BAB 9

8.7K 243 2
                                    

"TWINKLE twinkle little star how I wonder what u are, Up above the world so high, like a diamond in the sky

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"TWINKLE twinkle little star how I wonder what u are, Up above the world so high, like a diamond in the sky."

Seri membuka matanya, dia melihat sekeliling dan menyedari dia berada di sebuah hutan yang gelap dan suram. Suara seorang gadis kecil menyanyi memenuhi gegendang telinganya. Dia melihat sekeliling kalau-kalau terlihat gadis kecil itu.

Seri bangun dan mula melangkah mengikut alunan suara budak itu. Dia terhenti di sebuah rumah besar yang usang dan menyeramkan. Suara budak itu semakin dekat di pendengarannya. Seri memberanikan diri melangkah masuk ke rumah usang tersebut.

Tidak lama kemudian nyanyian itu hilang dan diganti dengan bunyi gelak tawa seorang budak. Seri melangkah perlahan dan terhenti di sebuah bilik yang dipenuhi dengan lukisan dan sesawang labah-labah.

Seri melihat sekeliling dan dia ternampak seorang budak kecil sedang memeluk patung berwarna hitam.

Seri menghampiri dan menghulurkan tangannya. Budak itu tersenyum dan menyambut huluran tangannya. Seri membawa budak kecil tersebut keluar dari rumah usang itu sambil memegang tangannya.

Mereka tiba di sebuah kawasan yang lapang seolah padang rumput yang dijaga dengan rapi. Di kawasan tersebut terdapat sebuah pokok besar yang tumbuh dan pokok itu dikelilingi dengan kelip-kelip yang banyak.

"Seri !" Budak itu memanggil Seri yang leka dengan pemandangan di hadapannya. Dia menoleh dan tersenyum. Hairan apabila budak kecil itu mengetahui namanya.

"Jom saya nak tunjuk sesuatu" Budak itu menarik tangan Seri dan mereka berlari menuju ke pokok besar.

"Tengok atas pokok tu," Seri mendongakkan kepalanya dan melihat satu benda bercahaya yang sangat cantik.

"Bila Seri terdesak perlukan bantuan.. Seri datang sini dan ambil bunga bercahaya tu, dalam bunga tu ada air, minumlah air didalamnya. hanya orang tertentu sahaja yang akan dapat melihat tempat ni." Budak itu melepaskan tangannya daripada genggaman Seri.

"Rasanya sampai sini sahaja pertemuan kita." Bayang budak itu semakin kabur dan menghilang.

"Balik ke tempat asal kamu dan jangan lupakan apa yang saya pesan tadi."

Seri berlari ingin menggapai tangan kecil itu tetapi sudah terlambat. Budak itu sudah hilang.

"Saya tak tanya nama awak lagi," Seri menangis teresak-esak. Tidak tahu kenapa dia rasa sedih yang teramat. Mereka seolah-olah mempunyai satu 'bonding' yang tidak dapat dipisahkan dan seolah-olah dia sudah lama mengenali budak itu.

"Diana..." Satu suara berbisik di telinganya dan Seri merasa ada tangan yang mengelap air matanya.

"D-Diana" Seri menyebut nama itu dengan perlahan sebelum pandangannya mula kabur dan rebah tidak sedarkan diri.

                         🥀🥀🥀

"SERI ! Seri !" Dia membuka matanya. Pipinya ditepuk dengan lembut, pandangannya semakin jelas dan wajah risau Irish kelihatan.

"A..abang ??" Seri menggosok matanya, dia melihat sekeliling.

'Bilik ? Jadi tadi tu hanya mimpi ?' Bisik hati seri.

"Siapa Diana ?" Irish menyoal sambil tangannya mengusap ubun-ubun Seri. Siapa tidak terkejut dengan suara Seri yang menjerit seperti orang kerasukan.

Seri mendongak melihat wajah Irish dengan penuh tanda tanya. "Abang kenal Diana ?"

"Tak, tadi masa Seri mengigau abang dengar seri panggil nama Diana. Tu sebab abang tanya."

Seri menggelengkan kepalanya. Dia tidak kenalpun siapa Diana tu tapi kenapa hati terasa pedih bila mendengar nama Diana disebut.

Banyak persoalan yang bermain di fikiran Seri, tak apa lain kali dia siasat siapa Diana dan apa maksud mimpinya tadi. Tidak lama kemudian matanya terasa semakin layu dan dia terlelap dalam dakapan Suaminya.

Irish mengeluh perlahan, dia membetulkan kedudukan tidur Seri dan berlalu ke tingkap melihat bulan yang terang benderang.

"Diana..." Dia meraup mukanya, bingung.

"Apa yang perlu aku lakukan, Tell her the truth or keep lying and let her find this secret by herself ? Tapi aku taknak dia terluka. Aku sayangkan Seri, Diana apa yang kau dah lakukan ?"

Tanpa irish sedari Seri mendengar segala apa yang dia luahkan tadi. Irish sudah lama keluar. Mencari ketenangan mungkin.

Seri bangun dan keluar menuju ke balkoni biliknya.
"Irish kenal siapa diana ?? Secret ?? Apa semua ni ?"

Seri kemudian masuk ke bilik dan membuka laci meja suaminya satu persatu. Manalah tau terjumpa sesuatu yang mencurigakan atau lebih tepat lagi diari milik suaminya. Dia percaya Irish mempunyai sebuah diari.

Seri membuka laci terakhir dan ianya berkunci. Dia mengambil pin rambut dan membuka laci tersebut.

Klakk ! Seri cepat-cepat membukanya dan sebuah diari lama berwarna merah tersimpan rapi di dalamnya. Finally !

Seri mula membuka lembaran pertama diari itu dan tiada satupun yang menarik. Hinggalah ke muka surat yang terakhir sekeping gambar lama terjatuh di bawah kakinya.

Dia mengambilnya, wanita yang sedang sarat mengandung dan seorang lelaki. Dan lelaki itu adalah suaminya !

"Apa maksud semua ni ? Ini ke rahsia yang irish katakan tadi ?" Seri sebak, terkilan dengan perangai Irish.

Seri menyimpan semula gambar itu di celah diari tersebut. Tetapi satu tulisan dan lukisan menarik perhatian Seri. Seorang ibu yang sedang menangis dan disampingnya seorang lelaki sedang mendukung bayi kecil dan sekuntum bunga yang bercahaya berada di tangan kiri wanita itu. Dia seperti mengenali tempat itu. Padang rumput yang ditumbuhi pokok besar, bunga bercahaya itu juga berada di atas pokok tersebut.

Tempat yang dikunjungi olehnya dalam mimpi.

Besar sangat ke rahsia yang irish sembunyikan darinya ??

Seductive Vampire [ON HOLD]Where stories live. Discover now