aku senyap-senyap kuak pintu utama rumah supaya orang dekat dalam tak sedar kepulangan aku. fufuufu seram dol.

hana..

dul...

aku melangkah dengan saksama dan berjaya.

" han yoonji. "

omai~

lagi sikit nak sampai tangga do.

aku tersengih macam kerang busuk bila dah nampak omma dengan appa cekak pinggang. muka omma paling bengis ayoyo.

" kamu ponteng sekolah?! mr.rowoon report dekat omma yang kamu buat hal dekat sekolah tadi! " soal omma.

" heip, cakap lembut-lembut. kan yoonji baru balik tu. " tegur appa.

hUA appa jaranglah tak backup aku. hukhuk

aku mengunci tangan pada belakang badan. kaki dikuis-kuis ke lantai, konon macam budak-budak buat muka tak bersalah lah.

" apa dah jadi ni ha? " soal omma lagi. " jawab soalan omma bukan macam ulat gonggok dekat situ. "

" yaish, yoonji tak salah lah. omma pun tak percaya yoonji? "

" habis kamu nak kata cikgu kamu membohong? dia kata kamu cederakan pelajar dekat situ sebab lelaki! " tengking omma.

aku mengetap bibir.

" sekurang-kurangnya yoonji cakap benda yang betul. daripada omma dengan appa? huh. pergi bisnes dengan sajat lah bagai. "

aku dah mula berang. tahap dia nak sabar tu, memang nipis dalam diri aku. tak tahu lah sebab aku jenis lahir dengan keluarga min ke cane genetik jadah k pape ar.

aku perasan omma dengan appa dah saling berpandangan lepastu berubah cuak. ha tu lah, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.

" a-apa maksud kamu? "

" omma dengan appa ke vietnam untuk jumpa omma dan appa min kan? macam lah yoonji tak tahu. kenapa? korang dah tak nak bela yoonji? "

appa mencelah. " bukan macam tu, kami sebenarnya.. " dia macam ragu-ragu nak cakap.

" aah. kalau perangai kamu macam ni lah, memang omma hantar je kamu ke sana. biar mereka jaga dan tahu perangai anak mereka ni. "

mata aku berkaca,

hidung kembang kempis,

aRGHH

aku terus berlari menaiki anak tangga menuju ke bilik. sumpah aku makan hati dengan kata-kata omma.

terguris hati aku bila omma cakap macam tu, sampai hati dia nak buang aku cenggini. HUAAA semua orang kejam!

bukannya selalu aku buat hal, malahan tu semua bukan salah aku! isk! omma dengan appa dah tak sayang aku lagi.

habis selimut penuh mukus.

****

" hmm yoonji kau sabar okey? aku ada untuk kau. aku tak kan tinggalkan kau. kau janganlah sedih macam ni. omma kau bergurau je tu. " narae memujuk.

" kau ingat dia nak masuk ujibakat nak jadi pelawak ke? aku tahu dia serius, hmp. " balas aku.

kami berdua menuju ke perkarangan sekolah, aku tahu sebaik sahaja aku jejak ke dalam. mesti aku jadi tumpuan dan dipanggil oleh guru disiplin.

ada dua sebab;

first aku ponteng,

kedua, aku di'tuduh' cederakan yeri.

palabana.

" apa pandang-pandang?! jolok bijik mata kang. " marah narae kepada pelajar yang memandang kami.

aku tergelak, tak tahu kenapa rasa kelakar.

" eii pembuli! perampas! tak tahu malu ke datang sekolah?! bUU " jerit salah seorang dari mereka. dan macam biasa disokong oleh pelajar lain.

kk sabar.

" siapa yang cakap girlfriend aku pembuli dan perampas tadi? "

_________

Snap + jjk Where stories live. Discover now