Menu 17 : VIP

967 136 2
                                    

Arjuma menarik nafas panjang dan membetulkan cermin matanya,dia perhatikan Hairil kembali ceria mungkin terima kasih pada Hana?

Sebab apa?

Kerana Hana yang memujuk Hairil semasa pemuda itu berduka..

Arjuma sekadar tersenyum sambil mengangkat bahu,kemudian menyambung memasak dan pada masa itu Rasif mengemas serta menyusun cawan pada rak yang disediakan.

Seminggu yang lepas berlaku insiden bandar diserang drone,menyebabkan kerja pembaik pulih dijalankan. Para askar daripada kerajaan Mentari berkawal di setiap jalan raya,malahan di hadapan kafe beberapa orang askar sedang meronda.

Nasib baik Arjuma Cafe tidak terkena serangan drone,mungkin kerana Chloe telah meletakkan magis perisai pada kafe milik Arjuma.

Insiden itu berlaku selepas Hairil kembali ceria,namun kali ini bukan setakat dia sahaja yang berduka lara tetapi seluruh pekerja di kafe berduka. Mungkin kerana keadaan bandar yang separa hancur,biarpun begitu nasib baik orang awam dapat dibawa ke tempat perlindungan yang disediakan.

Kling!

"Selamat datang..ouh...putera sulung! Putera kedua!" Rasif terkejut apabila dia memberi salam hormat pada orang penting kerajaan.

"Hai...selamat pagi.." ujar Putera Sulung,Aswandy Al'Solleh.

"Dia bukan putera sulung lagi,tapi Raja Rembulan..." ujar Putera Kedua,Reezal Al'Solleh.

"Tidak apa anak muda...oi Reezal! Title tu bulan depan la..kecoh la kau.." ujar Aswandy menjeling ke arah adiknya.

"Sekarang raja dah tak ada,kau yang paling sesuai..bulan depan cuma upacara perasmian kau sebagai raja negara Rembulan...." jelas Reezal selamba.

"Ingat apa benda la kecoh sangat tadi...rupanya dua putera..." ujar Arjuma muncul dengan tiba-tiba.

"Yo Syah...its been a while..." kata Aswandy mengangkat tangannya,Reezal sekadar menyilangkan tangannya.

"Jadi abang berdua boleh duduk?" soal Arjuma.

"Huh?" Aswandy dan Reezal hanya berpandangan antara satu sama lain.

"Korang ganggu pintu masuk..." ujar Arjuma lagi jujur.

"Ah...betul tu.." ujar Aswandy mengangguk mengusap belakang kepalanya.

Dua orang putera itu segera mengambil tempat duduk,Arjuma menyusul dan membawa buku menu. Aswandy dan Reezal diberikan buku menu setiap seorang,Aswandy sekadar tersengih menggelengkan kepala dan Reezal hanya selamba memeriksa setiap senarai menu yang ada.

"May I take your order princes?.." Arjuma bersedia menulis untuk mengambil pesanan.

"Coffee krim..." ujar Aswandy dan Arjuma menoleh ke arah Reezal.

"Black Coffee..." Reezal memesan.

"Makan?..." soal Arjuma lagi.

"Itu nanti..kami tak ada selera nak menjamu selera dengan keadaan bandar macam ni..." satu suara menegur dan mereka bertiga serentak memandang ke arah suara tersebut.

"Ikhwan.." ujar Arjuma tersenyum.

"Nescafe ice ya Arjuma..." ujar Ikhwan selamba dan duduk di sebelah Reezal.

"Alright Rasif,kopi dua..krim dan plain..." kata Arjuma kemudian segera menuju ke arah dapur.

Hairil memerhatikan tiga orang putera itu dari jauh,disebabkan kehadiran mereka bertiga ada beberapa pelanggan masuk untuk memerhatikan mereka dari jauh. Aswandy murah tersenyum dan Ikhwan serta Reezal sedikit dingin,kadang kala mereka melayan rakyat yang menegur dengan senyuman.

"Kau tengok siapa?" soal Arjuma dengan tiba-tiba.

"Huh? Boss....tu mereka bertiga tu.." ujar Hairil menunjal kepalanya ke arah tiga orang putera itu.

Arjuma sekadar menoleh ke arah tiga orang putera itu,dia menyandar pada dinding dan hanya menghela nafas pendek. Cermin matanya ditanggalkan kemudian kacanya dilap untuk bersihkan debu yang melekat,sebaik dipakai semula cermin matanya dia sedar Nina memerhatikannya.

"Apa?..." soal Arjuma tersengih kehairanan.

"Boss nampak lagi kacak tanpa kaca mata.." puji Nina tersenyum.

"Heh...aku langgar dinding kalau tak pakai benda ni.." jelas Arjuma.

"Ye ke? Jangan membohong la Arjuma..." satu suara menegur sebaik loceng pintu kafe berbunyi,Jamel pula muncul dengan muka selambanya,Arjuma menghela nafas pendek dan memandangnya ke arahnya dengan pandangan kosong.

"Salah seorang dari 10 GUARDIAN...dan ketua mereka..." ujar Rasif terkejut.

"Jamel Jawa...." Nina menyambung.

"Apahal ramai muka orang penting dalam negara muncul serentak dalam page ini?" soal Hairil.

"Itu kena tanya author la..." sampuk Shah tersengih.




ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now