// Start //

2.3K 199 41
                                    

Fang POV

Cerita ini... bermula dengan....

"WARGGHHHHH!!!!!!" jeritan aku.

"Boboiboy! Cepatlah lari! Dia tengah kejar tu! Larilahhh!!! Apa yang kau lambat sangat?!" marah aku dan suruh Boboiboy lari jauh dari situ.

"Kau fikir senang ke hah?! Aku tengah larilah ni!" balas Boboiboy dan terus berlari.

"Ish! Lari pun lambat! Lajulah sikit! Dia tengah kejar tu! Kau nak mati ke?!" marah aku lagi dekat dia. Aku tak boleh tahan ngan Boboiboy yang lari lambat ni!

"Jap jap! Aku rasa aku nampak ada--" kata Boboiboy dan dia berhenti berlari dan masuk ke sebuah bilik.

"Kau buat apa tu?! Larilah! Dia tengah kejar tu! Nanti nanti je lah ambik benda tu!" marah aku lagi lagi lagi dan lagi. Budak ni memang nak mati ke apa?!

"Nanti benda ni hilang! Kena ambik dulu!" kata Boboiboy dan dia ambik satu kunci dan tiba tiba....

SLENDERINA muncul dekat skrin komputer!

"WARGHHHHHHHHH!!!!" aku dan Boboiboy menjerit ketakutan. Takutlah, Slenderina kot, bukan kucing comel!

Selepas ketegangan dan kejutan slenderina muncul dan membunuh kitorang dalam game, aku campak bantal yang ada atas katil Boboiboy ke arah dia.

"Eh? Kenapa ni Fang?!" marah dia.

"Yang kau rajin sangat nak ambik kunci tu kenapa?! Kita boleh je datang balik tempat tu! Kita tadi kena cari lagi 2 kunci je! Kalau kita survive tadi, dah boleh menang dah! Kau lah ni, main lah betul betul!" marah aku dan baling lagi bantal kat dia.

"Ehhh?! Kau cakap senanglah, cuba kau yang main? Heh, tak jumpa apa apa kunci lagi, dah kalah. Hahaha," Boboiboy gelak jahat.

"Weyh, aku pernah menang game ni tahu tak? Kau je yang lambat," balas aku lagi dengan muka berlagak hebat.

"Iyelah tu," Boboiboy buat muka sengih kejam.

"Nak tengok ke?" tanya aku balik dengan nada confident.

"Eleh, dengan Slenderina pun menjerit kalah perempuan, baik tak payah. Aku tak nak tengok kau main slenderina ni, boleh pecah gegendang telinga aku sebab dengar kau menjerit macam perempuan. Hahaha!" gelak Boboiboy jahat.

Aku terus rentap hoodie dia dan tarik dia ke arah aku.

"Kau ni memang nak kena.....!" Aku tolak dia dengan kuat menyebabkan badan dia terhentak ke dinding. Boboiboy merintih kesakitan. Ha, rasakan kau!

Aku pun sedia untuk buat satu tumbukan padu dekat muka Boboiboy ni. Makin tengok dia ni makin meluat pulak aku.

"Eh jap jap! Kita main main je kan?! Janganlah serius sangat! Aku minta maaf! Aku takkan cakap macam tu lagi!" kata Boboiboy, merayu rayu dekat aku.

"Hmmm.... okaylah. Aku maafkan kau. Nasib baik kau kawan baik aku, kalau kau kawan aku je, dah lama aku bunuh kau, tahu tak?" kata aku dan duduk di atas katil Boboiboy dan cuba menenangkan diri.

"He, sorry." Boboiboy duduk dekat kerusi meja belajar dia dan melihat game slenderina yang terpapar 'game over' di skrin komputer.

"Fang, jom main game lain lah. Game ni agak susah lah," kata dia kepada aku.

"Main apa? Mobile legends? Bosanlah game tu. Aku selalu menang je. Main dengan negara lain pun aku je yang selalu menang. Dah bosan dah menang sebab tak mencabar langsung. Balik balik, musuh yang sama," balas aku dan baring atas katil Boboiboy.

[C] Secret Brother (Boboiboy fanfic)Where stories live. Discover now