Chapter 7: Kill Without Mercy

Start from the beginning
                                    

"Awak tak bawa pedang besar milik awak?" Soal Aveline apabila mereka selesai membuat pesanan.

"Tak perlu. Malas saya nak bawa. Kalau saya ada kontrak memburu baru saya bawa." Balas Hazen.

"Awak ni pemburu?" Soal Aveline teruja.

"Err..Bolehlah awak katakan begitu. Kenapa?" Soal Hazen pelik.

"Kalau begitu awak sama dengan bapa saya! Bapa saya juga pemburu! Tapi sekarang tidak lagi. Usia dah lanjut."

"Oh."

Perbualan mereka terganggu apabila pelayan tadi datang sambil membawa pesanan. Mereka berdua makan tanpa bercakap. Setelah makan, Hazen membayar lalu keluar.

"Thanks Hazen, awak belanja saya malam ni." Ucap Aveline tersenyum. Hazen membalas senyuman itu.

"Tak apa. Its okay.." Balas Hazen.

Mereka berdua menyambung perjalanan mereka. Masing-masing leka melihat kawasan sekeliling. Tiba-tiba kawasan sekeliling berubah. Tiada lagi suasana riuh. Hanya suasana seram dan kabus.

"Hazen?" Soal Aveline sambil memerhati sekeliling. Tiada sahutan.

Dia segera menyeru sfera cahaya bagi menerangkan jalannya.

"Hazen?! Kat mana awak? Janganlah takutkan saya!" Aveline mula cemas. Peluh dingin mula mengalir.

Tetiba dia perasan. Sesuatu begerak mengelilinya.

"Siapa tu?!" Soalnya dalam ketakutan.

Tiba-tiba sesuatu berjalan ke arahnya. Bibirnya memucat apabila melihat benda yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Makhluk bertelinga runcing dengan muka yang buruk. Di tangan makhluk itu memegang sebilah pisau yang tajam.

GRRRRAAAAA!!

Makhluk itu meluru ke arahnya! Aveline tidak sempat berbuat apa-apa. Hanya mampu menutup matanya.

SRRHHAAKKK!!!

Dia perlahan-lahan membuka matanya apabila tidak merasa sakit. Dia tekedu melibat Hazen di depannya dengan bilah pisau itu menusuk tepat ke jantungnya. Makhluk itu memusingkan pisau. Hazen termuntah darah!

"L...Lari.." Ucap Hazen dengan tersekat-sekat. Aveline segera memecut lari. Makhluk itu mengeram marah lalu mengejar Aveline. Hazen terus terjelopok ke atas tanah.

Aveline lari tanpa melihat ke belakang! Dia berlari dan terus berlari. Dia terkedu apabila tiada tempat untuknya lari. Makhluk itu berada di belakangnya.

Otak Aveline kini kosong. Dia tidak dapat membaca satu mantera sihir pun di kepalanya.

BAAAKKKKK!!!

Satu tendangan padu menyebabkan makhluk itu terbuang jauh. Aveline sekali lagi terkejut.

"H-Hazen?" Soalnya terketar-ketar. Muka Hazen tidak berperasaan. Iris matanya kelihatan bersinar keemasan. Aveline juga perasan bahawa kuku milik Hazen meruncing.

Hazen berjalan ke arah makhluk tadi. Kelihatan makhluk itu sedang marah!

GRRAAAA!!

Makhluk itu meluru ke arah Hazen! Pisau dilibaskan. Hazen menunduk lalu mencengkam muka makhluk itu!

BRRAAAMMMM!!!

Muka makhluk itu tertanam ke dalam tanah! Hanya badan sahaja yang muncul! Hazen sekali lagi menendang makhluk itu!

BAAAKKKKK!!

BRRAAAAMMMMM!!

Badan makhluk itu melantun menghempas tanah lalu berguling sebelum terhempas di dinding!

Makhluk itu terkulai tidak bermaya. Hazen datang perlahan-lahan ke arah makhluk itu.

SRRHHAAKK!!

Dua biji mata milik makhluk itu dicungkil keluar! Makhluk itu menjerit kesakitan! Usus dalaman milik makhluk itu ditarik keluar! Makhluk itu tidak lagi bernyawa!

Aveline yang melihat kesemuanya menggigil. Lututnya terasa lemah. Hazen datang perlahan-lahan ke arahnya.

Bokk!

Hazen rebah di hadapannya. Suasana kembali bertukar. Mereka berdua kini berada dekat dengan pintu gerbang akademi. Makhluk itu terus bertukar menjadi debu. Aveline segera memangku kepala Hazen.

"Hazen! Hey! Bangunlah!" Aveline menampar pipi Hazen. Air mata mengalir di pipi.

"Aveline! Apa yang awak buat kat si- OH MY GOD! WHAT HAPPEN TO HAZEN?!" Edwin yang ada dekat dengan pintu gerbang akademi pada masa itu segera menerpa ke arah mereka berdua.

"Help me Edwin...Isk..Isk.."

"Okay! Tolong aku angkat dia ke biliknya!"

Pada masa yang sama. Seorang pemuda yang bertarung dengan beberapa ekor makhluk buas melihat ke arah utara.

"Abang..?"

************************

Yo! Amacam dengan chapter aku kali ni? Hazen ditikam tepat di bahagian jantungnya. Adakah dia mati? Lol! Of course tidak.😂. Dia immortal dude. Hahah! So, enjoy this chapter and comment if I do wrong. Chow!

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now