BAB 3

66.1K 3.1K 288
                                    

       KEPALANYA dililaukan apabila kereta Maybach Exelero kepunyaan jejaka di sebelahnya berhenti betul-betul di perkarangan rumah agam yang agak besar dan cantik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

KEPALANYA dililaukan apabila kereta Maybach Exelero kepunyaan jejaka di sebelahnya berhenti betul-betul di perkarangan rumah agam yang agak besar dan cantik.

Kereta Har perlahan-lahan masuk ke dalam garaj kereta yang telah dikhaskan untuk meletakkan koleksi kereta.

Landskap rumah agam itu indah sekali kerana dilengakapi dengan kolam renang, kolam ikan koi, taman mini, air pancuran dan gazebo. Kerusi-kerusi kayu Harvey Norman juga lagi melengkapkan gazebo.

Ala-ala aturan rumah Jepun campuran Itali kerana ia dihias pokok-pokok bonsai di keliling rumah.

Atau, lebih tepat lagi Aesthaetics appeal decoration.

"Boleh saya tanya? Kita dekat mana sekarang? Sebab.. " Kata-kata Nur terbantut apabila Har keluar dari perut kereta tanpa menghiraukan dia yang sedang mengaju soalan tadi. Dibiarkan berlalu bersama angin.

Nur pun mulai terpinga-pinga sendiri. Pintu kereta terus ditolak dengan perlahan.

"Rumah peninggalan papa dan mama aku." Jawab Har setelah soalan Nur tadi berlalu beberapa minit yang lepas. Tanpa membuang masa, Nur terus membuntuti langkah Har yang sudah mendahuluinya.

Mereka berjalan di sekitar pejalan kaki yang dihiasi dengan batu-batu kerikil sungai serta air pancuran yang indah mempersona.

"Rumah peninggalan papa dan mama awak? Er.. Saya nak minta maaf kalau saya tanya soalan yang bukan-bukan. Saya takut awak tersinggung. Awak pasti sedih dengan kehilangan mereka. "Nur memperlahankan suaranya. Kakinya terus berhenti melangkah.

Har juga berhenti. Kedengaran dia sedang melepaskan nafas. Gadis yang masih dibelakangnya itu dirapati.

Nur menundukkan kepalanya. Risau juga jika Har tersinggung dengan ayat-ayat yang baru dilepaskannya tadi.

"Saya minta maaf kalau awak tersinggung dengan soalan saya tadi. "Ulang Nur semula.

Nur kaku. Lagi-lagi mata hazel milik Har seperti ingin melumpuhkan segala rasa. Ingin membunuh segala jiwa.

"Maaf harus dilakukan dengan gaya dan usaha. Bukan hanya kata-kata." Bidas Har.

Nur tertunduk sendiri menekur lantai bak seorang pesalah yang mahu menunggu hayat diri akan berakhir.

"Kehilangan mengajar kita supaya kita menghargai orang-orang di sekeliling kita. Lagi-lagi orang yang kita sayang. Lagipula, apa yang kita ada sekarang ni adalah pinjaman semata-mata. Ia tidak kekal."

Dia sudah terpacak di hadapan Nur. Tangan diseluk ke dalam poket khakis. Suasana kembali sunyi. Diam seribu bahasa.

Hanya bunyi pancuran air yang menggamatkan suasana mereka. Tenang. Disertai juga dengan angin sepoi-sepoi bahasa menampar-nampar wajah mereka. Bunyi kerincing angin ditiup silir dengan sepoi-sepoi kedengaran menguasai suasana.

✅𝐍𝐔𝐑 𝐐𝐀𝐒𝐄𝐇 | EBOOKWhere stories live. Discover now