"Tak tahu. Mungkin juga musuh Mario."

Aku masih berasa tidak puas hati dengan jawapan Iris. Jiwaku berkecamuk memikirkan hal tersebut. Apakah motif mereka? Adakah mereka hanya menembak secara rambang atau mensasarkan seseorang?

"Kenapa Rayden, Reid dan Xavier yang perlu berhadapan dengan penjahat tu? Kan boleh serahkan pada polis," aku mengutarakan persoalan yang mengangguku.

"Ini lain, Rose. Mario kawan mereka, mesti lah nak bantu."

Aku mengeluh perlahan. "Tapi nyawa—"

"Ya, I tahu nyawa mereka dalam bahaya. Tapi I yakin mereka boleh handle semua ni."

"Ryder akan okay. You tak perlu risau," tambahnya lagi. Dia masih cuba untuk memujukku.

Aku hanya membisu. Insiden tembakan itu terlayar kembali di ruangan mata. Aku berasa takut kalau nasib Rayden juga sama dengan mangsa-mangsa tersebut.

Tanpa dapat ditahan lagi, air mataku sekali lagi jatuh menitis ke pipi. Makin lama makin laju.

"Rose..."

Iris bangun lalu melabuhkan duduk di sebelahku. Tubuhku dipusingkan agar menghadapnya dan kedua tanganku digenggam.

"Rose, jangan lah macam ni. You buat I rasa bersalah," Iris menyapu pipiku yang basah dengan air mata itu.

Wajah cantik Iris kupandang pilu. "Saya risaukan Rayden. Saya takut ada sesuatu terjadi pada dia."

"Ryder akan selamat. Dia akan okay."

"Kalau macam tu, kenapa dia belum balik lagi?"

"I pun tak tahu. Tapi dia akan balik tak lama nanti. Percayalah."

"I rasa better you naik tidur sekarang. You nampak penat. Sebab tu you fikir yang bukan-bukan."

Aku menggeleng laju.

"Saya nak tunggu Rayden," kataku perlahan. Kepalaku pula terasa makin berdenyut. Mungkin juga kerana aku asyik menangis daripada malam tadi.

"I akan tunggu Rayden kat bawah. You pergi tidur kat atas. Semalaman you langsung tak tidur."

Aku menggeleng lagi. "Saya—"

"Please, Rose. Nanti kalau Ryder balik, I akan kejutkan you. Okay?"

Aku terdiam seketika. Teragak-agak dengan permintaan Iris. Ditambah pula dengan sakit kepalaku yang kian menyucuk. Terasa kepala ni berat ya amat.

Dengan perasaan berbelah bahagi, aku akhirnya mengangguk.

Senyuman kecil terukir di bibir Iris. "You nak I hantar you ke atas?"

Aku geleng perlahan.

"Tak apa lah. Saya boleh naik sendiri. Tapi kalau Rayden balik, awak beritahu saya ya."

Iris menunjukkan tanda 'okay'. Aku pula cuma tersenyum pahit sebelum menapak ke tingkat atas.

×××

"Rose, bangun. Rose..."

Lambat-lambat aku membuka mata apabila terdengar namaku dipanggil seseorang. Badanku terasa lemah namun aku palingkan juga kepala memandang Iris yang berdiri disebelah katil.

"Ya?" suaraku perlahan seperti berbisik. Tekakku terasa sakit. Hendak telan air liur pun rasa pedih.

"You okay ke ni? I risau you tidur lama sangat. Dah nak tengahari."

Aku cuma mengangguk. "Rayden dah balik ke?"

Aku memperbetulkan selimut yang berada di paras leherku. Mataku kuyu memandang Iris. Aku rasa tidak sedap badan pula. Rasa sejuk sahaja. Tekak pun sakit.

Rayden RoseWhere stories live. Discover now