BAB 57 - Dah Lama Suka Sayang

Start from the beginning
                                    

"Okay. Bayaran penuh?"

"Lepas korang selesai buat kerja"

Tony dan Lan tersenyum jahat. Mereka akan buat kerja yang diberi, asalkan duit menjadi ganti.

"SAYANG, malam ni twinkle nak keluar dengan Zike dan abang, boleh tak?" Soal Sarah Nia kepada Harris Amsyar dengan wajah comel. Dia tahu kelemahan suaminya itu.

"Hmm... Sayang nak join, boleh?" Soalan dibalas soalan. Harris Amsyar menunggu jawapan dari bibir mungil Sarah Nia. Dia hairan, apakah yang dibincangkan oleh isterinya setiap kali keluar dengan abang-abangnya?

Sarah Nia tersengih seperti kerang busuk. "Tak bolehlah, sayang" serba-salah dia hendak menolak tetapi dia harus juga menolak.

Terus wajah Harris Amsyar masam mencuka. Dia menyilangkan tangan dan memusingkan badannya yang berada di atas katil itu. Tidak mahu menghadap wajah Sarah Nia. Merajuk! "Setiap kali keluar je, sayang tak boleh ikut. Apa yang twinkle bincang dengan diorang? Kenapa sayang tak boleh tahu?"

Sarah Nia menggaru kepala. Alahai... Datang pula sisi kebudak-budakan suaminya ini. Idea terus timbul di mindanya. Dia tidak tahu memujuk, tetapi dia akan cuba. Inikan suaminya, jadi dia berhak untuk melakukan apa sahaja. Muehehehe.

Sarah Nia menghampiri tubuh Harris Amsyar dan memeluk tubuh suaminya dari belakang. Dia meletakkan wajahnya di bahu kiri Harris Amsyar. "Sayang... Sayang janganlah ambil hati. Twinkle jumpa dorang bincang pasal hal keluarga. Bukan tak nak sayang tahu, tapi Zike dengan abang kurang selesa nak cakap depan sayang. Twinkle harap sangat yang sayang faham. Takpe, nanti esok kita pula keluar sama-sama. Nak tak?" Pujuk Sarah Nia dengan lembut. Umpama bercakap dengan bayi kecil.

Harris Amsyar memuncung. Dia memalingkan tubuhnya menghadap Sarah Nia kembali. Dia memegang wajah Sarah Nia dengan sepasang tangan miliknya. Dia merenung anak mata hitam Sarah Nia. Benar, isterinya bercakap perkara yang betul. "Kalau macam tu, takpe. Sayang izinkan. Tapi sayang tak nak keluar sama-sama esok"

Kening Sarah Nia terangkat mendengar ayat terakhir Harris Amsyar. Dia merajuk dengan aku ke? "Kenapa tak nak keluar sama-sama dengan twinkle esok?"

Senyuman terbit di bibir Harris Amsyar. Dengan lagak macho dia meraup rambutnya ke atas. "Sebab, sayang nak honeymoon dengan twinkle. Twinkle nak tak?" Soalnya dengan penuh berharap.

"Ha?! Honeymoon? Oh my god, twinkle dah lama tunggu sayang ajak pergi honeymoon! Bestnyaaa..." Balas Sarah Nia dengan wajah gembira.

Harris Amsyar mengangkat kening. "Dah lama? Kenapa tak bagitahu twinkle nak pergi honeymoon? Sayang fikir twinkle tak nak pergi sebab twinkle kan tak suka sayang sejak dari wedding kita" provoknya. Sengaja ingin menguji Sarah Nia.

Sarah Nia tertunduk malu. Dia menguis-nguis alas tilam dengan jarinya. "Err... Twinkle sebenarnya dah lama suka sayang. Tapi malu nak cakap je. Lagipun masa tu tengah keliru dengan perasaan sendiri" sengih Sarah Nia serba-salah.

Kembang setaman hati Harris Amsyar sekarang ini. Alahai... Nia dah lama suka aku ke? Gembiranya! Dia lantas berdehem untuk menyembunyikan perasaan gembiranya. "Kenapa malu nak cakap? Twinkle bukan tak reti malu ke?" Usik Harris Amsyar sambil mencuit pinggang Sarah Nia. Eh, tak geli pula perempuan ni.

Sarah Nia mencebik. "Siapa cakap twinkle tak reti malu? Twinkle reti malulah. Ishh... Kalau tak, pipi twinkle takkan tukar jadi tomato selalu and twinkle takkan kena ejek je dengan sayang" muncungnya sedepa.

Sejurus itu Harris Amsyar menarik muncung itik milik Sarah Nia itu. Dia tergelak kecil nelihat reaksi geram Sarah Nia. Comel! "Sayang suka twinkle yang pemalu. You look more cute. Huehue..."

"Well. By the way, kita nak honeymoon dekat mana? Dan bila?" Sarah Nia mengangkat kening sambil memandang wajah tampan suaminya.

"Rahsia. Kita honeymoon 21 Ogos ni"

Sarah Nia mencebik. Rahsia-rahsia pula. "Hmm... Lama lagi tu! Lagi empat bulan. Kenapa 21 Ogos?" Ujarnya dengan mulut muncung tak ubah seperti platypus itu. Muehehe.

"Rahsia jugak" Harris Amsyar tersenyum manis melihat wajah masam Sarah Nia apabila dia merahsiakan dua perkara itu. Lantas dia mendekatkan wajahnya dengan wajah Sarah Nia.

Rama-rama di dalam perut Sarah Nia rasa seperti hendak terbang sahaja. Jarak mereka yang begitu dekat itu melajukan detak jantungnya. Nafasnya tersekat-sekat kerana gementar.

"Twinkle betul ke nak tahu dekat mana honeymoon tu? And kenapa tarikh tu?" Soalnya dengan nada gemeresik.

Meremang bulu roma Sarah Nia. Seram sejuk pula dengan tingkah Harris Amsyar ini. "N-nak" balasnya gugup.

Cup!

Sekilas ciuman Harris Amsyar singgah di bibir Sarah Nia. "Rahsia!" Sejurus itu sepantas kilat dia menyelubungkan diri di bawah selimut sebaik melihat sepasang mata Sarah Nia membulat.

"Harris Amsyar! Ambil kesempatan betullah budak ni" Sarah Nia menjerit kecil lalu menampar-nampar punggung Harris Amsyar ketika jejaka itu sedang mentertawakannya.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now