bab 2

323 3 0
                                    

"Wei ana..kau jangan lupa pulak buat minit mesyuarat untuk quarter report ye.aku tak sempat la nak buat.semua maklumat ada fail yang aku bagi tadi.
" kata siti padaku

"Ye lah.. aku pun memang nak kumpul semua details minit untuk 3 bulan ni.kejap je kan nak hujung tahun dah."

"Cik anastasia..masa memang terus berjalan cuma kau je yang tak berubah.sampai bila nak membujang.hampir semua dalam pejabat ni bini orang yang tak kahwin lagi cuma dua tiga je termasuk kau ,tapi 2 orang tu belasan tahun.no wonder la diaorang still single.

Yang kau ni dah dekat 25 kot bila lagi cik ana oii .." kata siti sambil tangannya ligat menyusun isi fail di hadapannya

Aku hanya mampu tersenyum dalam hati hanya aku yang tau apa sebenarnya yang tersimpan kemas di dalamnya

Jam menunjukkan tepat pukul 1 tengah hari dan rasanya aku cuma nak habiskan masa dengan aktiviti favourite aku je...window shopping.terasa macam nak pergi ke kedai serbaneka yang baru buka minggu lepas di seberang bangunan ni.mana atau ada benda yang aku minat boleh sambar aku berkata pada diri sendiri.

.

Di hadapan kedai serbaneka

"Wau ..banyak barang baru sampai ni.. .jom ana kita cuci mata" kataku pada diri sendiri

seronok betul bila tengok barang belambak macam ni.satu sifat pelik aku ialah aku tak boleh tengok buku dan tak boleh tengok perhiasan rumah tak tau dari siapa aku warisi sifat ni .

sedang asyik melihat sebuah perhiasan aku rasa seperti aku sedang di perhatikan padahal tiada siapa pun berdekatan dengan aku. tak tau kenapa instinct aku merasakan begitu.

====

"ana, esok kita ada mesyuarat dengan ahli lembaga pengarah. kamu dah siapkn semua dokumen untuk perbentangan esok ke" terdengar suara en nasirudin dari interkom

"sudah boss, setiap salinan saya dah edarkan pada yang executive dan cc pada wakil yang terlibat" aku menjawab pertanyaannya

esok meeting lagi..

aku sambung kembali sambil menyemak aktiviti berikutnya. minggu ini boss tak banyak jadual tapi akan ada penambahan executive baru dalam cawangan.

itu bermakna aku akan bertukar boss tak lama lagi. ye lah lagi 3 bulan boss aku yang sekarang ni akan bersara dan bakal di gantikan dengan special executive yang akan lapor diri minggu depan

dah lama juga aku berkhidmat dengan en nasirudin bossku yang sekarang ni. dah macam macam kami lalui bersama dia banyak mengajar aku dari zero kepada sekarang.

semoga boss akan datang ni sebaik dia la. kalau tak... hmmm tanggung je la anastasia

cinta si mamat psychoOpowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz