BAB 46 - Annabelle & 2 Hari Lagi

Start from the beginning
                                    

Muka Sarah Nia kemerah-merahan menahan amarahnya. "Ha yelah, awak menang. Saya nak baliklah kalau macam ni" muncungnya sudah sedepa. Langkahnya laju sahaja meninggalkan Harris Amsyar. Entah ke mana dia ingin pergi pun tidak tahulah.

"Eh, alah awakkk..." Harris Amsyar sudah menggaru kepala. Dengan gelabah dia mengejar langkah Sarah Nia.

Bibir Sarah Nia sedang bergerak-gerak, sedang membebel seorang diri. Comel! Apa sahajalah yang sedang diomelnya itu.

Sebaik sahaja Harris Amsyar dapat menyaingi langkah Sarah Nia, dia terus berdiri di hadapan Sarah Nia. Ingin menghentikan langkah isterinya itu. Bukan main laju lagi.

"Awak, awak marah saya ke?" Terpacul soalan kurang bijak dari mulut Harris Amsyar akibat kehilangan idea.

Sarah Nia menjeling tajam. "Eh takdelah, suka" perlinya.

Harris Amsyar tersengih serba salah. "Okaylah, saya minta maaf okay? Memang saya kalah. So, awak bolehlah denda saya" akhirnya dia mengaku kalah juga. Kalau tidak, bilanya marah Sarah Nia akan surut, kan?

Sarah Nia memeluk diri sambil mendongak menyaingi mata Harris Amsyar. Matanya mengecil memandang wajah tampan lelaki di hadapannya itu. "Awak memang selalu kalah pun kalau lawan saya"

"Ye" Harris Amsyar reda.

"Dah kalah, tak reti mengaku" sambung Sarah Nia.

"Ye" balas Harris Amsyar sekali lagi, reda.

"Awak penakut" macam seronok pula Harris Amsyar hanya mengiakan tanpa mencuka.

"Ye saya tahu"

Sarah Nia terus tersenyum meleret sebelum dia tergelak secara tiba-tiba. Makin lama makin kuat pula.

Harris Amsyar yang tidak memahami apa-apa tadi, sudah mula memahami helah yang Sarah Nia telah lakukan kepadanya. Sekarang dia terperangkap dengan kata-katanya. Dia hanya menunggu isterinya berhenti gelak. Menunggu kata putus Sarah Nia. Dia berharap sangat bahawa Sarah Nia lupa akan kata mengaku kalahnya tadi. Jika dia ingat, dia tahu dia akan 'digunakan'.

"Awak ni comellah" Sarah Nia tergelak seketika sebelum menyambung ujarannya "lain kali mengaku kalah awal-awal je kan senang"

Harris Amsyar tidak tahu hendak memberi respons apa. Comel? Belum pernah orang memujinya comel. Yang selalu didengarinya, handsome, sado, kacak dan yang seangkatan dengannya. Jadi, dia hanya tersenyum kecil.

"Okay, so tadi awak dah mengaku kalah dan awak sendiri yang minta untuk didenda kan?"

Gulp! Perkara inilah yang Harris Amsyar paling takuti selepas Valak dan lipas. Soalan yang tidak mampu untuk dibalasnya dan mulutnya hanya terkunci rapat. Kata-kata mengaku kalahnya sudah memakan dirinya dan lihat sahajalah, selepas ini pasti dirinya akan 'digunakan' oleh Sarah Nia.

Sarah Nia tersenyum jahat melihat kegusaran di wajah Harris Amsyar. "Disebabkan saya seorang isteri yang sangat baik, saya dengan ini ingin menunaikan permintaan yang awak minta dekat saya tadi. Awak kena ikut apa yang saya suruh selama dua hari satu malam tanpa sebarang bantahan"

Perlahan-lahan wajah Harris Amsyar bertukar seakan-akan sedih bercampur kesal. Kenapalah aku buat janji dengan dia tadi? Kesal hati kecilnya.

"Ada sebarang pertanyaan?" Soal Sarah Nia dengan nada suara ala-ala guru tadika itu.

Harris Amsyar mengangguk kecil sambil mengeluh. "So sekarang awak nak saya buat apa?" Soalnya qudus.

"Hmm... Kita balik rumahla wak. Dah pukul 12 malam dah. Atau awak ada nak pergi mana-mana?" Soal Sarah Nia.

"Kita pergi makan dululah. Saya lapar. Lagipun dah lewat macam ni, awak mesti penat nak masak" putus Harris Amsyar dengan sewajarnya.

Senyuman tersungging di bibir mungil Sarah Nia. Harris Amsyar ternyata memikirkan tentang dirinya. "Jom" balasnya sepatah dan terus memeluk lengan Harris Amsyar dengan ceria.

Harris Amsyar dengan wajah hairan mengikut sahaja langkah Sarah Nia itu. Siapa cakap dia tidak gembira? Hatinya sudah kembang setaman ketika ini. Mungkinkah Sarah Nia sudah mula menerimanya?

DARI jauh Sarah Eryna hanya memerhati pasangan dua sejoli itu dengan hati yang berapi-api. Panas betul hatinya ketika ini.

"Eh, jomlah. Aku lapar ni" sampuk Tasha sekaligus memadamkan lamunan dendam Sarah Eryna.

Sarah Eryna menoleh memandang wajah Tasha dengan jelingan. "Ikut aku"

Tasha mengangkat kening. "Pergi mana?"

Sarah Eryna mendengus kasar. "Kau diam boleh tak, banyak tanya betullah. Ikut jelah aku. Dah, cepat"

Langkah mereka mengikut langkah Harris Amsyar dan Sarah Nia ke tempat parkir kereta. Kereta Sarah Eryna juga membontoti kereta Harris Amsyar.

Sedang Harris Amsyar memutar stereng kereta, terdetik di hatinya untuk memerhatikan sekali lagi kereta di belakangnya. Sudah 10 minit perjalanannya bersama Sarah Nia, tetapi kereta itu masih juga mengikut haluan mereka. Mustahil perjalanan mereka boleh kebetulan sama kerana jika betul kereta itu ingin ke destinasinya, mereka boleh sahaja memotong atau mengambil lorong lain daripada terus membontoti keretanya.

Tanpa berfikir panjang, dia terus menekan pedal dan meninggikan had kelajuan keretanya. Dia terus laju memecut meninggalkan kereta itu jauh di belakang.

Sarah Eryna yang tidak bersedia apa-apa, tiba-tiba melihat kereta Harris Amsyar sudah jauh kehadapan dan semakin hilang dari pandangan. Ini akibat bersembang dengan Tasha lah ini. Dia terus memandu ingin mengejar kelajuan kereta Harris Amsyar, tetapi kereta lelaki itu terus lenyap dari kaca matanya.

Ah, tak guna! Sarah Eryna menjerit amarah di dalam hati. Dia terus memukul sterengnya berkali-kali. Tasha di sebelah hanya melihat dengan wajah kehairanan. Langsung tidak memahami apa yang sedang berlaku.

Sarah Nia yang di dalam kereta segera menoleh memandang Harris Amsyar. "Awak, apa bawa laju-laju ni. Bahayalah" tegurnya tegas.

Selepas Harris Amsyar memastikan di belakangnya tiada lagi kereta itu, dia menghadiahkan senyuman kepada Sarah Nia. "Baik, boss"

___________________________________________

Diary Sarah Nia...

Betullah kata orang,
Cinta itu buta.
Cinta itu indah.

Tetapi adakah ini cinta yang dimaksudkan?
Cinta yang digambarkan tidaklah seindah yang digemburkan ketika hadirnya keraguan.

Jadi sayang, aku akan hapuskan keraguan ini terhadapmu. Kerana aku juga ingin merasai indahnya cinta itu.

Taming The Bad GirlWhere stories live. Discover now