BAB 1

37.7K 775 12
                                    

SEBUAH Perodua Myvi berwarna hijau cair berhenti tepat di dalam sebuah petak kuning yang telah disediakan itu. Setelah memastikan semuanya okay Aifa Batrisya terus melangkah keluar daripada keretanya itu. Dia melihat jam di tangannya sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi.

Alamak!!

Dia sudah terlewat untuk melaporkan diri kepada Boss barunya ini semua gara gara dia tertidur lewat semalam. Itulah sibuk sangat nak melayan drama Irwansyah itu. Kan dah terkejar kejar kau Aifa Batrisya.

"Bismillahirahmanirahim..." Dengan sekali lafaz Aifa Batrisya terus menolak pintu bilik Tengku Harith dan masuk ke dalamnya. Lalu, berdiri tegak di hadapan meja lelaki itu.

Tengku Harith yang sedang menyemak fail failnya itu terus mengangkat mukanya selepas melihat sebuah kelibat masuk ke dalam biliknya. Aifa Batrisya mengukir senyuman manis sehingga menampakkan barisan giginya yang berwarna putih bersinar itu.

"Kau ni siapa??" Soalnya tegas.

"Aifa Batrisya.. Personal Asisstant baru Tengku."

"Oh, Tapi kau ni daripada negara mana? Tak maksud aku. Kau ni daripada planet mana? Sebab kau ni memang tak ada budi bahasa ke? kau memang tak ada adab? main terjah masuk je dalam bilik orang dengan salam apa semua tak ada." Marah lelaki itu membuatkan muka Aifa Batrisya yang putih melepak itu menjadi merah kemerahan.

'Dia cakap aku.. Aku ni tak ada budi bahasa habis dia tu cakap dengan perempuan kau.. Aku tak apa pulak. Dasar paku dulang paku serpih.' Bebelnya di dalam hati. Berani dia hendak berkata begitu secara terbuka. Silap haribulan meranalah dia cari kerja baharu.

"Sorry, Tengku.. Assalamualaikum,"

"Hurm.. Waalaikumusalam.." Jawabnya dan terus menunjukkan tangannya ke arah kerusi yang berada di hadapannya itu kepada Aifa Batrisya.

Nasib baik dia dibenarkan untuk kalau tidak tercabutlah habis lututnya yang slimming itu. Tanpa berlengah dia terus menarik kerusi di hadapannya itu dan melabuhkan punggungnya. Ahh!! Lega setelah berkejar kejaran di jalan raya tadi.

"So... Kau dah kena interview haritu kan dengan Tengku Hasbullah?" Soal lelaki itu dengan memandang tepat ke arahnya.

Aifa Batrisya mengganguk laju. Dia masih ingat lagi pada hari sabtu tempoh hari dia datang temuduga untuk mendapatkan pekerjaan ini. Padahal cuma mencari setiausaha sahaja bukannya apa pun tapi caranya mengalahkan anak raja. Itulah orang ternama memang akan bongkak sedikit padahal itu hanyalah pinjaman tuham kepadanya sahaja bukannya kekal abadi pun.

"Jadi, Aku malas nak soal kau banyak banyak sebab aku ni banyak kerja nak kena buat. Buku arahan dan peraturan kau dah dapat?"

"Dah.." Jawab gadis itu ringkas.

"Keluarkan.." Arah Tengku Harith kepada bakal setiausaha barunya itu.

Aifa Batrisya terus menyelak beg sandang miliknya itu untuk mencari buku seperti yang diminta oleh majikannya itu. Setelah 10 minit mencari tetap masih belum ketemu. Pada ketika ini jantung Aifa bagaikan tunggu masa hendam meletup. Takut!!! Takut dengan lelaki itu yang garang macam singa, harimau bintang, harimau belang..

"Cepatlah..." Tengking lelaki itu kuat menyebabkan Aifa Batrisya melatah dan secara spontan tangannya membaling beg sandangnya itu ke muka Tengku Harith.

"Ya Allah, boss maafkan saya..." Aifa Batrisya mula menggelabah sakan ketika ini. Disumpah seranah dirinya itu seperti perkara yang dibuatnya itu ialah perkara mungkar.

"Sakitlah.. Apa masalah kau??" Tengking lelaki itu kuat dan kembali membaling beg sandang gadis itu ke depan. Tidak sempat disambut gadis itu.

'Amboi.. Main baling je beg aku ye... Kalau pecah nokia 3660 aku ni macam mana. Eeeee.. Nasib baik kau tu majikan aku kalau tak dah lama aku sembelih kau 1 ribu kerat.' Bebelnya dalam hati.

MISI MEMIKAT TENGKU HARITH #WATTYS2018Where stories live. Discover now