"ARGHHH!!! SHIT!!!" Alif meramas rambutnya kasar.

........

Aku terbangun dari tidur.Rupa-rupanya, aku telah kesiangan.Aku tertidur di atas sejadah dengan telekung yang masih terbalut pada tubuhku.Jam dikerling.Nasib jam menunjukkan pukul 7.45 pagi.Maknanya, aku tidaklah kesiangan sangat.Aku cuma lelah dan penat sahaja.

Aku melipat telekung dengan kemas dan menyangkut telekung itu pada penyangkut.
Bila aku melihat cermin, aku seolah-olah melihat orang lain.Dulu aku rajin menjaga auratku.Dan sekarang, aku secara tidak sengaja memperlihatkan auratku pada orang yang bukan suamiku.Aku berwajah sedih.
Perut masih diusap.

Adakah aku layak dilayan seperti pelacur?
Adakah aku begitu? Hina sangatkan aku?
Aku pantas mengelengkan kepala.Sudahlah tentulah aku mempunyai peluang untuk bertaubat dan berubah.Inikan dengan diriku.

"Huzairi...maafkan saya.Gomen ne, sebab saya dah tak ada apa-apa lagi nak beri pada awak.Hidup saya dah hancur dan musnah.
Saya cuma ada Dia, Allah SWT." Aku menangis di hadapan cermin.Sekarang aku sangat lemah semangat.Mata dipejamkan.

Aku mahu melenyapkan segala memori hitam yang pernah berlaku padaku.Aku sedar, aku hanyalah wanita yang lemah.
Dan aku tak mampu untuk harungi cabaran ini melainkan bersabar.

"Ehem...sampai bila nak berdiri depan cermin tu?" Ikhwan menyandarkan diri pada pintu yang lama terbuka.Aku terkejut.

Sengihan terpancar pada wajah Adib.
"Hei, kenapa nangis?" Tanya Adib padaku.
Aku geram dengan mereka.Aku bercekak pinggang.

"Siapa bagi kebenaran untuk masuk ke bilik saya? Hah?" Tanyaku mendatarkan pandangan.Mereka diam.Tetapi melihat senyuman mereka yang terpancar ikhlas, aku mula goyah.

"Arghh...sudahlah.Jangan senyum! Saya tahu awak berdua ni hensem.Tapi kan..."
Aku tersengih-sengih.

"Tapi apa?" Adib teruja.

"Tapi apa Mairah?" Ikhwan tergelak kecil.

"Suami saya...lagi hensem daripada awak berdua! Hohoho~" aku riang menertawakan mereka.Wajah mereka yang berbinar, mula muram dan tidak berseri-seri.Mereka memundur langkah dan menjelingku.

"Ceh..." desis Ikhwan menyampah.

"Budak kecik ni laa..." Kepala Adib tergeleng.
Mereka memberi pandangan tidak puas hati apabila aku dengan comel mengembungkan pipi.

"Sorry awak berdua.Hehe..." aku tertawa.
Namun, entah kenapa wajah mereka berubah menjadi merah padam.

"Kakak saya suruh turun.Kak Dahlia dah siapkan sarapan.Dia tak nak suruh awak masak sebab awak tu pregnant.Nanti awak cepat letih."

"Betul tu," Sahut Ikhwan mengangguk mantap.Aku tersenyum comel.Menutup mulut dengan gelakan yang cuba aku sembunyikan.Itu membuatkan Adib dan Ikhwan pelik menatapku.

"Mairah, kenapa awak gelak macam tu?" Ikhwan tertawa jua akhirnya.Sama dengan Adib.Sebelum itu, aku telah keluar dan menutup pintu bilik.

"Cuba awak berdua pegang tapak tangan saya." Suruhku.Mereka saling berpandangan dan mengangkat alis hairan.Aku pula sudah bersedia menanti tapak tangan mereka untuk menyentuh tapak tanganku.

Hampir-hampir sahaja tangan itu mahu menyentuh tapak tanganku.Aku pantas menggelakkan tangan dan menarik telinga mereka berdua.Mereka terpelangah.Wajah mereka menatapku dengan tidak percaya.

"Hahaha! Dah terkena! Lariiii!!" Aku pun melangkah seribu.

"Mairah!! Jahatnya awak!"

"Tunggu budak...!!!!"

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now