BAB 34

32.7K 1.9K 160
                                    

SUASANA riuh rendah di dalam dapur kerana menantu kesayangan akhirnya pulang ke kampung setelah tiga tahun tidak menjenguk

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SUASANA riuh rendah di dalam dapur kerana menantu kesayangan akhirnya pulang ke kampung setelah tiga tahun tidak menjenguk. Nur sibuk menolong ibunya memasak di dapur. Puan Hasnah adalah sedikit berjauh hati dengan sikap Nur kerana tidak membawa suaminya menjenguk mereka di kampung. Katanya, suaminya sudah berpindah ke Malaysia semula selepas tiga tahun bekerja di Amerika.

"Mak masih marah dengan Nur ke? Nur minta kalau Nur kecilkan hati mak. Abang Har bukan tak nak balik kampung tapi sentiasa sibuk bekerja di negara orang. " Ujar Nur. Nafas dihela. Bukan mudah untuk dia menutup kisah tiga tahun lalu daripada keluarganya. Dia terpaksa berbohong dengan ibunya. Dia tahu ibunya akan kecewa dan sedih jika mengatahui keadaan sebenar.

"Tak apalah Nur. Dah nama orang bekerja kan? Mak faham. Asalkan Nur bahagia ,mak akan bahagia. Dia ada datang sini tiga tahun yang lalu. Itupun tiga tahun lalu. Lepas tu, tak ada muncul lagi dah. Katanya, dia cari Nur".

Nur mengetap bibirnya. Mesti suaminya mencari sampai ke kampung selepas kejadian malam itu. Dia tahu Har akan risau. Semua itu salahnya.

"Sampai menangis cari kamu. Kamu pergi mana?Ada masalah?"Soal Puan Hasnah. Dijeling wajah Nur yang kelihatan serba salah. Nur tersenyum hambar.

"Oh ,pasal tu.. Sebenarnya, kami ada masalah. Nur balik rumah Jozie saja. Dia yang sibuk nak cari Nur sampai kampung. Lepas tu, Nur dengan dia dah berbaik dah. Abang Har pun ada bagitahu yang dia cari Nur sampai kampung. Dan, seminggu selepas tu baru dia berangkat ke Amerika. Jarang sekali balik Malaysia mak. Kalau ada pun, dua kali saja dalam setahun. " Kata Nur. Terpaksa menipu sunat.

"Itulah dia jarang balik. Abang Har dah tak tahan lagi sebab selalu rindukan Hail. Mak janganlah marah. Kan Nur dah selalu cerita dengan mak yang suami Nur sentiasa sibuk. Lepas ni tak ada lagi dah. Dia dah balik Malaysia."

"Tak apalah Nur. Mak faham. Asalkan dia ada balik kampung jenguk mak dengan ayah. Yalah, kami ni orang kampung. Mana tau orang kaya macam suami Nur jijik dengan mak dengan ayah." lirih suara Puan Hasnah. Nur mendekati Puan Hasnah lalu dipeluk bahu ibunya.

"Mak janganlah cakap macam ni. Abang Har bukan orang macam tu. Nur yakin dia sayangkan mak dengan ayah macam orang tua dia sendiri. Dahlah. Mak jangan sedih. Sekejap lagi mereka sampai dari pekan."

"Betul ke suami Nur dah anggap mak dengan ayah macam orang tua dia? Dulu, dia selalu tanya khabar mak. Tapi selepas dia menangis cari kamu dekat kampung, dia dah tak tanya khabar mak lagi. Mak ingat dia merajuk. Dia merajuk dengan mak ke?"

"Tak adalah. Abang Har kan dekat luar negara. Dia tak dapat tanya khabar mak mungkin dia lagi sibuk. Dengan Nur pun susah dia nak contact apatah lagi mak dengan ayah. " Pujuk Nur.

✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOKWhere stories live. Discover now