok tersusun dalam otak. "Aku sebenarnya...cemburu." Sambung Fahmi. Aku jadi batu sesaat.

"Aku cemburu Affuan sentiasa ada untuk kau. Aku cemburu kau bagi surat cinta pada Affuan. Aku cembur sebab Affuan sengih-sengih bila tengok surat cinta kau." Fahmi tak pandang muka aku sepanjang dia cakap tu. "Kau...kau nak cakap apa sebenarnya ni?" aku makin hilang arah. Fahmi dongak, pandang muka aku. Dia tarik nafas...

"Aku suka kau,Hani Nur Adhiya."

Oh,damn. Son of a beach.

MY SECRET DIARY (COMPLETED✔✔)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ