Chapter 4: Terselamat Dari Maut

Start from the beginning
                                    

"Puaka juga mulut makhluk seekor ni.." Kata Hazen sendirian.

"Apa yang kau nak Richard?"

"Aku cabar kau! Lawan aku!"

Hazen menggelengkan kepala. Dia hanya mengeluh.

"Kau sanggup nak masuk hospital selepas ni?" Soal Hazen.

"Kau yang patut masuk hospital!!"

Sebuah tukul besar dikeluarkan lalu dihempas ke tanah! Secara mengejut tanah tinggi menuju ke arah di mana Hazen, Aveline dan murid lain berada. Hazen menghentakkan sedikit kakinya di tanah dan serangan yang sama berjaya mematah serangan Richard.

"Woah..kau dah lebih batas ni. Kau hampir buatkan guru kau sendiri cedera dan kawan-kawan kau sendiri."

"Aku tak kira! Lawan aku!" Hazen sekali lagi mengeluh.

"Baiklah, murid-murid. Cikgu tahu yang kamu semua dah mahir dalam senjata, nanti cikgu ajar kamu bagaimana nak berlawan secara tangan kosong." Kata Hazen.

"Hari ini, cikgu akan menunjukkan bagaimana nak berlawan secara tangan kosong. Cikgu Aveline, sila cipta pelindung untuk murid kita dan awak sekali." Aveline hanya mengangguk.

Hazen tersenyum lalu memandang ke arah Richard dengan serius. Kedua lengan kot di gulung hingga paras siku. Sarung tangan hitam dipakaikan di kedua belah tangan.

"Aku rasa aku kena ajar kau sikit. Macam mana nak bersopan santun terhadap orang yang lebih tua dari kau."

"Heh, kau bukannya tua sangat pun. Nampak muda di mata aku.."

"Really? Umur aku dah beratus tahun kau tahu tak?"

"Bullshit! You're just a mortal like me! No one in this world are immortal!"

"Heh.." Hazen tersengih sinis. Dia meluru ke arah Richard dengan kelajuan penuh!

BANNNGGG!!

Penumbuk Hazen berjaya ditahan oleh Richard menggunakan tukul besar miliknya. Dia terundur beberapa meter ke belakang.

"Kau dapat tahan tumbukan aku? Nice! But, try this one!"

PAAANGGG!!

Kali ini Richard tidak dapat menahan impak tumbukan Hazen lalu terbuang ke belakang. Dia bangkit perlahan-lahan. Tukul miliknya dihayunkan beberapa kali.

"Kau tahu tak dah berlambak murid aku belasah. Takkan kau nak ikut macam mereka juga? Insaflah. Lebih baik kau minta maaf kat Cikgu Aveline." Nasihat Hazen.

"Heh! Aku tak perlu nak minta maaf kat dia. Bagi aku, dia tu lemah! Tak layak nak jadi guru!" Sekali lagi Aveline terasa hati akibat kata-kata dari Richard.

BOOOMMMM!!!

KRREEKKKKK!!!

Tanah terbelah menjadi dua apabila Hazen menghentakkan kakinya! Matanya tajam memandang Richard.

"Ok budak. Kali ni kau betul-betul buat aku marah. Sekarang, aku nak kau minta maaf dekat Cikgu Aveline." Arah Hazen. Suaranya berubah dingin.

"Jangan harap!" Richard menghentak tukulnya di tanah sekali lagi. Sebongkah tanah terapung lalu menuju ke arah Hazen!

KRRRAAAKKKK!!!

ZUUUWOOOSSSHH!!

Bongkah tanah tadi hancur lalu bertukar menjadi debu akibat tumbukan kuat dari Hazen! Tangannya kelihatan berasap!

"Jangan cabar aku budak. Lebih baik kau pergi minta maaf atau aku bunuh kau di sini."

"Jangan hara-" Belum sempat Richard berkata, Hazen muncul dengan mengejut di hadapannya!

Penumbuk Hazen mengeluarkan aura kemerahan! Tangan dihayunkan ke arah muka Richard!

"HAZEN! STOP IT RIGHT NOW!!!"

ZUUUWOOOOSSHHHH!!

Angin kencang terhasil akibat tumbukan Hazen! Nasib baik tumbukannya itu tidak terkena pada muka Richard tetapi penumbuk Hazen berada di sebelah muka Richard!

Dia terkedu melihat serangan yang hampir membunuhnya. Lutut terasa lemah lalu dia jatuh terduduk. Para pelajar tergamam melihat tumbukan Hazen yang begitu kuat!

"Stop Hazen!" Arah Aveline sekali lagi. Hazen menurunkan penumbuknya lalu mendesah.

"Bersyukurlah kerana Aveline sempat suruh aku hentikan. Kalau tak, kepala kau dah lama terpisah dari badan. Jadi, hargailah cikgu yang kau kata lemah. Kerana dia kau terselamat dari maut. Sekali lagi aku nak kau minta maaf kepada dia." Nasihat Hazen sekali lagi lalu beredar.

"Awak nak pergi mana?" Soal Aveline tetapi tidak dibalas oleh Hazen. Dia hanya berjalan tanpa menghiraukan mata yang memerhatinya.

**********************

TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C]Where stories live. Discover now