Prolog

63 4 6
                                        

Nat gila! Nat gila! Nat gila!

"Eh korang boleh diam tak? Aku dah cakap kan, jangan panggil aku macam tu. Korang tak faham2 lagi ke? Ke korang memang nak cari nahas dengan aku!". Tengking Natasya sekuat hati. Kalau diikutkan hatinya mahu saja dia patah2kan tulang kaki mereka.

Terburai ketawa mereka setelah mendengar ugutan Nat. Bagi mereka Nat hanya budak miskin yang tak layak bersaing dengan mereka.

"Ape yang lawak sangat hah? Kalau kau tak puas hati dengan aku baik kau cakap je terang2 kan senang!" Jerkah Nat. Diorang fikir aku tak berani ke?

"Ye.. memang aku tak puas hati dah lame dengan kau. Kau memang sukakan raih simpati cikgu? Dan kau sengajakan nak suruh aku kena marah dengan cikgu Nita". Laung Rina dari arah belakang budak2 nakal itu. Rina merupakan anak orang paling kaya di sekolah itu.

Nat mengecilkan matanya untuk melihat kelibat Rina yang sudah pun berada dihadapannya kini.

"Ouh.. kau rupanya yang tak puas hati dengan aku selama ni.. kenapa tak bagitau awal2 je senang". Kata Nat yang darahnya kini telah mengelegak.
Tidak lupa juga dia telah menyinsingkan lengan bajunya lagak minah samseng.

"Ye.. memang aku.. habis ape kau boleh buat? Kau nak cakap yang kau nak ajak aku gaduh kat sini? Ouh okay kalau tu yang kau nak". Lawan Rina dengan berani. Kini dia juga telah menyingsingkan lengan bajunya paras siku.

Terdengar sorakan dari orang ramai. Suasana bingit seketika sebelum beransur-ansur sunyi. Dek kerana kelibat guru displin sekolah itu,cikgu Ramli yang mencerlung tajam ke arah mereka.Cikgu Ramli adalah cikgu yang paling digeruni semua.

Rina dan Nat yang belum menyedari akan perkara itu berterus-terusan menarik tudung antara satu sama lain

"Rina! Natasya! Kamu buat apa hah?.  Kamu nak saya tulis nama kamu dalam buku rekod ke hah?". Jerkahan dari Cikgu Ramli membuatkan kedua-kedua pelajar perempuan itu tersentak dan berpandangan antara satu sama lain.

"Ikut saya ke bilik displin sekarang juga!". Belum mereka sempat menjawab soalan itu. Cikgu Ramli terlebih dahulu memberi arahan.

Nat menelan air liur yang terasa pahit ketika itu.

Restu cintaWhere stories live. Discover now