BAB 12

13.5K 382 0
                                    

"Abang..." Kedengaran suara Tengku Ellina memanggil suaminya yang sedang membaca buku mengenai sains fiksyen di atas katilnya. Lelaki itu terus memandang ke arah isterinya sekilas sebelum dipandang ke bukunya semula.

"Ada apa sayang?" Soal Tengku Azmir yang matanya masih melekat pada buku yang dibacanya itu berbanding melekat pada isterinya yang sedang duduk di meja solek bagi memakai serum sebelum tidur agar kulitnya kelihatan licin dan cantik.

"Hish, abang ni boleh pulak tanya saya apa dia. Ni, emak kan dah meninggal 8 hari." Kata Tengku Ellina yang sedang menyisir rambutnya itu dengan memandang tepat ke arah suaminya itu.

"So... Kenapa?" Soal Tengku Azmir mengangkat kening dengan menutup bukunya dan pandangan dihala ke arah isterinya. Topik isterinya kali ini lebih tertarik berbanding buku yang dibacanya itu. Tentang wasiat emaknya yang lama dia dan anak bininya tunggu.

"Alah, bila peguam mak nak datang bacakan wasiat? Sebab masa hari pengembumian tu sayang ada dengar yang Tuan Zamri bercakap dengan Along pasal wasiat." Bersungguh Tengku Ellina memberitahu suaminya mengenai apa yang dilihat dengan mata kepalanya sendiri semasa hari pengembumian emak mereka tempoh hari.

"Apa mereka cakap? Sharelah dengan abang sikit?" Soal Tengku Azmir ingin tahu. Dia kalau bab harta emaknya dialah yang paling taksub berbanding dengan dua lagi adik beradiknya. Sebab itulah daripada hidup sampai ke mati Tengku Rahmah disimpan di sini dan bukannya dijaga dengan baik.

Tengku Ellina segera menghampiri suaminya dengan terlompat lompat macam beruk menang judi. Mulutnya dirapatkan ke telinga suaminya itu membuatkan Tengku Azmir jadi membuak buak ingin tahu. Kebetulan Shuhada yang baru sahaja daripada tingkat bawah hendak ke biliknya terlalu di hadapan bilik mertuanya dan terdengar pula perbualan mereka. Segera dia sembunyi di belakang pintu dan memasang telinga.

"Tuan Zamri cakap wasiat akan dibaca pada 6 hari selepas pemergian Tengku Rahmah and today ialah hari kelapan emak meninggal. Ini bermaksud tak lama lagi kita akan jadi orang kaya." Jerit Tengku Ellina kuat sambil melompat lompat kegirangan.

Saling tidak tumpah pada suaminya yang juga mula mengukir senyuman manis dan gembira kerana apa yang ditunggu tunggunya selama ni sudah bakal menjadi kenyataan. Shuhada membeliakkan matanya nampaknya dia ada berita panas untuk dikhabarkan kepada suaminya.

'Tentu abang gembira bila dapat tahu semua ni.' Getusnya di dalam hati dan terus berlari menuju ke biliknya bagi mendapatkan suaminya. Tiba di biliknya Shuhada melihat suaminya sudah nyenyak dibuai mimpi di atas katil tapi dia tidak peduli yang penting berita tadi harus disampaikan.

"Abang.. Abang.. Bangunlah saya ada berita hangat ni." Beritahu Shuhada dengan menggoncangkan badan suaminya yang sedang berselimut likup itu.

"Ada apa awak ni? Kacau je lah saya nak tidur. Esok saya nak kena pergi kerja bukannya macam awak." Kata Tengku Amzar sambil menggosok matanya berulang kali. Kantuk masih terasanya tapi dah isterinya mengejutnya terpaksa dia bangun nantikan merajuk pula.

"Tadi saya lalu depan bilik ayah dengan mak. Then, dia orang cakap pasal wasiat nenek." Jeritnya gembira membuatkan rasa mengantuk Tengku Amzar menjadi hilang secara serta merta. Cerita isterinya itu ibarat perfume yang mengharumkan seluruh bau bau yang ada.

"Apa yang menarik sangat ni? Cerita dekat abang?" Tengku Amzar memandang isterinya tepat sambil tersengih macam kerang busuk itu. Shuhada menarik nafas panjang sebelum memberitahu suaminya tentang apa yang didengarinya tadi.

"Wasiat nenek akan dibaca selepas 6 hari kematian dia itu cakap Tuan Zamri peguam nenek tu tapi kalau difikirkan hari ni hari ke berapa nenek tak ada?"

"8..." Jawab Tengku Amzar dan mereka laki bini mula melonjak kegembiraan seperti orang tidak bertamadun. Ada ke patut malam malam buta begini dilompat dan menjerit di dalam bilik. Bodoh tu simpalah sikit untuk anak cucu nanti.

MISI MEMIKAT TENGKU HARITH #WATTYS2018Where stories live. Discover now