001

984 56 54
                                    

Author's POV

" Hai semua ", sapa gadis itu dengan ramahnya sambil tersenyum. Dia membongkokkan sedikit badannya ke arah semua pelajar yang berada di dalam kelas. Sudah menjadi rutin Hani, dia akan menyapa satu kelasnya pada setiap pagi setiap kali dia ke sekolah. Semua orang sudah senak dengan sikapnya yang baik dan peramah itu.

Seperti biasa, para pelajar duduk di tempat masing-masing lalu membuat kerja sekolah yang masih belum siap. Seketika, cikgu masuk lalu memberi tunduk hormat kepada pelajarnya. Pelajar hanya membalas dengan penuh hormat.

" Err cikgu, hari ni joshua tak datang. Dia kata dia sakit kepala ". Seorang pelajar lelaki yang bertanggungjawab menjalankan tugasnya sebagai ketua kelas memberitahu cikgu akan ketidakhadiran Joshua.

" Oh baiklah lagi siapa tak hadir, Seongwoo ? " Mr Lee yang merupakan guru kelas mereka bersuara.

Ong Seongwoo yang bergelar ketua kelas memandang ke segenap kelasnya lalu mengira satu per satu bilangan pelajar yang hadir. Tangannya ralit mengira serta memerhati siapa yang tidak hadir.

" Ouh Byun Baekhyun, cikgu " sambung Seongwoo lagi lalu melemparkan senyumannya ke arah Mr Lee. Mr Lee hanya mengangguk lalu menanda buku kehadiran yang terletak di atas meja guru.

" Baik Seongwoo, kamu boleh hantar buku kehadiran ni ke pejabat sekarang " Mr Lee menghulurkan buku kehadiran. Buku itu bertukar tangan ke Seongwoo.

" Err mianhae lambat ", seseorang yang baru tiba dari luar kelas terus masuk ke kelas dan duduk di tempatnya.

Seongwoo yang sedar akan kehadirannya terus kembali ke arah Mr Lee untuk menukar kehadiran pelajar tersebut. Seongwoo terus ke pejabat selepas kehadiran disemak semula.

" Kenapa kamu lambat, Baekhyun? " Soal Mr Lee apabila pelajarnya itu datang lewat ke sekolah.

" Saya bangun tadi dah pukul lapan, cepat-cepat saya bersiap dan pergi sekolah. Sorry Mr Lee " Pelajar yang dipanggil Baekhyun itu mengucapkan maafnya sekali lagi. Mr Lee hanya mengangguk lalu memulakan sesi pembelajaran.

Semua orang amat pelik dengan sikap Baekhyun. Lazimnya dia tidak banyak bercakap kecuali hal-hal yang penting. Orang beranggapan bahawa dia memang kurang pergaulan. Tiada sesiapa berani berbual dengannya. Sifatnya yang dingin membuatkan orang sedikit takut terhadapnya.

---

" Ahjushhi, bagi Hani plaster tu boleh? " Hani dengan ramahnya menyapa ahjushhi yang bertugas di koperasi sekolah.

" Ahh, nah. Kenapa dengan jari kamu, Hani ? " Ahjushhi itu menghulurkan plaster seperti yang diminta Hani lalu ternampak jari Hani yang berdarah.

" Ahh takde apa. tadi Hani selak buku laju-laju nak cari tempat yang Hani dah tanda lepastu terkena helaian kertas, tu yang berdarah ", jawab Hani lalu mengambil plaster itu sambil menghulurkan sejumlah wang kepada ahjusshi itu. Plaster yang dipegang tadi dimasukkan ke dalam kocek blazer sekolahnya.

" Ahjushhi ambillah duit tu, Hani taknak baki tau. Bye ahjushhi! " Hani dengan ramahnya bertutur dengan lelaki yang berada di depannya itu. Selepas selesai membeli, Hani terus ke kantin memandangkan sekarang adalah waktu rehatnya.

" Hurmm, nak beli apa eh? " Hani memicit-micit dagunya ala-ala inspektor yang sedang berfikir. Tanpa dia sedar, dia telah berada di tengah-tengah laluan untuk ke kantin.

" Ughh ". Seorang lelaki mendengus perlahan.

" Omo,  jeoseonghamnida ". Hani meminta maaf apabila dia tersedar bahawa dia telah terlanggar seorang lelaki yang memegang secawan kopi panas. Kopi panas itu tertumpah pada baju lelaki itu.

" Jeoseonghamnida " Hani betul-betul rasa bersalah lalu mengeluarkan tisu basah dari koceknya lalu dihulurkan kepada lelaki itu.

Alangkah terkejutnya Hani apabila dia melihat wajah dingin di hadapannya segera pergi dari kawasan itu. Ya, lelaki itu ialah Byun Baekhyun.

" Aishh bukan nak kata gwaenchana ke apa, lepastu terus pergi. At least , appreciate lah sikit tisu basah aku ni, ada gunanya jugak ". Bebel Hani perlahan lalu dia berlalu pergi dari kantin yang padat itu, hilang seleranya mahu makan.

Baekhyun pula sedang asyik memerhatikan Hani dari sudut yang bertentangan dengan kedudukan Hani selepas kemalangan kecil tadi berlaku. Dia tersenyum walaupun badannya berasa sedikit sakit selepas terkena kopi panas tadi.

" Mangsa tetap. Bukan untuk dibunuh tetapi untuk dicintai. Tunggu aku, Seo Hani " Baekhyun tersenyum senget memikirkan rancangannya selepas ini.











--

mystery/thrillerADDICTED

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


mystery/thriller
ADDICTED . BYUN BAEKHYUN .🌻.

addicted ft. baekhyunWhere stories live. Discover now