16 - Kotak

223 27 2
                                    

Hujan turun selebat-lebatnya pada pagi itu seperti memahami kesedihan hati Nurin.

Pintu bilik Nurin diketuk. Puan Sakinah masuk ke dalam bilik anak bongsunya.

"Adik, taknak pergi sekolah ke?" soal Puan Sakinah prihatin. Tangannya membelai ubun-ubun Nurin.

"Nurin penat la ma." adu Nurin.

"Mama minta maaf tapi harini kan adik ada exam. Adik kena pergi sekolah juga." pujuk Puan Sakinah.

"Hmm... Okey." Nurin mengalah. Dia bangun dan melangkah malas ke bilik air.

Tiba di bilik air, Nurin menatap wajahnya di hadapan cermin.

"Eyebagssssss, mata bengkak. Hidung merah macam badut. Errrggghhhh my life sucks." keluh Nurin sendiri.

Hari ni dia akan menghadapi Ujian Semester I tapi ujian yang dia dapat semalam pun dia tak dapat nak hadap.

"Stay strong Nurin. Let's move on." jerit Nurin.

Haih, indahnya dunia kalau move on semudah tu.

---

"Nurin okey?" soal Farah. Waktu-waktu pagi sebelum peperiksaan ni sudah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk melepak di pondok dekat dengan Guard Post.

Satu sebab kat situ selesa.
Dua sebab tu memang port diorang.
Tiga sebab diorang dapat usha orang yang datang sekolah sebab pondok tu dekat dengan pintu pagar kan?

"Okey je." balas Nurin pendek. Nota bahasa melayu miliknya ditenung kosong.

"Want some chocolate?" pelawa Elle.

"No thanks." tolak Nurin.

"Nurin sorry tau." tutur Arina serba-salah.

"It's okey Arina, bukan salah kau pun. Lagipun kalau bukan kau yang bagitau, mesti akan ada orang lain yang bagitau jugak kan." Nurin tersenyum kecil. Menutup rasa sedih dan kecewa yang bersarang dihatinya.

"Shall we focus on today's exam?" tanya Elle.

"Eleh, markah esei kau lagi tinggi dari aku. Nak cuak buat apa." usik Arina.

Mereka semua ketawa.

Mata Nurin menangkap dua kelibat yang sudahpun dia tanda mati.

Chenta dan Ariffin.

"Tak payah tengok diorang. Minah tu hipokrit, tikam belakang bestfriend sendiri." sinis ucapan Arina. Wajahnya dicebik.

"Aku ada hal kejap." pamit Nurin. Dia menyimpan notanya ke dalam beg.

"Kau nak pergi mana Nurin? Tak perlu susahkan diri nak serang diorang, biar je perempuan tu." tutur Aeris.

"Tak, tak. Aku nak pulangkan hadiah yang Chenta bagi ni." Nurin menarik sebuah kotak yang besar dari tepi bangkunya.

"Nak aku tolong?" tawar Aeris.

"Boleh. Jom."

Aeris membantu Nurin mengangkat kotak tersebut. Mereka berdua berjalan menuju ke luar sekolah tempat dimana kereta driver Chenta diparkir. Chenta dan Ariffin berada di luar kereta berbual-bual.

"Wow, selamat pengantin baru you alllsss." tutur Nurin sinis. Aeris hanya tersengih sinis.

"What do you want Nurin. Leave us alone." suara Chenta dingin. Ariffin hanya membatu.

"Awwwhhh, comelnya cik Chenta kita ni kan. By the way, aku tak ada masa nak menghadap korang berdua bersayang-sayangan kat depan sekolah ni. Ni, aku bawakkan hadiah sempena pernikahan korang kat Instagram semalam. Enjoy."

Aeris menjatuhkan kotak tersebut ke atas jalan.

"Oppsss, sengaja."

"Hei Aeris, you fikir you ni he....." ucapan Chenta dipotong oleh Ariffin.

"No Chenta."

"But she's a bi..."

"Stop."

Chenta membisu. Matanya menjeling tajam ke arah Nurin dan Aeris.

"Bye lovey-dovey." tutur Nurin sebelum berlalu pergi bersama Aeris.

Rasa puas hatinya dapat mengutuk Chenta secara berdepan. Namun disebalik segala kepuasan itu, dia masih sedih kerana Ariffin memilih Chenta daripada dia.













To be continued...

Guardian AngelWhere stories live. Discover now