Seperti biasa,Hanis duduk di penjuru restorannya sambil memerhati para pekerjanya bekerja.Pekerjanya tidak lah ramai.Dalam 10 orang termasuk tukang masak.Dia juga turut membantu pekerjanya dalam mengambil pesanan.
Tangannya laju mencatat apa yang dilakukan oleh pekerjanya. Restorannya bukan lah mewah tetapi cukup terkenal.
Sepasang suami isteri sedang memerhatikan Hanis sambil tersenyum.Manakala anak lelaki mereka sedang khusyuk melayari laman sosial Whatsapp .
Mata Hanis tertumpu kepada sebuah keluarga yang menunggu pelayan untuk memesan makanan.
"Hanis kau tolong ambil order dekat meja tu weh.Aku nak packing stok kejap!"Jerit Farah.
'Amboi macam lah aku jauh sangat dari dia sampai terjerit jerit suruh aku.Nasib kau kawan aku.'
Hanis menuju ke arah meja tersebut lalu mengambil pesanan di meja tersebut.
"Assalamualaikum...Dah ambil pesanan?"
Suami dan isteri tersebut menggeleng. Anak mereka hanya memandang Hanis tak berkelip.
'Hmm...Not bad.Comel'
"Saya Haji Baharudin dan ini isteri saya Hajah Farida."Haji Baharudin memperkenalkan dirinya dan isterinya.
Hanis mengangguk.Dia sudah terbiasa dengan situasi ini.
Situasi di mana dia akan hadapi ketika berhadapan dengan pelanggan yang kaya.
"Saya Hanis Insyirah.Owner restoran ni."Giliran Hanis pula memperkenalkan dirinya.
Mata Hanis tertumpu kepada lelaki yang sedari tadi merenungnya tajam.
Haji Baharudin menyiku lengan anaknya.
Lelaki tersebut terpegun kecantikan perempuan dihadapannya.
Lelaki tersebut terus berdiri sambil menghulurkan tangannya.
"Nama saya Hairiz Iskandar."
Hanis hanya mengangguk.
Hairiz segera menarik tangannya.
Malu.
'Hairiz sedar sikit yang kau dah ada Kaila.Buat malu betul.'
"Mmm...Nak order apa ya?"
Hanis mengeluarkan buku notanya beserta sebatang pen.
Mereka sekeluarga memesan makanan dan minuman.
Setelah itu Hanis terus ke bahagian dapur.
Telefon pintar Hairiz berdering menandakan seseorang menelefonnya.
"Umi, Walid.Riz angkat panggilan ni dulu ya.Rasanya macam penting sangat."Hairiz meminta izin ibu bapanya menjawab panggilan dari kekasihnya.
"Hmm...Jangan lama lama sangat.
Kamu tahu kan Walid tak suka menunggu."Mendatar sahaja suara Haji Baharudin.
Hairiz mengangguk.Dia terus menjauhi kedua orang tua nya lalu menjawab panggilan tersebut.
"Assalamual--"
"Sayang you pergi mana?Lamanya nak angkat call I.You kata you nak breakfast dengan I.Berani you tipu I...
Merajuk lah macam ni.
You tahu tak bedak I ni dah cair tahu tak!
Panas!Panas!Panas!Nanti I hitam you juga yang susah.You kena belikan I produk mahal mahal tau.Ke you memang sengaja nak muka I rosak biar you boleh cari pengganti I.
You ni memang arh!! Serius lah I rasa macam tunggul!Please lah you.I ni dah lah jenis yang----"
Hairiz menjauhkan telinganya dari telefon pintarnya.
'Hish Kaila ni.Nasib baik aku cintakan kau tau.Mulut tu kalau berdebat dengan murai pun boleh menang'
YOU ARE READING
Layakkah Aku Untuk Dicintai?
Romance'Kenapa kau tak pernah mencintai aku macam mana kau mencintai dia.Tolong berikan aku merasai kehangatan cintamu.' "Umi,Walid...Kenalkan dia ni Kaila calon isteri Riz...And Kaila , this is my parents."-Hairiz Iskandar. Kejutan yang paling ditunggu ol...
