DATE!

6.2K 236 8
                                    

Dari jauh aku dah ternganga. Serius ah ni rumah Affuan? Rumah Semi-D yang sangat moden rekaannya (boleh google sendiri kalau nak tengok rupa dia. Data banyak kan?) Rumah Semi-D,paling murah aku rasa 400k sebuah,fuh berpeluh dengar weii..

Affuan parkir kereta kat garaj depan rumah,sebelah sebuah Alphard. Mak aii...dah la rumah Semi-D,ada dua biji kereta pulak tu."Ni rumah kau ke Affuan?" soalku. Rumah orang kaya ni. Mana dia dapat duit? Hah! Entah-entah dia buat kerja haram! Aku mula buat spekulasi bodoh dalam otak. "Tak,ni bukan rumah saya. Rumah parents saya." Jawabnya. "Jom turun,umi abi dah tunggu" ajaknya. Kami pun turun.

Aku tak henti-henti memuji bahagian luar rumah dia dari tadi,dalam hati. Apa kerja mak bapak dia ni? Bukan bapak dia Ustaz Najmi ke? Macam mana kerja cikgu boleh beli rumah mewah gini? Tapi,aku pendam dulu. Lepas kahwin aku tanya (ewah ayat)

Kami melangkah masuk ke dalam. Abang aku dah masuk dulu dah,gelojoh bedoooo. Aku dengan Affuan jalan sebelah-menyebelah. Aku eksaited ni...tengok apa akan jadi bila aku eksaited. Tengokkk ehhh.

Kami pun masuk,terus ke dapur. Mak bapak Affuan tengah tunggu (termasuk abang aku). "Haa Hani...duduk la sini." Ajak mak Affuan. Aku pandang Affuan,dia bagi isyarat (macam bagi courage) suruh duduk kat sebelah mak dia. Aku pun menapak duduk kat sebelah mak Affuan. Affuan pulak duduk sebelah abang aku.

"Assalamualaikum err makcik..oh no no...aunty? Umi?" aku buat perangai beruk aku depan mak Affuan. "Panggil je la Umi." Dia tunjuk cincin yang ada di jari manis aku,menandakan aku ni dah macam anak dia. "Haa...okey. Memandangkan saya panggil Umi.Umi kena panggil saya Han. Saya tak selesa orang panggil saya Hani,feminin sangat." Pintaku.

"Laa...kamu kan memang feminin?" soal Umi,ketawa kecil sambil pandang semua 'ahli mesyuarat meja',yang lain turut tertawa sekali. Aku senyum je la. Umi..umi mesti tak pernah baca novel saya ni..kalau Umi baca,mesti Umi tak panggil aku feminin. Korang paham,kan?

"Haa..makan la,ya. Han,Hafiz." Jemput Abi. Aku tengok makanan yang ada. Woahhh....sedap. Aku malas nak senaraikan sebab aku tengah makan ni. Muahaha

"Han setuju tak kalau terus nikah je? Tak perlu tunang?" soal Umi. Aku berhenti mengunyah. Aku ni takde la tak sopan sangat sampai nak menyembur makanan. Please la..over sangat kot kalau menyembur. "Ehh..Han setuju. Lagi jimat. Jimat duit baju,jimat cincin tunang.Kan?" aku tunjuk respons dengan cara bagi pendapat sematang yang boleh.

Umi tersenyum senang dengar jawapan aku. Dia tepuk-tepuk bahu aku. "Tengok bang. Dia tak kisah pun kalau tak tuning. Tu la,tanya dulu." Ujar Umi kepada Abi. "Eh awak ni. Awak yang nak buat majlis pertunangan kan? Tuding kat saya pulak." Balas Abi. Aku tersenyum tengok gelagat Umi dengan Abi. Agak ann...lepas kahwin nanti,aku dengan Affuan macam ni ke?

Dalam diam,aku cuba usha dia. Terkejut aku,tengok dia tengah usha aku! Aku cepat-cepat larikan pandangan (haha dah blushing),bila aku pandang balik, dia still usha,siap tongkat dagu lagi. Bengong ah mamat ni,cer cover sikit usha tu.

"Ehemmm..." abang aku berdehem panjang. Haha.. dia perasan la tu aku dengan Affuan dok main mata. "So, kamu berdua nak pergi mana lepas ni, Affuan?" soal Abi. Affuan pandang aku,mintak pendapat secara telepati. Eh,dia tanya aku pulak. Dia yang book aku daripada Subuh tadi kot. Takkan dia tak rancang apa-apa.

"Kitorang pergi Aeon la." Jawab Affuan,at last. Aku hembus nafas lega,at least ada la arah tujuan kitorang,ye dak?

MY SECRET DIARY (COMPLETED✔✔)Where stories live. Discover now