14 | C a r e

144K 4.9K 1.3K
                                    

Bang!

Aku pejam mataku erat. Nafas ku tarik dalam dan hembuskan perlahan. Insiden ngeri itu acap kali terlayar di ruangan mataku. Bunyi das tembakan pula asyik bermain di gegendang telinga. Aku jadi kecut perut teringatkan mereka yang ditembak kejam tepat dihadapan mataku. Dengan mata kepala aku sendiri aku melihat kepala mereka berkecai jatuh bersepah ke lantai.

Aku buka mata semula. Perasaan takut akan insiden itu masih menghantui diriku sehingga sekarang. Sempat mataku menilik jam di dinding ruang tamu. Sudah pukul 4 pagi. Rayden pula masih belum pulang. Mana dia ni? Kenapa masih belum pulang?

Aku mula menjadi semakin risau. Dari tadi aku langsung tak tidur kerana menunggu Rayden. Sedikitpun aku tak rasa mengantuk. Hatiku asyik gundah gelana teringatkannya.

Mataku tak usah cakap la. Sembab sungguh kerana asyik menangis sahaja dari tadi. Ditambah pula dengan kepalaku yang sakit berdenyut, lagi serabut jadinya.

Iris pula aku lihat elok sahaja tidur berdengkur dari tadi. Sesekali mataku memandang Iris yang sedang nyenyak tidur di atas sofa dihadapanku. Dia kelihatan tenang. Sejujurnya aku berasa aneh dengan Iris. Dia seperti langsung tidak risau akan teman lelakinya, Xavier yang turut bersama dengan Rayden. Malah sewaktu memandu pulang pun, Iris masih beriak tenang. Seolah-olah dia sudah biasa menghadapi semua ini. Sedikit sebanyak ia membuatkan aku tertanya-tanya namun aku biarkan sahaja. Mungkin aku cuma overthinking.

Buat entah kali keberapa, aku lihat jam semula. Nafas dihela kasar. Terasa makin resah memikirkan keselamatan Rayden. Aku benar-benar tidak senang duduk tika ini. Berbagai-bagai andaian bermain di kotak fikiranku. Tak sanggup aku hendak bayangkan jika ada sesuatu terjadi padanya.

Masih jelas raut wajahnya ketika menenangkan aku di dalam kereta. Spontan air mataku jatuh dan aku pantas mengesatnya.

"Rose."

Aku kalihkan mata memandang Iris yang bangun daripada pembaringannya. Dia duduk sambil terkebil-kebil memandangku.

"You tak tidur ke?" Iris menguap luas.

Aku membisu sebelum lambat-lambat menganggukkan kepala.

"Haih, kenapa you tak tidur?"

"Saya... saya tunggu Rayden."

"Kan I dah cakap tak perlu tunggu Ryder. Nanti dia akan balik," pujuk Iris buat kesekian kalinya.

"Macam mana kalau ada apa-apa jadi pada dia?" aku menyoal khuatir. Rasa sebak yang kembali bertandang cepat-cepat aku tepis.

"Dia akan okay, Rose. I kenal Ryder."

Kata-kata Iris langsung tidak memberi kesan kepadaku. Aku malah menjadi semakin risau. Hatiku tidak akan tenteram selagi Rayden tidak ada di depan mataku.

"Awak kenal mereka?"

Dahi Iris berkerut. "Siapa?"

"Penjahat tu."

Mendengarkan jawapanku, Iris terus membuat muka.

"Ini dah masuk kali ke seratus you tanya," kata Iris yang ternyata berasa jengkel dengan soalanku. Manakan tidak, bila disoal, jawapan Iris seperti acuh tidak acuh sahaja.

"Answer me, Iris. Awak kenal mereka?" gesaku. Aku tatap Iris yang bersandar pada sofa. Dia mula kelihatan teragak-agak hendak menjawab soalanku.

"Tak."

"Habistu kenapa mereka datang serang semalam?"

Iris terdiam sebentar sebelum dia menjungkit bahu.

Rayden RoseWhere stories live. Discover now