P

163 32 4
                                    

"Hey Seungcheol, nyenyak tidur?"

Aku terdengar suara seorang perempuan. Lembut suaranya. Tapi suara ni macam familiar. Ya, suara Raejoon. Aku tidak menjawap soalannya. Aku membuka mata dengan perlahan. Selepas membuka mata, aku terkejut kerana ketika itu 'Raejoon' sedang baring disebelah ku. Ahh celaka, ni roh atau jasad dia?.

Aku menggosok sedikit mata ku yang kelihatan kabur. Dan aku terkejut  sekali lagi kerana tangan 'Raejoon' sedang memegang tanganku secara tiba-tiba. 

Ok Seungcheol, sabar. Tapi ni jasad atau roh?

"Jawap lah soalan saya"

Suara itu memecah kesunyian bilikku sekali lagi. Aku tidak menjawap soalannya. Aku melepaskan tanganku yang dipegang 'Raejoon' tadi dan bingkas bangun dari katil. Aku berjalan meninggalkan 'Raejoon' diatas katil, menuju ke bilik air. Aku membuka pintu bilik air lalu melangkah masuk kedalam. Tutup serapat-rapatnya  dan kunci pintu itu. Tangan aku menggeletar sekarang.

Aku pusing ke belakang. Pergi ke sinki lalu mencuci muka dan memberus gigi. Aku lihat pada jam tangan yang aku tidak tanggalkan selepas keluar bersiar-siar tadi, maklumlah penat semua benda tak ditanggalkan termasuk stokin. Jam menunjukkan pukul 12:30 p.m.. Baru 2 jam lebih aku tidur, 'benda' tu kacau aku?. Dahsyat betul.

Knock! Knock! 

Aku terdengar bunyi seperti pintu bilik air diketuk. Aku memaksa diriku supaya tidak membuka pintu. Selamatkan keadaan. Selang beberapa minit...

Knock! Knock!

Bunyi itu terdengar sekali lagi, tetapi dengan lebih kuat. Seperti tadi, aku memaksa diriku untuk tidak membuka pintu. Aku harap tak terjadi lagi teruk. Nasib baik pintu bilik air ini tidak diperbuat daripada kayu atau plastik. Kalau tidak, terpaksa bayar ganti rugi sebab pintu pecah lah gamaknya. 

"Seungcheol, bukak pintu ni cepat!" 

Suara dia sekali lagi. Ahh, aku tak tau nak bukak pintu atau tak. Aku tengah dalam bath tub kot. Tapi, takkanlah tu Raejoon? dia dah meninggalkan? 

°•°•°

Hampir sejam juga aku berendam dalam tub ni. Selamat kan diri kot. Sejam aku berendam, sejam juga tidak terdengar suara Raejoon dan bunyi ketukan pintu. Aku membuat keputusan untuk keluar dari bilik air. Aku menyarung jubah mandi(?). Menggerakkan kaki ku perlahan ke pintu. Aku membaca azimat untuk menyelamatkan diri dari 'Raejoon'. Aku membuka tombol pintu dan...

change up "s.coups"Where stories live. Discover now