Bab 10

6.8K 240 1
                                    

Qaisara memarkir keretanya di perkarangan rumah. Tak sangka pula dia betemu Julia di syarikat penerbitan itu. Rupanya Julia adalah ketua editor baru di situ. Huh kecilnya dunia. Qaisara tersnyum. Oh dia patut ceritakan tentang ini pada Alif. Mesti Alif teruja nak tahu. Yelah sebaik mendengar berita perkahwinan Alif dan dirinya, Julia pergi jauh ke luar negara. Mengubat hati yang kecewa katanya. Tapi kini selepas 4 tahun dia balik, terkejut juga Qaisara. Banyak yang sudah berubah malah satu lagi berita yang mengejutkan, Julia sudah pun bertunang.

Qaisara berjalan ke dapur dan mengeluarkan air sejuk dari peti. Dia menuangnya ke dalam gelas. Saat itu juga dia mendengar ada satu mesej masuk. Segera dia membuka. Mungkin Alif. Namun sangkaannya meleset sama sekali. Bukan dari Alif. Tapi dari nombor yang tak dikenali. Dia menunggu gambar yang dihantar download sepenuhnya. Matanya membulat sebaik gambar itu terpapar. Gambar Alif dan Laili makan berdua di restoran menyapa pandangannya.

"Tengoklah suami kesayangan kau. Depan kau punyalah bagus. Belakang kau? Tengoklah ni."

Itu mesej yang datang bersama gambar itu. Qaisara menarik nafas dalam. Dia tak nak terus buat kesimpulan. Dia nak dengar cerita dari pihak Alif pula.

Yup aku nak dengar penjelasan dari Alif.

*

*

*

A/N : Dun dun problem is coming~ sorry chapter ni pendek. okay let's proceed to next chapter. XD

Suri Hati Encik Boss (√)Where stories live. Discover now