8

285 34 3
                                    

____________________________________

Salah seorang orang besar kita telah dibunuh. Sekarang, seorang lagi dibunuh. Saya rasa kamu kena bertindak dengan segera...

P/S: Cepat buat video call. Rindu dengan korang ni. Cepat cepat..

Yang baik lagi menawan:
Madam April
____________________________________

"Guanlin. Keluarkan laptop cepat" arah Sungwoon. Guanlin segera ke biliknya dan mengambil laptop.

"Nah" Guanlin pun sampai dengan membawa laptop. Sungwoon on dan membuka skype. Ceh ceh ceh. Agent pun pakai Skype.

"Hai Bosssss!!!!" lepas nampak muka Bos April terus diorang jerit nama dia. lagi-lagi Jaehwan tu.

"Hai semua" balas Bos April dengan tenang. Diorang suka dengan Bos April. Dia sporting dan coool~. "Urmmm, boleh tak kalau Hanni yang duduk dekat tengah. Dia nampak macam ganjil. Ehehe" gurau Bos April.

Lalu mereka pun memberi laluan kepada Hanni. Hanni pun rasa terpaksa dan duduk jugak. Yang Jinyoung ikut belakang dia tu kenapa.

"Hanni boleh tak biasakan diri dengan monyet-monyet ni" soal Bos April. Hanni pun pandang kesemua monyet itu. "Bolehlah bos.. Lagipun diorang sporting" back up Hanni.

"Diorang ada buli tak?" soalnya lagi. "Buli?" tiba-tiba Jinyoung peluk Hanni dari belakang. "Takdelah.. Kitaorang sayangggg dia".

Jihoon

Nak mati awal budak ni eiiii.. Aku tumbuk muka kau yang kecik tu karang.

Daehwi

Eleh, dulu kata aku takleh curang bagai. Ni sekarang dia yang couple. Ingat sweet ah minat orang yang sama jugak. Hmmppphh...

.....

"Urmm, buli? rasanyaaa... Saya kot yang buli diorang" jawabnya dengan selamba. Lalu mencubit lengan Jinyoung yang ada kat leher dia tu.

"Aucchh, Hanni-ah. Sakitlah" adu Jinyoung. "Lemas tau tak?" Bos April tergelak. "Eleh, Jinyoung. Kena cubit dengan perempuan pun sakit kee" sakat Bos April.

"Macam nilah.. Seperti yang kamu semua sudah sedia maklum. 2 orang besar kita telah dibunuh. Mungkin pada awalnya pihak kita percaya bahawasanya bukan pihak T.A.A.T tidak membunuh. Tetapi, untuk kali kedua pihak kita telah mengsahkan yang mereka telah menghantar orang besar mereka untuk membunuh orang kita" terang Bos April. Sekelip mata je dia jadi serious. WHY SOO SERIOUS??

"Yang saya risau sekarang, mungkin musuh dalam selimut tu..." tiba-tiba Daehwi mencelah. "Boleh tak panggil dia Mr.tuttttttt. Musuh dalam selimut macam lecehlah nak cakap" kata Daehwi.

"Okaylah Daehwi... Saya takut Mr.tutttt yang ada di kalangan kamu semua akan bunuh antara kamu semua. Faham tak?" terang Bos April walaupun dia tahu ayat dia macam pelik je.

"Faham Bos April" jawab mereka lemah. "Dia mungkin akan sabotaj kamu untuk menangkap pihak T.A.A.T. Tapi, susah jugak kalau kamu semua syak mengesyaki ni. Kamu tidak akan bekerjasama untuk menyelesaikan kes" tiada sebarang respon. Mereka hanya menunduk.

"Sekarang ni... Saya nak kamu semua jangan fikirkan tentang Mr.tuttttt dulu. Tangkap agent dia yang telah membunuh orang kita. Faham?!" soalnya. "Faham Bos April" perlahan je suara diorang.

"Baiklah saya banyak kerja ni. Ada apa-apa contact saya, Hanni. Bye semua" lalu Bos April senyum dan menutup.

"Okay sekarang ni kita lupakan dulu pasal Mr. Tutttttt. Biarlah DIA nak buat apa pun. Kita fikir mana kita nak cari orang tu. Bukannya tau siapa. Tempat rahsia T.A.A.T pun kita tak tau" Sungwoon sengaja tekankan DIA tu. Tapi tiada sebarang respon diberi.

"Okeylah.. Macam ni. Korang stress? Jom pergi pantai sana tu tenangkan fikiran" ajak Minhyun. Barulah ada senyuman di wajah masing-masing.

"JOM!" jerit mereka serentak.

.....

Jihoon

Sedang mereka khusyuk mandi pantai.. Hanni hanya duduk tepi dan termenung. Aku naik dan duduk di sebelahnya.

"Woi termenung apa tu?" lalu menjirus muka Hanni dengan air pantai yang masih ada kat tangan dia. "Bukan termenung... Ni hah, tengah menghayati lagu" lalu menunjukkan MP3 nya. Tak perasan pulak aku dia pakai earphone.

"Nak dengar jugak" kataku. "Takleh" jawab Hanni selamba. Dia memang macam tu. "Oh... Yelah kan. Dah couple lupakan kita" aku buat-buat merajuk.

Terus air muka dia berubah. "Jihoon, kenapa kau fikir macam tu?" soalnya. "Sebab aku tengah cravingkan attention kaulah" lalu memeluk Hanni. Tak kesahlah kalau Hanni pun basah sekali.

Jinyoung

Biarlah diorang... Kalaulah bukan sebab tu. Aku dah mintak dah kau jadi girlfriend aku yang sebenar. Sebab tu, aku hanya mampu minta kau menyamar jadi girlfriend aku je.

Daehwi

Kenapa ramai sangat hah yang minat kau. Salah aku jugaklah. Siapa suruh dia pakai Nivea Man haritu... Menyesalnya.

.....

"Jihoon, tau tak yang kau tengah lencun" soal Hanni perlahan di dalam dakapan Jihoon. "Tau... Biar... Biar lencun di luar. Asalkan hati aku dah tak lemas" Hanni membuat muka pelik. "Apa yang kau merepek" Hanni tergelak.

"Aku yang jumpa kau dulu. Asal dia pulak yang dapat" akhirnya Jihoon mengeluarkan ayat yang dia nak cakap.

Hanni

Jihoon... Aku dengan dia takde apa-apalah. Aku kena menyamar jadi girlfriend dia. Lagipun, korang tau tak aku boleh bersama dengan korang sampai kes ni selesai je. Kes selesai memang kita takkan jumpa lagi... Aku taknak couple dengan sesiapa walaupun adalah sikit rasa nak tu. Eii gatal lah aku ni. Jihoon dengarlah kata hati aku ni.. Aku tak mampu luahkan...

Jihoon

Selepas aku cakap benda tu, dia hanya diam seribu bahasa. Aku taulah aku bukan taste kau. Tapi at least cakaplah. Eh, jap... "Hanni, are you crying?" lalu aku melihat mukanya. "Don't crying Ju'on. Macam budak comot je aku tengok" pujukku

Lalu aku mengelap muka dia dengan baju aku. Haish, asal aku tak lap guna tangan. Bodohnya kau jeojang.

Dia masih menangis. "Hurmm hah. Nae maeum sokhae, jeojang" dengan harapan dia gelak. "Hahahaha kau dah kenapa. Time aku tengah feeling lagu sedih ni buat jeojang kau".

Ceh, dengar lagu sedih ke. "Alaaaaaaaaa, nak dengar jugak" rayu aku.

Hanni

Boleh pulak aku tengah sedih MP3 ni bukak lagu sedih. Dah dia merayu tu. Bagi jelah dia dengar.

"Beautiful?" soalnya. "Yelah.. Lagu korang pun tak tau ke" aku mengesat air mata. Eeeiii, memangkan. Hilang sedih tu tau.

"Sedih tau dengar lagu ni... Bagi kau aku tak taulah" aku tengok dia tengah syok dengar. Aku pun dengan kejamnya menukar lagu. "Yahh, tengah feelinglah lagu tu. Pergi tukar lagu BANG BANG BANG kenapa?" marahnya. Ceh, muka dia comel marah. Kalah perempuan.

Aku pun apa lagi. Tukarlah lagu TT. Layan jugak dia lagu tu eh. "Tell me that you be my baby" dia menyanyikan part last.


Korang rasa siapa Mr. tutttt tu. Nak tanya tu je.. Okay bye 🙌🙌🙌🙌🙌🙌🙌🙌

© | 𝘼𝙂𝙀𝙉𝙏 °ᵂᵃⁿⁿᵃ ᴼⁿᵉWhere stories live. Discover now