BAB 48 - Perang mulut

Start from the beginning
                                    

Sarah Nia memandang Sarah Eryna dari kaki hingga ke kepala lalu ketawa sinis. "Cantik? Orang yang puji kau tu mesti buta. Oh, ataupun dia tak kenal kau. Rupa tak melambangkan cantik seseorang, tetapi perangai yang melambangkan cantik seseorang. So pada pandangan aku kau ni tak adalah cantik pun, tapi hodoh! Balik rumah ni pergi cermin diri sendiri eh. Ke nak aku cerminkan baru kau sedar diri?" balas Sarah Nia pedas.

Harris Amsyar di sebelah melanggar perlahan bahu Sarah Nia supaya mengawasi mulutnya. Sarah Nia jika tidak ditegur, semakin menjadi-jadi. Silap haribulan ada juga yang 'berperang' di sini.

Sarah Eryna sudah menggurutu geram. Kakinya menghentak-hentak kuat rumput hijau yang menjadi alas perkarangan rumah itu. Hailah rumput, kesian kau dipijak-pijak tanpa belas kasihan.

"Kau sebenarnya tak puas hati dengan aku kan? Cakap jelah! Aku tahu semua lelaki pandang aku tapi tak pandang kau. Sebab tu kan?!" Jerit Sarah Eryna sungguh tidak puas hati.

"Ataupun kau tak puas hati dengan aku sebab aku lagi hot dari kau kan! Aku tahulah semua lelaki tak nak pandang kau sebab kau tak seksi macam aku, tak cantik. Tu pasal kau terus acah alim dengan pakai tudung tu. Entah-entah kau ni pura-pura je nak berubah. Kononnya nak berubah ke arah kebaikan. But siapa tahu, maybe kau berubah sebab nakkan lagi banyak perhatian" ungkapan Sarah Eryna sungguh seperti menyiramkan minyak ke api. Otak tidak berfikir panjang, mulut sudah mengungkapkan.

Mendengar ungkapan tanpa kewarasan itu, Sarah Nia terus melangkah mendekati tubuh Sarah Eryna. Api kemarahannya sudah di tahap maksimum. Tingkah Sarah Eryna lagi menguatkan faktanya untuk menyembur Sarah Eryna sekejap sahaja lagi. Matanya menikam tajam ke dalam anak mata hitam Sarah Eryna. Wajahnya sungguh menggerunkan. Seolah-olah sedetik lagi dia akan melepaskan peluru ke kepala perempuan di hadapannya itu. Harris Amsyar akur bahawa dia juga takut akan pandangan itu, apatah lagi perempuan selemah Sarah Eryna.

Selangkah Sarah Nia menapak ke hadapan, selangkah Sarah Eryna mengundur ke belakang. Walaupun begitu, Sarah Eryna masih cuba untuk berlagak tenang.

"Bercakap guna otak! Kau jual maruah kau, aku jaga maruah aku. Kau dedahkan kaki kau, badan kau, untuk tatapan semua lelaki. Sebab tu kau murah, bukan seksi! Kau anggap aurat tu perkara remeh? Kau ni Islam ke kafir? Aku berubah bukan sebab populariti, tapi aku berubah sebab Allah. Sebab Allah suruh kaum hawa menutup mahkotanya dari pandangan ajnabi. Yes, aku mengaku dulu aku tak tutup aurat, tapi at least aku dah sedar dan aku nak bertaubat dengan kesalahan aku. Aku nak berubah bukan hak kau. Hidayah datang dalam pelbagai bentuk. Kau patut sedar ajal tak mengenal usia dan kau patut pegang kata-kata itu! Takut kau meninggal lepas judge amalan aku ni dan amalan apa pula yang kau bawa untuk akhirat? Aku malas nak gaduh perkara yang kau boleh fikir sendiri. Agama bukan atas kertas sahaja, tetapi ada di dalam diri kira sendiri tetapi manusia ni terkadang sombong! Sombong untuk sujud kepada Pencipta alam ni. Kalau kau tahu hukum mengacau rumah tangga orang, hukum mendedahkan aurat, mesti kau tak akan buat. Kau pergi balik, cuci balik hati kau tu" ungkapan Sarah Nia umpama sembilu yang mencucuk ke tangkai hati Sarah Eryna. Sekaligus membuatkan Sarah Eryna dan Harris Amsyar terkedu. Dia juga tidaklah sesempurna wali Allah, tetapi dia cuba untuk memperbaiki dirinya dari sehari ke sehari.

Harris Amsyar terkedu. Dia tidak menyangka Sarah Nia mempunyai kata-kata bernilai seperti itu. Membuatkan dia merasa dirinya sangat kerdil di hadapan Allah.

Pada masa yang sama, Sarah Eryna terkilan. Kata-katanya mati. Seperti tiada lagi yang mampu dia ungkapkan. Adakah dia jahil selama ini? Dia sendiri tidak tahu kerana dia memang mengaku dia tidak mendapat didikan agama yang sempurna sejak daripada kecil. Tetapi dendam di hati seolah-olah menguasai dirinya. Dia tidak boleh padamkan dendamnya semata-mata mendengar tazkirah ringkas dari perampas di hadapannya ini.

"Diri pun kotor, ada hati nak tegur aku. Kau dengan pelacur pun tak ada beza!" Tengking Sarah Eryna. Terbawa-bawa dengan kepanasan hatinya apabila ditegur mengenai agama sebentar tadi.

Pang! Suara lempangan dari Sarah Nia bergema ke udara. Sungguh kuat dan sakit. Tetapi tidak sama dengan sakit di hatinya.

Sarah Eryna menahan perit di pipi. Darah yang mengalir di bibirnya dikesat laju. "Tak guna kau, perempuan!" Baru sahaja dia ingin menerpa Sarah Nia, tiba-tiba suara tengkingan memetir dari Harris Amsyar kedengaran.

"Dah, sudah! Eryna, kau balik sekarang. Aku tak nak kau buat kecoh dekat sini. Balik sekarang" suara garau Harris Amsyar meleraikan pergaduhan antara dua wanita itu.

"Jangan menghina orang dari apa yang terzahir. Kau tak tahu mungkin pelacur nilah yang akan menjejakkan dulu kaki ke syurga" balas Sarah Nia sungguh mendalam.

Sarah Eryna mendengus kasar. Sungguh dendam di hatinya semakin membara. Dia takkan biarkan hidup Sarah Nia bahagia. Takkan pernah sekali pun! Kata-kata nasihat yang diberikan seperti masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tiada satu pun yang melekat di hati. Dengan menggurutu geram dia melangkah ke rumahnya dan menghempas kuat pintu utama rumahnya.

"Apa kecoh-kecoh ni?" Sapa Amirul Zikrie dari daun pintu utama.

Sarah Nia dan Harris Amsyar menoleh. Sekaligus senyuman terukir di hujung bibir Sarah Nia. Lega sikit hatinya apabila dapat menatap wajah itu, abang susuannya.

"Dah, jom masuk" pamit Sarah Nia kepada Harris Amsyar. Macam dia pula tuan rumah itu.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now