Chapter 11: When Twins Got Drunk

Start from the beginning
                                    

"Awak dah lupa ke yang dia ni tak boleh mati?!" Soal Aveline lagi. Edwin tersentak.

"Ya tak ya juga, kan? Asal aku boleh lupa?" Soal Edwin sendirian.

BOKKK!!

"Aduh! Takkan sekali lagi?!.." Edwin menahan senak di perut.

"Itu, sebab kau tumbuk aku tanpa sebab.." Kata Hazen tersengih.

"Kuat gila tumbukan kau. Kau makan apa hah?" Soal Edwin dengan dahi berkerut.

"Makan nasi, ikan, daging, sayur, dan minum air kosong. Tak lupa juga arak." Balas Hazen selamba. Aveline mengembungkan pipi menahan ketawa.

"Kau okay tak? Sorry eh? Nanti aku belanja kau arak satu botol. Dalam pekan ni ada pub, kan? See ya.." Kata Hazen lalu beredar dengan Aveline.

"Tak guna...Sakit perut aku. Aduh! Tulang besi agaknya si Hazen tu.." Kata Edwin sendirian. Dia menuju ke biliknya dengan perlahan-lahan.

"Awak tumbuk kuat sangat, Hazen. Kesian kat Edwin.."

"Lol! Mana saya tumbuk kuat sangat." Balas Hazen tersengih.

Aveline hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala.

"Urmm..Hazen, saya nak masuk bilik saya ni. Nanti malam saya datang bilik awak.." Kata Aveline.

"Okay..I'll be waiting.." Balas Hazen. Aveline hanya melambaikan tangan lalu masuk ke dalam biliknya.

Hazen tersenyum lalu menuju ke biliknya. Pintu bilik di buka. Dia mengerutkan dahi apabila melihat Alter dan Flora tidur.

"Awal kot nak tidur. Matahari pun belum terbenam." Kata Hazen sendirian.

"Haih.." Dia mengeluh sambil menggelengkan kepala.

Barang yang dibeli diletakkan di dapur. Gunblade di peha kiri diletakkan di atas meja.

"Baiklah..masa untuk masak.."

************************
Alter terbangun apabila menghidu sesuatu.

"Good morning, white hair.." Satu teguran dengan nada sinis.

"Yeah..Good morning too, Jack the one eye.." Balas Alter dengan sinis.

Dia melihat ke arah luar. Gelap. Dia menggaru kepalanya.

"Dah malam? Lama kot aku tidur." Katanya sendirian.

"Yup. Memang lama. Sampai aku bising di dapur pun kau tak bangun. Tidur mati ke apa kau ni?" Soal Hazen sambil meletakkan lauk makan malam.

"Kejutkan Flora. Lepastu pergi cuci muka. Aveline tak lama lagi datang ke sini." Arah Hazen.

"Eh? Kenapa pula dia nak datang?" Soal Alter.

"Aku ajak dia makan malam sekali dengan kita.."

Alter mengangguk. Dia mengejutkan isterinya. Flora bangun lalu mereka berdua memasuki bilik air.

"Haih..married couple. Its been 600 years. Right, Celestia? Its your birthday today. Happy birthday.." Kata Hazen sendirian sambil tersenyum kelat.

"Lupakan saja memori lama, Hazen. Apa yang berlaku tak boleh diulang semula." Kata Alter tetiba. Mereka berdua baru sahaja keluar dari bilik air.

"Yeah..You right." Balas Hazen.

Tok! Tok!

Hazen segera membuka pintu biliknya. Dia tersenyum melihat Aveline di hadapannya.

"Awak rupanya..Jomlah masuk." Ajak Hazen. Aveline mengangguk.

Mereka berempat makan malam bersama sambil bersembang mesra. Banyak topik perbualan antara mereka berempat.

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now