Menu 42 : Jamuan Perpisahan

718 90 3
                                    

Tinggal lima hari lagi...

Ya aku ada masa lima hari lagi nak luangkan dengan kawan-kawan...

Sebelum aku pergi berlepas ke luar negara seperti yang dijanjikan...

Aku duduk di tepi katil menunduk ke bawah,kemeja dibetulkan kolar dan memerhatikan penampilan dengan bantuan cermin di sebelah katilnya.

Aku bingkas bangun dan menuju ke pintu bilik,tombol dipulas dibuka aku keluar dari bilik.

Boss kata suruh datang hari ni,ada orang nak jumpa.

Hmm....

Siapa pula?

Aku sudah berhenti sebagai tukang masak di Arjuma Cafe.

Biarpun singkat tapi tetap memberikan kenangan manis.

Tapi..

"Itu tidak bermakna hubungan kita terhenti..." Arjuma berkata sebaik menerima surat berhenti kerja.

Aku sekadar tersenyum mengingati kata-kata Arjuma,sukar dibayangkan orang yang sempoi itu adalah askar kesatria tahap S.

Aku memandu menuju ke destinasi ditetapkan,sedang aku memandu tiba-tiba ingatan makan bersama putera kelima Raffie Al'Solleh bermain di kepala.

Muka dia macam sombong berlagak,tapi bila dah campur borak kosong ternyata jauh panggang dari api.

Tanpa aku sedar kini sudah sampai di kawasan pusat bandar,aku parkir kenderaan aku tempat yang disediakan.

Kebetulan..

Kerana di tempat aku parkir di hadapannya,kafe milik Arjuma berdekatan dengan kawasan parkir. Sebab itu adalah salah satu faktor kenapa pelanggan sentiasa ramai.

Aku tidak menunggu terus keluar dari kenderaan,pintu dikunci rapi dan terus melangkah laju ke arah kafe tersebut.

Kling!

"Selamat datang..ah Hairil!.. Boss ada kat atas..." Rebecca berkata dari kaunter juruwang.

"Thanks kak Bec..." Aku segera naik ke atas.

Baru perasan tadi tulis tanda tutup,tak apa kot sebab Arjuma suruh aku datang.  Aku mendaki satu persatu anak tangga,akhirnya tiba di pintu keluar dan aku menolak membuka pintu tersebut.

"Ha... Sampai pun,sini..." Arjuma melambai ke arah aku,siapa pula perempuan sebelah dia tu?

Aku terus melangkah menghampiri mereka berdua,perempuan itu masih membelakangkan aku.

"Ada apa boss suruh datang ni? Ada hal mustahak ke?" Soal aku ingin tahu.

"Hmm...kau tak kenal ke dia?" Soal Arjuma menuding jari pada perempuan di sebelahnya.

Aku kehairanan namun tidak menjawab,sekadar mengangkat bahu sebab aku memang tidak tahu siapa perempuan ni. Lagipun dia membelakangi aku,macam mana nak kenal?

Perempuan itu memalingkan tubuhnya ke arah aku,seketika aku tergamam kerana mengenali orang itu.

"S-senior?" Aku gugup.

"Yes! Hairil I really miss you!!..." Qisreena terus memeluk aku dengan erat.

Aku tersentak apabila menyedari sudah berada dalam dakapan senior aku,Arjuma pula sudah beredar meninggalkan kami.

"Its been a while senior...." Aku berkata tersenyum.

"Dummy kenapa susah nak call kau?" Soal Qisreena.

"Sorry... I just need a space that time,really sorry senior..." Aku menjawab dan Qisreena mengusap kepala aku.

"Time really running fast..." Qisreena berkata tersenyum.

"Ouh ya...apa yang senior buat di sini? Kenal pula dengan boss saya?" Soal aku.

"Mesti la aku akan gantikan tempat kau,lagipun kau nak study abroad right?"

Jadi Arjuma dah lama ada backup rupanya,bagus juga sebab tempat dia memang sentiasa sibuk. Kalau dia seorang sahaja memang kiamat jawapannya,aku hanya ketawa kecil dan Qisreena kehairanan dengan tindakan aku.

Hari itu Arjuma menutup awal kafenya untuk membuat majlis persiapan untuk aku.

Damn it..

Diam-diam dia buat kejutan...

Serius aku terharu dengan apa yang dia lakukan,biarpun dia seorang yang ada nama dalam negara tapi dia jenis yang merendah diri.

Tapi dia tak suka orang biadab,itu pantang dia nombor satu.

Laira dan Chloe turut ada sama,memang meriah malah kehadiran putera bongsu iaitu Ikhwan Al'Solleh dan isteri turut hadir.
"Oi slowl la makan tu! Sopan sikit!" Aku memandang ke arah satu suara.

"Sewdawp brwo.. Kwho chobaa ghassee..(sedap bro kau cuba rasa)" aku tersengih melihat ragam dua beradik putera diraja,Luqman Al'Reezal dan Aminudden Al'Reezal.

"Tahu la sedap cuba bawa bertenang,makanan banyak lagi la..." Kata si abang dan si adik tidak peduli terus menjamah makanan yang terhidang.

"Hairil.." Satu suara menegur dan aku menoleh lantas terkejut.

"Putera!" Putera bongsu negara Mentari,Ikhwan Al'Solleh berdiri di hadapan aku.

"Congrate for study abroad..." Ikhwan berkata sambil tersenyum menghulur gelasnya.

"Thanks its my honor..." Jawab aku melagakan gelas aku pada gelasnya.

"Arjuma selalu pandang tinggi pada kau,dia kata kau patut maju lebih jauh..." Ikhwan berkata lagi dan aku hanya tersengih.

Segan gila sebab orang besar puji aku,mahu tak pengsan nasib baik aku ni kuat semangat.

Masuk bakul angkat sendiri betul la...

"Tak ada la putera,saya biasa je..." Jawab aku merendah diri dan Ikhwan hanya tersenyum.

"Sikap merendah diri kau tu,kekalkan dan insha Allah mampu maju ke hadapan..." Jelas Ikhwan dengan jujur dan aku terkedu.
"Jika kau ada restoran sendiri,aku akan jadi pelanggan pertama... Ingat tu.."

Aku hanya mampu tersengih girang lalu mengangguk faham,peluang belajar di luar negara ini tidak akan aku sia-siakan.

Hana menghampiri aku dengan tersenyum,aku kalau boleh tak nak berpisah dengan senyuman itu.

Tapi kalau Hana tahu aku fikir macam itu,mesti dia berleter dan ada baiknya aku diam. Aku dan Hana berbual sehingga lewat petang,aku hantar dia pulang sekali dengan Lily kerana mereka berdua berjiran sejak kecil lagi.

Tidak hairan jika mereka rapat seperti adik beradik.

Seusai aku hantar mereka pulang,aku mengambil keputusan untuk kembali ke rumah. Kemas apa yang patut,kerana rumah ini akan kosong selama dua tahun.

Honestly....

I will miss this country for long two years...






ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now