BAB 3 | KAU BERCAKAP DENGAN AKU? (SAMPLE)

5.2K 605 29
                                    

Aku merenung refleksi wajahku di cermin. Bawah bibirku digigit lembut. Di refleksi tersebut, hanya aku seorang diri yang berdiri di situ. Realitinya, tidak. Roh lelaki tersebut terapung betul-betul di belakang aku. I can feel it. Roh tidak mempunyai imej di dalam cermin. Mereka diibaratkan seperti angin. Kau tidak boleh nampak, tetapi kau boleh rasa kehadiran mereka. Unlike me, I can see them. But not in the reflection.

"Aku rasa kau sudah cukup cantik. Tak perlu tenung cermin tu lama-lama."

Roh tersebut menegur sinis dari belakang. Aku menghela nafas panjang. Pandanganku dipalingkan ke belakang. Dia tersenyum melihat aku memasamkan muka.

"Oh, kau memang boleh nampak aku?"

"Apa kau nak dari aku?"

Dia mengerut dahi, kemudian menoleh ke kiri dan kanan. Aku menyilangkan tangan ke dada.

"Kau tanya aku?"

Dia menyoal seraya menuding jari telunjuk ke dadanya sendiri. Aku menarik nafas dalam-dalam. Now, he acts like a fool. God! This ghost is so damn irritating! Urgh!

"Yes, you pervertly ghost! I asked you!"

"Wow. Kau datang ke tandas semata-mata nak bercakap dengan aku?"

"Cakap jelah! Apa kau nak dari aku!?"

Aku meninggikan suara. Dia tersentak. Tubuhnya berganjak ke belakang. Belakang kepalanya digosok perlahan. Aku merengus geram.

"Aku..."

"Kau nak aku cari siapa yang bunuh kau? Kau nak aku sampaikan salam pada keluarga kau? Apa kau nak? Hurm?"

Aku menyoal bertubi-tubi. Dia mengangkat kedua kening. Kami berbalas pandangan, lama.

"Urmm, tak. Aku tak nak apa-apa dari kau. Aku cuma tak sangka kau boleh nampak dan dengar suara aku. Itu saja."

"Karut! Kau mesti ada sesuatu yang kau nak dari aku!"

Aku membidas. Dia mengangkat bahu. Lagaknya bersahaja. Pandanganku merenung dia, tajam. Selama aku hidup, ini kali pertama aku nampak hantu selamba macam ni. He looks so calm and really enjoy himself for being a ghost. What kind of ghost is this?

Aku memerhati dia dari atas hingga bawah. Roh ini cuma memakai sweater kelabu dan jeans berjenama Levi's. Umurnya lebih kurang sebaya dengan aku. Dari gaya pemakaian dan muka bendul dia tu, aku agak dia ni cuma lelaki nerd. This ghost is weird. Totally weird.

"Hey. Aku tak berniat nak minta pertolongan kau or what-so-ever. Aku cuma berminat dengan kau sebab kau boleh nampak aku. That was it. Nothing more, nothing less."

"Berminat sampaikan kau sentuh aku?"

"It's not my fault. You have a nice pair of boobs. Plus, bukannya aku boleh sentuh kau. See?"

Dia menyua tangannya ke depan. Aku tersentak apabila tangannya menembusi dadaku. Sepantas kilat, tanganku menampar pipinya. Namun, dia hanya berlagak selamba. Aku cuma menampar angin.

"Don't touch me!"

"What a fuss? Aku dan kau bukannya sama. Aku tak boleh sentuh kau secara fizikal. Oh, my God. Kau ni kaki drama."

Dia membalas dengan nada menyampah. Aku merengus. Dia sentuh aku! Tiga kali! Dia sentuh aku sebanyak tiga kali! What a douche!

"Hurrrrr....Hurrrrr, Alleeennn...."

Satu suara serak basah menegur dikala kami asyik bertekak. Aku mendongak ke depan. Roh tersebut pula berpaling ke belakang. Kami berdua terdiam apabila roh seorang gadis perlahan-lahan memunculkan diri dari dinding tandas.

Oh, No! Hantu ni keadaannya teruk! Rahangnya sudah hancur, manakala tengkorak kepalanya sudah rompong di sebelah kanan! Setiap kali dia bergerak, lidahnya terjuntai bagaikan tali gantung! Darah pekatnya membasahi lantai setiap kali dia bergerak.

"Hi, Lina."

"Hurrrrr.... Kau... bercakap dengan... siapa?"

Roh perempuan tersebut menyoal. Aku mula berasa takut. Crap! Jika dia tahu aku boleh nampak dia, aku di dalam masalah besar!

"I talked to her. Hey, Lina. Kau tahu, gadis ni boleh nampak kita. Awesome, right?"

Hantu lelaki tersebut berkata seraya menuding jari kepadaku. Aku menarik nafas dalam-dalam apabila roh menakutkan tersebut mendekatkan dirinya denganku. Oh my God! She's so hideous!

"Kau... boleh... nampak aku?"

"Yes. Dia boleh nampak kau, Lina. See? She's trembling in fear."

"Can you just shut up!?"

Aku menengking. Si hantu lelaki tersebut memaparkan muka selamba. Si hantu bernama Lina mendekatkan muka denganku. This is the worst, really.

"Kau... ada deria keenam?"

"Y-Yes..."

"Kau takut... dengan aku? Kenapa?"

Aku mengemam bibir. Wajah dipalingkan ke sisi. Si hantu wanita tersebut terus-menerus merenung aku dengan mata lompongnya. Darah pekat menitis dari rahangnya yang sudah hancur.

"Lina . Kau hodoh. Itu sebabnya dia takut dengan kau."

Si hantu lelaki tersebut menyampuk. Aku mengangguk pantas. Lina menoleh kepadanya.

"Aku hodoh?"

"Yeah. Lidah kau terjuntai, Lina."

"Hurmmm..."

"Leave, Lina. Sebelum dia terkencing di sini."

Dia berganjak ke belakang. Tanpa sepatah kata, si hantu ngeri tersebut beredar dari tandas perempuan.Tubuhnya perlahan-lahan menghilang menembusi dinding. Aku menghembus nafas lega.

"Tak semua roh perlukan bantuan dari kau, alright? We already dead. What can we do?"

Si hantu lelaki tersebut berkata dengan nada mendatar. Aku melirikkan pandangan kepadanya. Senyuman dia ukirkan kepadaku.

"Thanks."

"You're welcome. Nama aku Allen. Allen Brook. Kau?"

Aku menggigit bawah bibir apabila dia menyua tangannya kepadaku. Senyuman dia masih tidak lekang dari bibir. Apa yang dia nak dari aku sebenarnya? He helped me. Apa niat dia?

"Apa kau-"

Klak!

Belum sempat aku menghabiskan kata, pintu tandas tiba-tiba terbuka. Vanilla menjengah dengan muka merah padam.

"Emma! Hold my bag!"

Dia menyerah beg sandangnya kepadaku. Dalam keadaan termangu-mangu, beg sandangnya itu aku sambut. Vanilla tergesa-gesa berlari ke tandas. Sebaik sahaja dia masuk, pintu tandas ditutup rapat! Dia nak buang air la tu. Minum coke banyak sangat tadi. Itulah padahnya.

"Wuuu~ gadis ni putih gebu. Look at that ass. I love it."

Aku tersentak apabila Allen sudah hilang dari pandangan. Suaranya bergema dari dalam tandas. Jantungku berdegup kencang! Dia bersama Vanilla!?

LIMBO (READY STOCK!)Where stories live. Discover now