Bab 2

788 119 46
                                    

Promote🙊
123,Cinta nabillansr

***

Memandangkan minggu ni diberikan cuti selama seminggu jadi kami bercadang untuk melepaskan tekanan dengan bercuti. Nak tahu cuti di mana? Di rumah Fara je mana boleh gi jauh2 tak da duit.

Parents Fara pun kena outstation so dia ajak la kami untuk menginap di rumahnya selama 4 hari. Makhluk yang ada di dalam rumah tu hanyalah Fara dan abangnya sahaja. So sebab tu la dia ajak kami stay kat sana selama 4 hari.

Syairah kata abang Fara ni handsome orangnya tapi aku tak leh nak percaya sangat. Sebab belum pernah jumpa dia lagi sebelum ni. Lepas jumpa baru la aku boleh kata sama ada dia handsome ataupun tak.

Rumah 2 tingkat yang tersegam indah menyapa pandangan mataku. Fara memang boleh dikategorikan sebagai anak orang kaya tapi dia tak pernah bangga dengan apa yang dimilikinya. Pakaian yang dia pakai pun cuma biasa2 je.

"Call Fara cakap kita dah sampai." aku mengarahkan Syairah untuk call Fara. Kena call dulu kang kalau masuk terus cakap kita ni pencuri lak.

"Haa dia cakap dia tengah turun." fon yang digunakan sebentar tadi dimasukkan ke dalam poket seluarnya. Bagasi kami yang ada di dalam bonet kereta, Azie tolong keluarkan.

Kenapa Azie sorang? Sebab dia gagah,kuat dan perkasa. Sebab dia kan kasar. So tak perlu nak tolong. Figura Fara mula menampak ke arah kami dengan senyuman lebar.

"Finally. You're here." sorang2 dipeluknya. Buat macam dah lama tak jumpa pulak minah ni.

"Dah jom masuk. Panas ni kat luar. Abang aku tak da kat rumah dia keluar kejap dengan kawan2 dia." tanpa bertanya tentang abangnya,Fara memberitahu tentang dimana keberadaan abangnya.

Tak da sape pun yang tanya.

"Oh baru nak tanya." tersengih Azie. Ni mesti kes dah tangkap cintun ni. Tapi si Azie ni pernah ke nampak muka abang Fara?

Fara membawa kami ke dalam biliknya yang berada di tingkat atas. Tertera tulisan 'Fara's Room' yang digantungkan di pintu. Bilik dia ni boleh tahan luas. Ada beberapa buah sofa, rak novel,meja belajar,meja solek dan yang penting ada katil saiz queen.

Syairah dan Azie terlebih dahulu melambungkan dirinya di atas katil queen. Aih minah dua ekor ni. Kacau betul la. Aku baru nak landing dulu.

Bibik datang ke bilik Fara dengan membawa 4 gelas air oren bersama dengan kek batik. Memandangkan kek batik adalah makanan kegemaran ku,jadi kebanyakkan kek batik banyak telah dihabiskan oleh perut ku.

"Weh Far. Tolong buatkan account wattpad untuk aku." Azie meminta tolong dengan Fara supaya Fara membuatkan satu account untuknya. Alang2 menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan. Alang2 buat untuk Azie,biarla sekali untuk aku dengan Syairah. Itulah pantun yang aku berikan kepada Fara supaya turut buatkan jugak account untuk aku dan Syairah.

Laptop yang ada di atas meja belajar dicapai lalu dibuka dan aplikasi google dicari. Sedang menunggu Fara membuat account untuk kami,aku membuka handfone ku untuk membuka aplikasi instagram.

Fokusku pada fon terbantut kerana terdengar ketukan di pintu. Fara bangun dari pembaringannya dan terus meluru ke arah pintu untuk melihat siapa.

"Oh abang. Kenapa?" tanya Fara. Barulah aku tahu siapa yang ketuk pintu tadi. Figura abangnya masih tidak kelihatan kerana terlindung daripada pintu.

"Kawan2 adik dah sampai ke?" tanya si dia. Mak aih. Garau noh suara dia. Tapi disebalik suara garau itu terdapat sedikit kecomelannya. Aih suara pun boleh comel ke?

"Dah. Kenapa nak tengok ke?" Si Fara ni dah gila ke? Kitorang tak pakai tudung kot.

"Korang abang aku nak jumpa. Pakai tudung pat." gesa Fara. Terus lintang pukang kami berlari untuk dapatkan tudung. Si Fara ni memang nak makan penumbuk sulung aku.

Figura abangnya masuk ke dalam bilik setelah kami telah selesai memakai tudung.  Tapi tubuhnya hanya masuk sedikit sahaja untuk melihat kami semua.

Mak aih. Betul ke ni abang Fara? Kenapa aku rasa macam tak je. Aku tak nafikan dia memang handsome. Dengan kening yang tebal,alis mata yang lentik,mata hazel,hidung yang mancung dan bibirnya yang seksi. Kenapa aku cakap bibir dia seksi? Sebab bibir dia pink menandakan dia bukanla seorang perokok.

Mata hazelnya lama menikam ke arah ku. Aduh awak. Tolong la jangan pandang saya macam tu. Boleh jatuh cinta saya nanti. Kalau saya jatuh cinta dan awak boleh balas balik tak pe. Ni kalau awak tak nak,tak ke merana hidup saya nanti.

"Anything else abang? Kalau tak da,abang dah boleh keluar." pertanyaan Fara membuatkan matanya dialihkan ke arah Fara. Dia terus meninggalkan bilik kami ini.

"For the god sake,your brother really 2 handsome." melambung pujian yang diberikan oleh Azie. Aku mengulingkan bebola mataku.

"Sejak bila kau minat laki Zie." sedas kena dengan Syairah.

"Eh walaupun aku kasar,aku tetap straight ok. Mulut tu jangan kurang ajar sangat. Aku tampar kau satgi,berak setiap saat kau kang." marah Azie. Tapi kami tahu marah walau macam mana pun,dia tetap sayang kami.

"Hahahah lek2 babe. Gurau je." Syairah meminta maaf atas kesalahannya. Walaupun itu cuma gurauan tapi Syairah tetap meminta maaf. Bak kata pepatah sendirian dia 'kita tak tahu sama ada gurauan tu sakitkan hati dia ataupun tak. So lebih baik kita mintak maaf walaupun dia tak terasa'.

Inilah dipanggil 'Friendship Goals Never Ending'.

My Dear , Mr. Wattpader (SLOW UPDATE)Where stories live. Discover now