+epilouge

1K 94 1
                                    

"Ahjumma nak jumpa kamu berdua sekejap"

Taehyung dan Jungkook terkejut apa bila eomma Jimin yang dianggap eomma mereka berdua memberi tahu bahawa ingin berjumpa mereka.

"Hmm" mereka berdua mengikuti eomma Jimin hingga ke bilik yang mereka selalu lepak apabila datang ke rumah itu.

"Mari" eomma Jimin membuka pintu bilik anak kesayangannya yang baru saja pergi pada pagi itu.

Mereka bertiga masuk ke dalam bilik itu.

"Jimin ada cakap dengan ahjumma yang bila dia tak ada nanti, tolong bagi buku ni dekat kamu berdua. Lepas tu ceritakan semua perkara yang berlaku. Mula-mula ahjumma pelik, kenapa dia tak bagi tahu kamu berdua sendiri? rupa-rupanya nak dekat setahun kamu berdua bergaduh dengan dia, tapi setiap hari dia cerita tentang kamu berdua dekat ahjumma tapi--" eomma Jimin menahan esak tangisan yang mula hendak keluar.

"Tapi, rupa-rupanya kamu berdua bergaduh. Hampir setahun ahjumma tak perasan. Pandai betul Jimin sembunyikannya. Jimin tetap suruh ahjumma bagitahu kamu berdua"

"Bagitahu apa ahjumma?" tanya Jungkook memandang muka eomma kawan baiknya yng telah meninggalkannya pagi tadi.

Memang mereka tidak bertegur sapa, tapi masih tidak tahu lagi mengapa mereka tidak bertegur sapa.

"Jimin bagitahu, bukan dia yang tolak Wonwoo tapi Mingyu. Bukan dia yang menyebabkan Wonwoo pergi tapi Mingyu. Dia cuma nampak yang Mingyu tolak Wonwoo jatuh dari rooftop, tapi bukan dia yang tolak. Dia tak tahu kenapa dia dituduh membunuh Wonwoo walaupon bukan dia yang buat. Dah lama dia nak bagitau kamu berdua, tapi kamu berdua selalu mengelak dari jumpa dia" Eomma Jimin bercerita sambil memegang tangan dua orang sahabat baik anak nya itu.

"Lagi satu pasal yang Jungkook masuk hospital tu, bukan dia yang letak ubat tu dalam botol Jungkook. Memang dia ada dekat situ, tapi dia dengan Mingyu. Dia pergi tandas sekejap, lepas dia balik dari tandas tu semua orang tuduh dia yang masukkan ubat tu dalam botol Jungkook" Taehyung yang memandang lantai terus memandang eomma Jimin.

"Dia ada bagi ni, suruh kamu berdua jangan lupakan dia" eomma Jimin menyerahkan gelang tangan bertulisan bestfriend forever. Taehyung ingat gelang ni. Gelang ni yang jual dekat karnival yang mereka bertiga pergi.

Flashback

"Wahh cantik la gelang ni" kata Jungkook teruja memegang gelang yang berwarna biru putih bertulisan bestfriend forever yang diperbuat daripada benang itu.

"Cantik, aku nakk" Taehyung dan Jungkook berebut gelang itu.

"Ahjumma, gelang ni memang ada satu je ke?" tanya Jimin.

"Aah, ahjumma yang buat. Memang limited sikit" kata ahjumma yang menjual gelang itu.

"hmm kalau kami nak order gelang ni boleh tak ahjumma?" tanya Taehyung.

"Eh bolehh, kamu bagi nombor telefon kamu. Nnti ahjumma telefon bila dah siap"

"Kami nak tiga tau ahjumma, semua nak sama" kata Taehyung bersungguh-sungguh.

"Sape nak bayar?" tanya Jimin.

"Ko lahh" Taehyung dan Jungkook ketawa.

"Asal aku pulak"

"Eh, ingat sikit ye. Jungkook bayar semua benda kita main. Aku bayar semua benda kita makan. Ko bayar la semua benda yang kita beli. Ye dak Kookie??"

"Ya benar Taetae" mereka berdua ketawa. Ahjumma itu hanya tersenyum melihat 3 anak muda dihadapan mereka.

End flashback

"Dia pon suruh ahjumma bagi diari dia dekat kamu berdua. Ahjumma turun dulu"

"Tapi ahjumma, kenapa Jimin pergi?" eomma Jimin hanya tersenyum memandang Taehyung yang bertanyakan soalan itu.

"Dia ada barah hati" kata eomma Jimin tersenyum lalu meninggalkan mereka berdua di dalam bilik anaknya.

Mereka berdua terkedu. Betul kata Jimin,

Jadi memang mereka berdua salah anggap. Bukan salah Jimin, benarlah apa yang Jimin bagitahu 'percaya dengan kawan baik yang selama ni dengan korang, jangan mudah percaya dengan orang yang baru kenal'

Tanpa mereka sedar, selama ini Mingyu hanya ingin merosakkan persahabatan mereka yang rapat.

The end.

Bestfriend | P.J.M + K.T.H + J.J.K ✔Where stories live. Discover now