Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.

Prolog

55 3 0
                                        

" Oppa,tunggu kejap. Nak ambil gambar." Minta Joong Bi sambil memegang phonenya. Wajahnya tampak gembira.

Kedengaran lagu mula berkumandang di sekitar kawasan yang besar tersebut.

Lelaki yang berkulit putih dan mempunyai tinggi lebih dari 6 kaki itu beredar tanpa meminta diri.

Joong Bi hanya memandang kelibat lelaki yang semakin jauh itu. Hampir terisak dia dibuatnya. Salah seorang anggota kumpulan lelaki yang diminatinya telah mengabaikan kehadirannya. Joong Bi berpendapat kemungkinan lelaki tersebut sibuk dengan aktiviti yang bakal dilakukan bersama rakan-rakannya yang lain. Semuanya hanya untuk menyedapkan hatinya sahaja.

Dia pergi dengan harapan yang sedikit hampa. Walaupun sebenarnya terasa diabaikan. Bayangkan betapa teringinnya dia mengambil gambar dengan salah seorang ahli kumpulan yang diminatinya sejak tahun 2012 lagi. Sekarang 2020. Hampir lapan tahun dia menunggu saat-saat terindah ini.

'Tak apa, asalkan dapat jumpa.' hati Joong Bi berkata dan dia sedikit tersenyum paksa.

Walaupun yang sangat diminatinya bukanlah lelaki tadi tapi andai kata dapat mengambil gambar walaupun sekeping. Itulah hadiah hari jadinya untuk tahun ini. Di hari ini.

Seorang lelaki yang entah dari mana datangnya menghampiri Joong Bi. Tingginya seperti lelaki tadi. Tapi Joong Bi yakin, lelaki yang sekarang berdiri di hadapannya bukanlah lelaki yang sama meninggalkannya sebentar tadi.

Lelaki tersebut menghulurkan tangan dan tersenyum. Tidak tahu alasannya, Joong Bi pun melakukan perkara yang sama dan meletakkan tangannya di atas tapak tangan lelaki itu.

Dalam sekelip mata,tangannya ditarik kuat oleh lelaki sebentar tadi sehingga membuatkan beg tangan dan phonenya jatuh. Pada masa yang sama juga terdapat sebuah kereta yang datang ke arah mereka berdua.

"Aaarghhhh!!!"

Joong Bi bertungkus lumus melepaskan tangannya daripada ditarik oleh lelaki itu. Bukan itu sahaja yang terjadi, mulut Joong Bi juga ditekup oleh lelaki tersebut.

Buntu bagaimana cara untuk melepaskan diri, Joong Bi menggigit tapak tangan lelaki yang dalam perjalanan ingin menculik dirinya.

"Argh!" jerit lelaki yang ingin menculik Joong Bi.

Plakk!

Tercetak sebuah tamparan  yang menghinggap di pipi Joong Bi.

Sakit. Memang sakit.

"Lepaslah!!" Jerit Joong Bi lagi.

Tanpa disedari, seorang lelaki yang samar-samar wajahnya berlari pantas ke arah mereka berdua. Sebelah tangan Joong Bi ditarik dari arah berlainan.

Entah seberapa kuatnya lelaki yang baru sahaja datang tadi sehingga membuatkan Joong Bi melayang dan kepalanya membentur bumper sebuah kereta yang berada di situ.

Orang yang berada di tempat kejadian hanya merisaukan lelaki yang telah membantu Joong Bi hingga membuatkan Joong Bi pengsan. Lengan lelaki yang telah membantu Joong Bi itu terkena sebilah pisau yang tajam dan membuatkan darahnya mengalir tanpa 'lampu merah'.

Akhirnya, penjenayah lelaki yang mahu menculik Joong Bi sebentar tadi, lari.

Badan Joong Bi digendong ala bridal-style untuk ditidurkan sebentar di 'backstage' konsert kumpulan popular lelaki tersebut.

Hanya sebuah suara sahaja yang dapat Joong Bi dengari sebelum matanya tertutup rapat dan terlelap.

Apa yang bakal terjadi kepada Joong Bi selepas perbalahan ini selesai? Siapakah lelaki yang telah menyelamatkan dirinya? Dan apakah yang anda sedang fikirkan saat ini?

DOSE [D.O.]Stories to obsess over. Discover now