BAB 4 | AKU GANGGU KAU. AKU USIK KAU (SAMPLE)

4.9K 632 22
                                    

Mini Cooper putih meluncur perlahan di sisi jalan. Pintu sisinya dibuka. Aku keluar dari perut kereta. Vanilla menyimpulkan senyuman melihat aku membetulkan kedudukan tali beg sandang di bahu. Natalia pula asyik menguyah kacang di tempat penumpang sebelah Vanilla.

"Jumpa esok, Em. Kirimkan salam aku pada Marcus."

Vanilla berkata seraya tersengih menampakkan barisan gigi putih. Aku mengerut dahi.

"Kirim salam? Kau selalu bergayut dengan dia sampai tengah malam. Why need me to send your regards?"

"Haha. Okay, fine. Jangan sampaikan salam aku. Well, see you tomorrow. Nitey-nite!"

Vanilla melambaikan tangan. Aku tersenyum. Lambaiannya itu, aku balas. Mini Cooper bergerak meninggalkan aku. Helaan nafas panjang dilepaskan. Beg sandang digenggam erat talinya.

Haih, rosak mood aku hari ni. Semuanya disebabkan hantu bodoh tu. Dia intai Vanilla! What a pervert! I can do nothing about it, tho. Dia roh. Vanilla tidak akan percayakan aku. Vanilla tak percayakan hantu. Dia fikir aku cuma mengarang cerita. What can I do, then? Absolutely nothing.

Helaan panjang dilepaskan sekali lagi. Kepala digeleng. Kaki diorak ke depan. Pagar besi ditolak perlahan. Belum sempat aku memasukkan anak kunci ke tombol, pintu sudah dibuka. Marcus menjengah dengan muka serius. Aku tercegat di depannya tanpa sepatah kata. Langsung kaku.

"Awal balik?"

Marcus bersuara mendatar. Aku tertunduk serba-salah.

"Ermmm, sorry. Vans ajak bersiar-siar lepas tengok wayang."

"Hurmm, lain kali chat abang. Hell, I'm worried."

Marcus berkata dengan nada dingin. Aku mengangguk. Dia berganjak ke belakang. Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Dia call Vanilla tadi. Kenapa perlu marah aku lagi?

"Vans tak informkan pada abang? Em nampak dia angkat call tadi. It was from you."

Aku menyoal perlahan. Marcus mengangkat kening. Hidungku, dia kepit kuat. Wajahku berkerut dek kepitan jarinya.

"Abang call Em. Em tak angkat. So, abang call Vanilla. Kenapa Em tak angkat call? Hurm?"

"Urrrr, Em silent phone. Sorry! Ouch! It hurts!"

Aku merengus dengan suara sengau. Marcus tertawa kecil apabila hidungku memerah. Aku menarik muka masam. Benci betul bila dia kepit hidung aku macam tu.

"Em pergi mandi. Then, makan."

"Em dah makan."

"Then, Em pergi tidur. Abang ada banyak kerja ni."

Marcus berkata seraya berjalan beriringan denganku mendaki anak tangga. Aku mengangguk. Sebaik sahaja kami tiba di tingkat kedua, tombol bilik dipulas. Pintunya ditolak ke depan. Aku melangkah masuk ke dalam bilik.

Beg sandang diletak ke atas meja kayu. Lampu dibuka. Tubuhku dihumban ke atas katil. Lega betul rasanya. Tiada tempat lain yang lebih selesa selain berada di dalam bilik sendiri.

Marcus sibuk rasanya tu. Sekarang sudah pukul 2 pagi. Dia masih belum tidur. Mesti dia ada pembentangan projek di kolej esok.

Aku terkebil-kebil memerhati siling. Wajah roh bernama Allen terbayang-bayang di depan mata. Seriously. Dia hantu paling pelik yang pernah aku jumpa. Dia nampak sempurna. Langsung tiada apa-apa kecederaan pada tubuhnya. Selalunya, roh yang aku jumpa berwajah pucat dan nampak tidak bermaya.

But, him? He looks so energetic and full of himself. Sebab apa dia mati agaknya? Wajahku diraup dengan kedua tangan. Okay, Emma. Kenapa kau fikirkan pasal dia? Just stop it, alright?

Aku bangun dari terus berbaring. Sweater ditanggalkan dari tubuh. Dikala aku leka menanggalkan dress, pandanganku tertancap ke tingkap bilik. Mataku terbuntang luas. Nafasku bagaikan terhenti.

Allen duduk di birai tingkap sambil berpeluk tubuh. Kakinya disilangkan dengan gaya selamba. Senyuman sinis terukir di bibirnya. Aku bingkas menekup mulut, mengelak dari jeritanku terlepas.

DIA ADA DI SINI!? WHY!?

"Aku suka tahi lalat di lurah buah dada kau tu. It looks so cute. Heh."

Aku bingkas menggapai tuala di penyangkut kayu. Dada ditekup rapat. Allen tertawa kecil sambil menekup dahi. Aku memaparkan muka bengang.

"Kau ikut aku!? Kenapa kau ikut aku!?"

Aku menengking dengan suara separa lantang. Jika Marcus dengar, masak aku nanti. Allen bangun dari birai tingkap. Tubuhnya melayang mengelilingi ruang bilik.

"Hahahaha. Bilik kau comel."

"Answer me, goddamn it!"

"Huuu. Relaks. Aku bosan. Jadi, aku ikut kau. That was it."

"Get out! Now!"

"Why should I? Aku seronok bersembang dengan kau. You're funny."

Allen berkata dengan nada selamba. Tanpa segan-silu, dia berbaring di atas katilku. Amarah aku kian membara. Penyangkut baju dilontarkan kepadanya. Allen memaparkan muka tidak bersalah apabila lontaran aku menembusi tubuhnya bagaikan angin. Bawah bibir digigit menahan geram.

"Leave!"

"No."

"Leave now or aku panggil pakar datang sini untuk halau kau!"

"Go on. Call whoever you want. Pakar semua tu aku tak hairanlah."

Dia membalas selamba. Aku membalut tubuh dengan kain tuala. Allen tersenyum. Good grief, this ghost is so damn maddening! Okay, Emma. Just stay calm and take a deep breath. You can handle this asshole. Just stay calm. Aku sedar yang dia cuma suka menyakat aku, dasar hantu tak guna.

"Apa kau nak dari aku?"

"Aku nak berkawan."

"Bullshit! Kau tu roh! Roh tak boleh masuk campur dengan hidup manusia! Jangan minta benda merepek dari aku!"

"Haha! Siapa cakap? Oh, please. Aku cuma nak berkawan dengan kau. Itu saja."

"Kalau aku tolak?"

Allen mengapungkan diri. Dia melayang mengeliling aku sambil tersengih nakal. Aku memerhati gelagat dia dengan muka tidak berpuas hati.

"Kalau kau tolak. Aku akan ganggu kau. Aku intai kau. Aku usik kau. Oh man, this gonna be fun!"

"Darn you."

"So, what say you? Kau nak jadi kawan aku?"

"No!"

"Ah, come on! Hantu lain semuanya bosan. Asyik cakap pasal penyesalan dan erti kehidupan. Meh, so boring. I need a real friend. Like you! A weirdo! Haha!"

Dia berkata lalu ketawa berdekah. Aku mengemam bibir. Okay, this is not good. Dia ni berbeza. Hantu ni berbeza. Dia berseronok. Apa aku patut buat? Dear Lord!

LIMBO (READY STOCK!)Where stories live. Discover now