Kisah 1 | Instafamous

214 10 4
                                        

Sebuah kereta Perdana berwarna Silver meluncur laju di atas Jalan Tun Ismail 2.

Su memberhentikan keretanya di tepi jalan berhampiran dengan pokok besar.

"Aku nak buat boomerang lah. Mesti cute and of course ramai orang akan like. Aku kan instafamous." Gumam Su, bapok riak nak mampus.

Dia pun keluarkan iphone 7 dia. Dia menekan aplikasi instagram. Dia membuat isyarat ✌ dan mengenyit matanya.

"Memang cute aku nih, hihi. Done share."

Dalam masa beberapa minit je, like Su sudah mencecah 1000 orang. Bertambah riaklah si Su tu. Dia pun membaca satu persatu komen komen netizen yang memujinya sehinggalah dia terbaca.....

"Wahh...seram gila member kau kat belakang tu! Siapa dia Su? Aku tak cam pulak? Geng kita ke?"

"Wow! Kawan akak kat belakang tu mekap dia baguslah. Macam hantu betul 😂"

"Eh, creepy lak aku tengok boomerang kau ni, Su. Bukan kau creepy, member kau kat seat belakang tu. Takleh tidur aku malam ni."

"Nyesal aku tengok boomerang kau, Su. Dah laa aku tidur sorang. Ah, tak kira! Aku nak tidur ngan mak aku malam ni!"

"Eh asal creepy pulak? Diorang ni buta ke? Tak nampak ke aku comel kat situ & I'm alone! Hishh!" Bebel Su, marah gila.

Dia pun mengulang tayang boomerang dia.

"What the..." Carut Su setelah melihat kembali boomerang nya.

Seorang perempuan dengan senyuman yang mengerikan sedang duduk di seat belakang. Mukanya dipenuhi luka seperti baru sahaja diseret di atas jalan raya.

Su terketar-ketar. Dia ketakutan. Dia menghidupkan enjin keretanya lalu meluncur laju di atas jalan.

Mulutnya terkumat-kamit membaca ayat Al-Kursi.

Tiba-tiba, dia terlihat perempuan tadi berada di tengah-tengah jalan. Apa lagi, dia terus memusingkan stereng 360 darjah sebelum terbabas ke dalam paya.

Handphonenya sempat merakamkan boomerang seorang perempuan sedang menjilat darah yang mengalir dari leher Su.

BoomerangDes histoires addictives. Découvrez maintenant