25|Sesi Pujuk Memujuk

8K 448 70
                                    

Aku membuka mataku perlahan untuk menerima samar-samar cahaya dari lampu kecil disisi katilku.Selimut tebal itu aku selak ketepi.

Regangan kecil aku lakukan.Mulut yang menguap lebar,cepat-cepat aku tutup dengan tangan.

Bola mataku diarahkan untuk memandang kesisi.

"Lenanya dia tidur...Pukul 6:15 dah ni."Batinku apabila melihat wajah polos Rayyan yang masih lena.Siap ada air liur meleleh lagi.Lena betull nih.Haa!Geli-geli!Orang tidur memang lah keluar air liur basi.Kalau kau tak keluar air liur basi,rasanya kau bukan manusia.Tapi kau Alien kepala kotak.Kembar adudu!!

Aku menghampirinya.Ingin mengejutkan dirinya secara baik.Tapi tiba-tiba idea nakal menerjah otakku yang suci.Huks!Hukss!

"Woiii!!Bangun lahh!!"Jeritku tepat-tepat di telinganya.Terus sahaja dia terbangun secara automatik.

"Eh!spender kau hijau!!"Latah Rayyan.Dia menutup mukanya.Aduhh!!Takde benda lain ke dia nak sebut.

"Ehh..mana awak tahu ni?!Awak skodeng saya eh??Dasar mamat pervert!"Jari telunjuk aku tuding kearah wajahnya.Haipp!!Camna dia boleh tau nih😂

"Oii senget!Aku melatah jelah.Takde kerja aku nak skodeng kau.Banyak lagi benda aku nak buat.Yang kau jerit kat telinga aku asal?Kau dah hidup lama sangat ke?"Bebel Rayyan.Aku tersengih sambil membuat peace.

"Mak jemah dah bebel dah"Batinku.Rayyan melangkah kearah kamar mandi untuk membersihkan diri.Sementara tunggu dia keluar,aku menggosok tudung sekolahku.Semalam tak sempat gosok.Tengok K-drama punya pasal lah.

---------------------------

Pinggan yang penuh dengan nasi dan kini sudah licin tanpa sebutir nasi,aku bawa ke sinki.Lengan baju disinsing hingga ke siku.

Paip air aku buka kecil.Span sederhana berwarna kuning tersebut aku capai lalu dicelupkan kedalam bekas yang berisi sabun pencuci pinggan.

"Eh..Cik Rina!Kenapa basuh pinggan ni?Takpe.Biar Cik Zah yang buat"Ujar Cik Zah yang baru keluar dari biliknya.

"Takpelah Cik Zah.Bukannya susah mana pon.Cuci pinggan je.Cik Zah kan banyak lagi kerja nak buat.Lagipun dah terlanjur cuci dah Cik Zah"Tuturku kepada pembantu rumah ini yang dikenali sebagai Cik Zah itu.

Setelah siap menyabun,aku membilas pinggan itu sehingga tiada lagi sisa-sisa sabun yang ketinggalan lalu diletakkan ditempat yang sepatutnya.Paip air aku tutup.Tangan dikeringkan dengan menggunakan tuala kecil yang tersidai di pemegang peti ais.

"Tapi Cik Rina kan tuan rumah ni.Nanti apa pula Tan Sri dan Puan Sri cakap kan"Terang Cik Zah.

"Cik Zah....Saya ni pon menumpang je.Sama je macam Cik Zah.Kalau Rayyan tu dah ceraikan saya,sekelip mata je saya boleh kena tendang keluar dari rumah ni."Ujarku sambil menurunkan kembali lengan baju yang disinsing tadi.

"Apa kau cakap tadi?"Tiba-tiba sahaja Rayyan berada disitu dengan pinggan kotor ditangannya.Cik Zah cepat-cepat mengambil pinggan itu dan dibasuh.

"Ermmm...Takde pape"Jawabku sambil tersenyum sumbing.

"Cerai?Kau memang nak sangat ke jadi janda muda?"Tanya Rayyan dengan muka dinginnya.

"Halah....Halah...Rina...Habislah kau!!"Desisku.

"Tak nak"Jawabku.

Tanpa menjawab apa-apa lagi,Rayyan terus beranjak pergi meninggalkan dapur.

"Pergilah pujuk dengan minta maaf.Dia marah tu."Ujar Cik Zah sambil tersenyum.

"Tapi...."Kata-kataku terhenti kerana dipintas Cik Zah.

"Pergilah.Suami tu kalau kena pujuk dengan isteri dia,reda lah marahnya.Pergi"Nasihat Cik Zah sambil mengusap-usap bahuku penuh kasih.

Aku mengangguk sambil tersenyum lalu berlalu pergi.

------------------------------

"Awak...."Panggilku tapi tidak diendahkan.Rayyan masih diam sambil memandu kereta.

"Awak marah saya lagi ke?Kalau awak masih marah,saya minta maaf.Saya betul-betul minta maaf."Tiada respon yang diberi oleh Rayyan atas permintaan maafku itu.Aku mengambil nafas lalu dihembus perlahan.

"Cuba lagi Rina.I know you can  do it.Fightingg!"Semangatku didalam hati.Idea untuk memujuk lagi dan lagi diperah habis-habisan.Aaahaaa!!

"Awakk...Maafkanlah saya.Saya janji takkan cakap macam tu lagi.Awak suruh lah saya buat apa sekalipun.Saya akan buat.Janji awak maafkan saya.Please....."Pintaku.Minta-minta kali ni menjadilah.Sebab otak aku dah habis diperah tadi.Kalau tak menjadi jugak,camna aku nak perah otak lagi.Otak dah betul-betul kering dah.Takde basah lagi dah.

Rayyan menoleh kearahku.Wahh!!Satu kemajuan nihh!

"Betul kau sanggup buat apa je?"Tanya Rayyan meminta kepastian.Aku mengangguk.

"Betul ni?"Tanya-nya lagi sekali.Aku mengangguk lagi sekali.

Senyuman nakal terukir di bibirnya.Haduhh..Haduhh..minta-minta dia tak mintak yang bukan-buka sudah.

--------------------------------

"Diminta pelajar-pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 3 berkumpul di dewan Diamond Glass sekarang!Lagi sekali diulang!Diminta pelajar-pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 3 berkumpul di dewan Diamond Glass sekarang!Terima kasih!"Ucap seseorang disebalik corong pengumuman tersebut.

Aku mengemas buku-buku dan dimasukkan kedalam beg.Aku dan Mariana bergerak bersama-sama kesana.

Sebaik masuk kedalam dewan itu,kami mengambil tempat dikerusi bahagian belakang sedikit.Malas duduk depan-depan.

Dan tak sangka pula yang Rayyan dan Aliff betul-betul duduk dibahagian belakangku.Mereka berdua hanya dipisahkan dengan dua orang murid sahaja yang duduk diantara mereka.

"Assalamualaikum semua!"Ucap Cikgu Alissa.Kami semua menjawab salam yang diberi itu.

"Baiklah.Tujuan saya menyuruh kamu semua berkumpul disini adalah untuk memaklumkan bahawa sekolah kita akan mengadakan kem sempena untuk korang merehatkan minda.Yelah,kamu semua akan menghadapi peperiksaan yang besar kan tahun ni!Jadi perlulah rehatkan minda jugak.Jangan asyik belajar je!"Ujar Cikgu Alissa panjang lebar sebelum mengambil nafas.

"Aku dah agak dah"Batin Rayyan.

"Jadi..Ada sesiapa yang tak dapat mengikuti kem ni ke?"Tanya Cikgu Alissa.Semua murid diam tak berkutik kecuali Rayyan dan Aliff yang menganggkat tangan mereka serentak.

Aliff yang melihat Rayyan juga menganggkat tangannya teragak-agak untuk menurunkan atau kekal menganggkat tanggannya.

Aliff melihat diriku yang tidak menganggkat tangan sama sekali,lalu menurunkan tangannya penuh yakin.Senyuman sinis terukir diwajahnya.

"Betul ni Rayyan kamu tak nak ikut kem ni?Ada hal yang munasabah?Sebab pengetua inform yang kem kali ni,semua wajib ikut"Tanya Cikgu Alissa.Kini semua mata-mata pelajar didalam dewan itu memberi sepenuh perhatian pada Rayyan.

Pelajar-pelajar perempuan ramai yang merengus geram kerana idola mereka tidak mengikuti perkhemahan kali ini.Kalau tidak dulu,Rayyan lah yang paling aktif mengikuti kem-kem yang dianjurkan pihak sekolah.

"I just don't want.Cakap dengan pengetua yang saya memang tak berminat.Full stop."Ujar Rayyan lalu terus meninggalkan dewan tersebut.Baginya selepas ini,Cikgu Alissa akan memberi taklimat tentang kem tersebut.Jadi dia tak perlu ada pun dalam dewan tu.Sebab dia bukan pergi pun.

Aku memandang kepergiannya dengan ekor mata.

"Kenapa dia tak nak pergi?Takpelah aku tanya kat rumah je nanti"Batinku lalu memberi tumpuan kepada Cikgu Alissa dihadapan semula

SHISA Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon