Menu 38 : Kemeriahan di tengah majlis

725 90 0
                                    


Angin bertiup lembut dan dahan bergoyang,daun-daun seperti menari apabila ditiup angin. Satu taman khas yang agak luas,sebuah majlis berlangsung meriah pada waktu pagi.

"Busy gilerrr...." Shah terlopong melihat kesibukan majlis.

Laira dan adik beradiknya sibuk ke hulu hilir,hanya mampu melambai tangan pada Shah dan Rasif serta tunang Rasif.

"Jadi bang...ini la tunang abang?" Shah menyoal sambil menuding pada tunang Rasif.

"Ya...kenalkan Syazera Al'Zahem..." Rasif memberi perkenalan.

"Hi...saya Shah..Shahir Zane Al'Fareed.." Shah tersenyum ke arah Syazera.

"Hai...just call me Syaz.." Balas Syazera tersenyum manis.

"Oh ya...aku tertanya ni,mana girlfriend kau?.." Soal Rasif.

"Oh...ada dia tolong Laira,sebab mereka berjiran rupanya..." Jawab Shah.

"Siapa nama dia?.." Rasif menyoal ingin tahu.

"Syafiqa Al'Idris...pendek je nama dia.." Jawab Shah tersenyum.

Sedang mereka ingin terus berbual,Hairil dan Hana serta Lily juga Nina di belakangnya muncul menegur mereka.

"Hey Ril...lambat kau sampai.." Sapa Rasif pula.

"Mana ada...tadi aku dah sampai awal,masa nak masuk Lily dengan Nina pula sampai then diorang boleh pula berbual...tu yang lama...." Hairil memberi jawapan penuh,Hana menjelingnya sambil mengembungkan pipi.

"Ramai betul orang penting..." Lily berkata kagum melihat panglima besar negara.

"Nah...itu tak kagum lagi,tu sana tengok sana...." Shah menunjal kepala menyuruh mereka berempat ke satu arah.

Sebaik Hairil dan Hana serta Lily juga Nina memandang ke arah yang dimaksudkan,mereka tersentak kerana Ikhwan sedang berdiri bersama Alisa,Chloe turut ada sambil dipeluk oleh Alisa.

"Itu Sixth..dengan isteri dia..putera muda Luqman dan adik dia Aminudden...Chloe pun ada tu yang tak boleh blah tu..." Hairil berkata kagum.

"Untung gak boss kita...putera bongsu datang...." Lily berkata sambil mengangguk.

"Eleh...masa putera bongsu nikah dia pulak tak datang...." Nina mencelah.

"Yeah....right..." Jawab mereka serentak memandang ke arah kerabt diraja itu.

Telinga si gadis kucing bergerak,Luqman dan Aminudden memerhatikan sahaja telinga gadis kucing.

"Hey bang aku macam nak pegang je..." Aminudden berkata.

"Kalau kau nak rasa kena flying kick dengan uncle Arjuma...dipersilakan.." Jawab si abang dan Aminudden kecewa.
Chloe kehairanan dengan tingkah laku dua beradik itu,ekornya bergerak kiri ke kanan. Ikhwan dan Alisa hanya memerhatikan keadaan majlis yang sibuk itu.

"Kenapa?..." Soal Ikhwan.

"Berlainan dengan majlis kita.." Alisa menjawab.

"Memang la sayang...sebab Arjuma bukan kerabat diraja macam kita...lagipun dia tidak mahu buat besar-besaran..." Ikhwan memberi jawapan.

Alisa mengangguk faham dan tangannya mengusap kepala Chloe,ketika ini Chloe dijagakan bawah Ikhwan serta Alisa. Ini kerana Laira turut sibuk,mujurlah Chloe selesa dengan pasangan itu.

"Nya....." Chloe mengeram manja.

Ikhwan hanya ketawa kecil dan tangannya tiba-tiba ditarik,dia menoleh dan tersenyum kerana Qisya mengangkat kedua tangannya.

Reena dan Rayyan menyusul sambil mengangkat tangannya,Ikhwan ternganga sebentar kemudian tersenyum.

"Hey anak saudara uncle yang comel..." Ikhwan berkata sambil mendukung Qisya.

"Dah mula ke?..." Rayyan menyoal.

"Belum la uncle...baru jam 10 pagi ni..." Jawab Aminudden dan Luqman mengangguk setuju.

"Awal gila kita sampai..mana abang angah?..." Rayyan menyoal lagi.

"Ayah kata lambat sikit,tapi dia kata datang dengan atuk..." Luqman pula menjawab.

"Rajin pula dia teman ayahanda..." Reena berkata sambil menguis dagu.

"Amboi kak...lain pesen je cakap macam tu...kan sebelum abang long kita jadi raja negara Rembulan..biasa dia teman.." Jelas Ikhwan tersenyum kelat.

"Jadi sebabkan abang Aswandy tiada di sini,abang Reezal la bertanggungjawab. Sebab sekarang dia paling tua..dan bakal gantikan tempat ayahanda..." Kata Yusri yang muncul dengan tiba-tiba.

"Haish...terkejut aku..." Rayyan terkejut sambil memegang bahagian tengah kawasan dada.

"Ni lagi sorang main sergah je.." Reena mengomel.

"Hahaha....sorry sorry..kak..tak sengaja.." Yusri berkata sambil mengusap belakang kepala.

"Ketuk je kak kepala abang Yusri tu.." Raffie pula muncul bersama Sheema.

Suasana meriah para kerabat diraja itu diperhatikan oleh Hairil serta yang lain,mereka tersenyum kelat apabila semakin besar kumpulan tersebut.

"Makin ramai pula..." Lily berkata dengan tersengih,Hana pula hanya ketawa kecil.

"Haha...janji meriah.." Rasif mencelah dan Syazera hanya mendiamkan diri.

"Yeah sure happening.." Shah pula berkata dan Nina hanya mengangkat bahu sahaja.










ARJUMA CAFE [C]™Where stories live. Discover now